Saturday 24 January 2009

Bersih Jiwa


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

Assalamualaikum wbt

Hari ini, ana baru belajar, rahsia muslimin tidak boleh diceritakan pada muslimat,macam mana pun cerita tersebut. Sama juga la dengan rahsia muslimat tidak boleh diceritakan pada muslimin. Besar pengorbanan ni. Walaupun minta bantuan sekalipun, NO means NO!

Kadangkala, kita ada mengadu pada naqibah, sahabiah atau ustazah, menceritakan masalah remaja yang kita sering perhatikan atau kita alami. Kadang-kadang, perkara tersebut terjadi pada sahabiah atau sahabat kita yang kita cintai dan sayangi. Adakah Allah menguji mereka??Kenapa perlu kita fikirkan sangat sedangkan kita ni tidak ada kena mengena langsung dengan hal dia??Kenapa perlu jadi "BUSY BODY"??Pelbagai persoalan dan perkataan bermain-main dan mengetuk-ngetuk minda kita dengan macam-macam perkara. Kita tidak kisah, tetapi di sudut kecil jiwa kita ini, kita rasa tak senang duduk. Adakala, sedih, menangis, sedangkan itu bukan masalah kita..

Lebih-lebih lagi kita seorang pelajar, kenapa tak boleh belajar dengan lelaki berdua? Kenapa orang macam larang perkara tu..kenapa itu dan ini..itulah yang bermain-main di jiwa. Adakala, tak boleh belajar,termenung, rasa seperti ada benda yang belum buat lagi. Adakah ini virus hati? Peyakit hati??Kalau penyakit hati, ana teringat kepada sabda Rasulullah s.a.w yang ana ada baca dalam blog sahabiah ana yang berbunyi seperti ini..

Rasulullah bersabda maksudnya:

*Kesucian hati daripada sifat keji itu adalah setengah daripada iman. Untuk membersihkan hati, kita perlulah menjauhi segala penyakit-penyakit hati.* (Hadis riwayat al-Iman Muslim)

Apa itu penyakit-penyakit hati?

Ana nak tanya pada antum, yang mana satu penting??Jiwa atau muka atau badan? Yang mana satu boleh hidup dan mati dan hidup semula? Takutkan nak jawab? Bagi ana, ana takut. Ia amatlah menakutkan apabila kita menjawab, Jiwaku yang penting, hidupnya jiwa disebabkan petunjuk atau nur cahaya yang diberikan oleh Allah swt.Matinya jiwa, naudzubillah, buta..bingung..gelisah "blur",tidak tahu samaada perkara itu baik ataupun buruk. Selain daripada itu, sekiranya salah, defensif terhadap tingkahlaku yang kita lakukan.

Ana pernah melalui penyakit hati ini pada suatu ketika, saja ingin berkongsi. Sebagai seorang muslimat,kita rasa hormat pada manusia yang bergelar insan,tidak kira muslimin atau muslimat, tua atau muda, maka apabila bercakap, suara itu rendah, rasa hormat dan lemah lembut. Tetapi, disini, rupa-rupanya salah~~, memang boleh tapi suara ana contohnya, ana kena belajar cara ermm..mengeraskan suara atau bunyi tegas sikit. Maksud ana, suara tidak boleh menjadi seperti suara seorang muslimat yang manja atau mendayu-dayu sebab perkara ini boleh mendatangkan penyakit hati pada orang tertentu. Perkara ini perlu dielakkan.

Allah berfirman, artinya,
“Maka janganlah kamu tunduk dalam berbicara (melembut-lembutkan bicara) sehingga berkeinginanlah orang yang ada penyakit dalam hatinya. ” (Al-Ahzab: 32)

Yang kedua ialah mengetahui perkara itu salah, maka kita membiarkannya. Contoh yang mudah ialah kita tahu berpasangan itu salah sebelum nikah, tetapