Saturday 29 November 2008

Ciri2 Orang Mukmin


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


Siapa suke bersahabat dengan perampok? mesti tiada yg berminat bukan.. lumrah manusia sukakan benda2 yg kena dan berkenan dgn naluri seseorang. Adakah kita sanggup ditikam dari belakang oleh seorang kawan yg tidak berhati perut, Sebaik2 sahabat apabila kita teringat dia, teringat akan ALLAH SWT. Mari sama2 kita cek beberapa ciri seorang mukmin, sekurang2nya kita pon boleh cermin diri kitekan..

1. Khusyuk dalam solat
2. Menunaikan zakat
3. Menunaikan Solat
4. Menjaga amanah dan janji
5. Memelihara kehormatan dan maruah diri

Masih ade lagi ciri2 orang beriman cuma yg di atas ni antara yg asas saja. Walaubagaimana pon 5 sifat ini memadai untuk kita mengenali siapa kita dan orang sekeliling kita.

Jadi, kena fikir-lah sendiri ape yg perlu kita buat.

Monday 24 November 2008

Cerita Mak Pada Saya

Saya bertanya kepada emak, “mana satu pilihan hati, orang yang sayangkan kita
atau yang kita sayang? ”
Mak jawab, “dua-dua bukan..”
Saya tercengang.. Mak mengukir senyuman.
“Pilihan hati mak adalah yang sayangkan kita kerana Allah..” Saya menarik
nafas dalam-dalam.
“Macam mana nak tau orang tu sayang kita kerana apa?” Mak diam sekejap
berfikir dan kemudian tersenyum.
Rasanya mak dapat menduga apa yang sedang bermain dalam hati anak
perempuannya. Mana mungkin saya mampu menyorokkan rahsia hati dari mak
sedangkan sekilas saya pun mak mampu membacanya. “Yang paling tahu
hanya Allah..” mak merenung dalam-dalam wajah anaknya. “Kerana hanya
Allah mampu membaca hati hambaNya.. ” mak menyusun ayat-ayatnya. “Dan
keikhlasan kerana Allah itu akan terserlah keberkatannya tanpa perlu
sengaja ditonjokan oleh seseorang tu..”
Saya memintas, “Tak faham..”

Mak menyambung “Cinta di dalam jalan Allah.. Bertemu kerana sama-sama
mencari redha Allah..” Mak menyambung lagi, “begini, setiap insan yang
bergelar manusia telah Allah ciptakan berpasang-pasangan. Rasa ingin
dikasihi antara seorang suami dan isteri suatu fitrah. Automatik boleh
ada daya tarikan magnet tu..” Wajah saya merah, sedikit cemas jika mak
dapat mengesan gelora jiwa muda ini.. Mak menyambung “Setiap manusia
telah Allah tetapkan rezeki,jodoh dan maut sejak azali
lagi..Persoalannya ialah.. Siapakah jodohnya itu?” mak berhenti
seketika. Saya tunduk malu, cuba menyorokkan rasa panas di pipi. Emak
buat-buat tidak nampak.

Secret Admire

“Kakak, mak dulu masa besar ada secret admire.. Rajin betul dia hantar
surat..Masa tu mak dah tahu yang bercinta sebelum kahwin ni tak
halal..Dan masa tu mak tekad tak mahu layan sebab mak takut arwah
tokwan kena seksa dalam kubur.. Mak sedar mak anak yatim, anak orang
miskin, adik beradik ramai.. Mak nak belajar sungguh-sungguh. . Lama
budak tu tunggu mak.. Akhirnya mak bagi kata putus, mak hanya akan
membalas cinta dia jika dia sah suami mak.. Dan dia memang bukan jodoh
mak, maka tak pernah dia menerima balasan cinta tu.” Mak merenung jauh.
Saya merapatkan badan kepada emak, semakin berminat dengan kisah lama
mak..
“Mak memang tak ada perasaan lansung pada dia ke?” saya menyoal sambil
memandang tajam wajah mak. Emak ketawa kecil. “Walaupun mungkin ada,
mak tak pernah bagi peluang pada diri mak untuk mengisytiharkan
perasaan tu.. Mak takut pada Allah. Mak bukan seperti rakan sebaya mak
yang lain.. Mak, seperti kakak..” mak memandang saya sambil memegang
pipi dan dagu saya. Kemudian tangannya mengusap rambut di kepala saya.
“Mak anak ustaz ustazah.. Tapi zaman tu ustaz ustazah nya masih
berkebaya pendek dan ketat. Tok wan mak kiyai. Mungkin berkat doa
keturunan sebelum ni yang soleh-soleh, hati mak tertarik sangat pada
agama walaupun tiada sesiapa yang mendorong.. Bila di sekolah, mak
pelajar pertama yang bertudung.. Mak membawa imej agama. Kawan-kawan
dan cikgu-cikgu panggil mak dengan gelaran mak Aji.. Sebab zaman tu
hujung 70an dan awal 80an tak ramai lagi yang bertudung betul menutup
auratnya..Zaman tudung nipis dan nampak jambul. Kemudian kawan-kawan
mak sikit-sikit ikut bertudung. Akhirnya kami semua dipanggil di
perhimpunan. Kami dimarah guru besar kerana bertudung sedangkan ustazah
kami bertudung tapi nampak jambulnya..” emak melemparkan pandangan ke
lantai. “Selepas tu ustazah jumpa kami secara persendirian. Ustazah
kata dia tak mampu nak pakai seperti kami. Dia suruh kami teruskan..”
sambung emak. Ada getar di hujung suara emak. Kisah silam perjuangan
emak di sekolah dahulu sikit-sikit emak ceritakan pada saya. Itulah
juga salah satu inspirasi kepada saya untuk bangkit semula setiap kali
terjatuh ketika berjuang di sekolah dulu.
“Mungkin kerana personaliti mak, mak menjadi tempat rujukan kawan-kawan
mak.. Jadi, bila mak nak ambil sesuatu tindakan, mak kena fikir
betul-betul sama ada tindakan mak tu akan menyebabkan Allah marah atau
tidak. Mak ayah berdosa tak? Dan maruah pembawa agama terjejas tak?
Kalau mak membalas cinta si lelaki tadi, bermakna mak sedang menconteng
arang di muka-muka pembawa-pembawa agama. Orang akan pandang serong
terhadap orang yang bertudung sedangkan kesilapan tu hanya seorang dua
yang buat. Besar fitnah akan timbul apabila orang-orang agama mengambil
ringan batas syariat duhai anak..” mak menelan air liurnya. Saya diam.
Fikiran saya sedang cuba memahami maksud mak saya.

Adakah ia suatu diskriminasi?

“Kakak.. Jatuh cinta perkara biasa. Apabila kita jatuh cinta pada
seseorang, itu tandanya ada sesuatu keistimewaan pada seseorang tu.
Apatah lagi orang yang kita jatuh cinta tu di atas jalan dakwah
ni..Tetapi kita kena ingat.. Kita tak akan dikahwinkan dengan seseorang
atas sebab jatuh cinta atau saling cinta mencintai.. Bercouple
mungkin.. Tetapi bukan berkahwin.. Kerana kita berkahwin dengan jodoh
kita, jodoh yang Allah dah tetapkan sejak azali.. Dan tak mustahil
orang yang kita paling benci itulah jodoh kita yang kita akan
dikahwinkan dengannya..” Tiba-tiba air mata saya mengalir. Argh! Ego
saya kalah bila mendengar hujah emak. Emak meneruskan, “Allah itu Maha
Adil.. Dia tak pernah menzalimi hambaNya..Sesungguh nya, yang selalu
menzalimi hambaNya ialah diri hamba tu sendiri.. Sebabnya hamba tu
degil. Dia mahukan yang bukan haknya, yang bukan milik dia. Mencintai
seseorang tidak semestinya memilikinya.

Dalam Islam, kita dah diajar untuk saling mencintai antara satu sama
lain seperti diri sendiri.. Jadi apabila kita mencintai saudara
perempuan, kita bebas peluk dia. Tetapi bila dengan lelaki, kita ada
batas-batasnya. Orang kafir kata batas-batas ini suatu diskriminasi,
tetapi sebenarnya batas-batas syariat itulah yang memelihara kehormatan
seorang lelaki dan seorang perempuan. Cuba kakak renungkan, kita
mengenali seorang insan yang amat baik, sempurna agamanya dan rajin.
Lalu kita jatuh hati padanya. Ditakdirkan jodohnya dengan insan lain,
kita pula dengan yang lain.. Tetapi itu tidak bermakna ukhwah antara
kita dan dia terputus.. Kita dan dia sama-sama mencari redha Allah..
Kita dan dia masih boleh sama-sama bekerjasama untuk mencari redha
Allah.. Perbezaannya, dia halal untuk isterinya sedangkan untuk kita,
dia tetap lelaki ajnabi seperti yang awalnya.” emak berhenti seketika..

Bukan luar biasa

Tentu kering tekak emak menerangkan kepada saya persoalan hati ini.
“Kakak.. jadi di sini mak nak kakak faham, jatuh cinta bukan perkara
luar biasa.Dan berkahwin pun bukan suatu jaminan untuk tak jatuh cinta
pada lelaki lain.. Kerana itulah ramai isteri yang curang, suami yang
curang.. Ada orang tukar pasangan macam tukar baju.. Apa yang penting
ialah kita kena perjelaskan pada diri kita supaya setiap kali kita
jatuh cinta, jatuh cinta itu kerana kita jatuh cinta kepada Pencipta
dia. Kita bagi tau pada diri kita berulang kali yang kita mencintai
Allah, kerana itu kita mencintai si dia. Letakkan Allah sebagai
sempadan hati kita, segala perkara yang kita cintai dan sayangi
termasuk mak abah adalah kerana mencintai Allah.. Dan apabila kita
membenci seseorang atau sesuatu, beri tahu pada diri sendiri
berulangkali yang kita benci sekian-sekian hal kerana Allah
semata-mata. . ”
“Kakak.. Hati kita ni walaupun dalam dada kita sendiri, ia tetap bukan
milik kita. Kita tak mampu untuk mengawalnya. . Hanya Allah yang boleh
memegangnya. . Sebab tu kita kena dekatkan diri dengan Allah.. Sebab
kita nak dia pegang kukuh-kukuh hati kita. Bila dia pelihara dan masuk
dalam hati kita, itulah nikmat lazatnnya bercinta. Masa tu biarpun satu
dunia menyakiti kita, kita tak rasa sakit sebab kita asyik dengan
nikmat bercinta dengan Allah..Bercinta dengan Allah sangat berbeza dari
bercinta dengan manusia. Kerana tentulah pegalaman bercinta dengan
lelaki kaya,rupawan, sempurna dan bijaksana tak sama rasanya bercinta
dengan lelaki miskin, hodoh,cacat dan dungu.. Betapa nikmatnya cinta
Allah, hanya mereka yang pernah merasai sahaja yang mampu mengerti. ”

Redha

“Kakak.. Walau siapapun jodoh yang Allah hantarkan untuk kakak,
terimalah dengan hati yang redha.. Tak mustahil dia adalah orang yang
kita benci. Kalau yang kakak sayang, tak jadi hal lah.. Tapi kalau
dapat yang kakak tak nak, lantaran kelemahan yang ada pada dia,
ingatlah bahawa dalam diri setiap insan telah Allah ciptakan dengan
kelebihan masing-masing. Dan mungkin kakak ada kekuatan yang dapat
mengubah si lelaki tadi supaya hidup dia bermakna dan mungkin kakak
sahaja yang mampu mencungkil kelebihan yang ada pada dia.. Mungkin juga
si lelaki ini ada sesuatu kelebihan yang kakak sangat-sangat perlukan
yang satu dunia tak mampu bagi pada kakak.. Alangkah bertuahnya kakak
kalau kakak mengerti setiap pemberian Allah dan belajar untuk
bersyukur.. ” Sekali lagi berjuraian air mata saya turun. Terasa lemah
lutut hendak berdiri.
Emak menarik tubuh saya dan memeluk erat. Pelukan emak sangat-sangat
kuat. “Emak dah didik anak emak dari belum lahir untuk mencintai
Allah.. Sekarang emak serahkan anak emak yang mak sayang sangat ni pada
Allah untuk Dia pelihara...” Emak mengakhiri kata-katanya dengan suara
sebak dan air mata yang mengalir ke bahu saya.

Sumber Ikhlas : www.ihumara.blogger.com

Sunday 23 November 2008

Perjalanan Seribu Batu Bermula Dgn Langkah Pertama

Bismillahirrahmanirrahim..

Plan pertama saya sudah berhasil.. Alhamdulillah. Niat sy buka blog ni untuk berkongsi serba sedikit ilmu dengan anda semua sudah melalui satu peringkat, rasa seronok tu ada apabila apa yg dirancangkan menjadi Thx Allah..

Kepada akk Syarifah Natasha ahlan wasahlan diucapkan kerana sudi terima pelawaan sy, terharu juga sy sebab terus memuat-tulis kedalam blog ni :) dan sy berhajat ingin menjemput beberapa penulis lagi bersama2 mengimarahkan blog ni..bagi yg berminat mmg dialu2kan :D

Sebenarnya sy ni meminati bidang kaunseling akan tetapi kelulusan sy tidak membenarkan untuk mengambil bidang tersebut..so saya buka blog ni khas untuk mengetengahkan bidang ini demi masa depan agama, sekurang-kurangnya saya dapat berkongsi dan bertukar pengetahun bersama sama, ilmu seseorang itu tak akan habis jika dia sentiasa memberi kongsi bahkan ia akan lebih bertambah apatah lagi jikalau diamalkan dalam kehidupan seharian, erm renung2kan...
teringat sy akan hadis Rasulullah yg bermaksud "Sampaikanlah walaupun satu ayat".

Sy juga manusia biasa yg tidak bisa terlepas dari salah & silap, kita perlu sikap berfikir secara terbuka maka jika ade apa2 prob just zahirkan ia..

**Jasa Anda Amat diHargai.

Saturday 22 November 2008

I Don't Have Enough Time!!

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Assalamualaikum wbt..

Firstly first, syukran jazilan to the Original author sebab jemput ana untuk menulis dalam blog ni. Terharu biru cuma ana perlu berhati-hati dalam menulis. Menulis dan kongsi pada orang ramai, boleh pada bila-bila masa. Cuma, apa yang kta tulis kadang-kadang, kita tak tahu sama ada perkara itu akan dibawa sekali bila kita pass and away. Maksudnya, kalau cerita gosip dan lain-lain, berdosa kan? Sebab itu, penulisan dan percakapan perlu berhati-hati. Toib,

Sekadar, peringatan untuk diri sendiri dan juga untuk antum especially manusia yang bergelar pelajar. Mungkin sesetengah antara kita akan sambung belajar di universiti mana-mana dan mungkin sedang mengumpul tenaga untuk dapatkan semangat baru dalam dunia pelajaran. How to be a very good student or MUSLIM student?

Masa.Ramai tidak suka apabila menjadi pelajar muslim yang soleh atau solehah? Kenapa? Alasan yang diberikan oleh segelintir adik-adik yang ana interview..

"Universiti ni bukan universiti Al-Azhar. Kalau nak jadi mcm tu, lebih baik belajar di universiti Al-Azhar~~", dengan muka selamba kan.

"Tak suka la, Dunia dan akhirat kan memang kena stabil. Ala-ala kadar dah la. Kita ni student~~Buat apa fikir berat-berat sangat..jangan susahkan kepala la. Just be yourself, belajar je..score and work"

Tapi tu la, ana lihat kebanyakan remaja seperti ini. Dimana silapnya? Ana suka waktu exam. Na'am. Waktu exam semua orang akan berbaik-baik diantara satu sama lain, hubungan dengan keluarga elok, comel, pakaian sopan secara tiba-tiba, masing-masing kurang keluar pada waktu malam dan balik lewat pagi, dan semua idtiqamah dan masjid tu agak penuh la juga dari hari-hari biasa. Itulah musim exam. Sejuk mata memandang. Semua orang suddenly istiqamah dalam mencari keredhaan Allah untuk lulus exam...
Takut gagal. Itu takut gagal dalam peperiksaan. Alangkah seronoknya kalau mereka takut gagal dalam ujian Allah..kan?

Ada yang gagal, redha dan mengambil inisiatif untuk discover dan check di mana silapnya an ulang semula. Bagi setengah remaja ni pula, bila gagal, salahkan orang sana dan orang sini. Ana tahu, sebab ana juga once upon a time was like that, which i am wasting my air liur by doing like that. Sebenarnya, masa ni semua orang ada 24jam. Ana tahu pun sebab ana pernah tanya beberapa pensyarah ,keluarga, ustaz dan ustazah bagi membuat kesimpulan about MASA seharian.


problema remaja masa kini by ~Sndjitotok on deviantART



Cuma, masa kita ni, dalam keadaan yang kita tidak sedar, kita banyak menghabiskan masa dalam perkara yang tidak berfaedah. Bila gagal, kita salah perkara lain tapi bukan pada diri sendiri. Example, kalau ada kekasih, menghabiskan masa dengan kekasih dengan shopping dan tengok wayang, sembang dengan kawan, spend time sangat dengan dunia cyber, games, activity yang tak dapat apa2 benefit langsung and etc.
Jadi, cuba kita berkhayal 1 minit kan, kita ada 24 jam, masa kita makan, makan sambil tgk tv ke, ke makan terus tanpa melengah-lengahkan masa tu??An kita ada 24 jam, kalau kita kumpul masa yang buang masa, dengan muhasabah diri, baca Quran or mathurat, rasa-rasanya berbaloi tak? It takes only a few minutes to do all that stuff ..kan?

Jadi, fikir-fikirkanlah, kenapa kita ..manusia ni..selalu tidak bersyukur dengan masa 24 jam sehari ..yang Allah berikan kepada kita. Sama-sama kita muhasabah diri..
wassalam

Wednesday 12 November 2008

Sem Baru

Salam Muhibbah

Setelah lama mebertapa di Msia, kali ni datang kembali ke Mesir dengan diri yg baru.
Tidak ingin mengulangi perkara lama kekal bersemadi didalam diri.
Kali ni saya sudah mengubal beberapa jadual baru utk melangkah kehadapan

Saya berasa beruntung dan berasa syukur sesangat sbb ayh, mak dan keluarga memberi sokongan yg padu serta kengkawan yg tak kering memberi semangat supaya tidak mudah patah semangat.

Sempena ini ingin memohom maaf terhadap ape yg lepas2 hehe kire kosong2 erk
bagi para pelawat2 semua yg sy x kenal Ahlan Wasahlan wa Marhaban bik

InsyAllah sekarang saya dalam perancangan utk memantapkan b Arab,byk kelas2 pengajian bahasa yg akan saya sertai selepas ni(amen)

Ape yg penting " Kerja Sama" :D

ok-ye semua Selamat Maju Jaya.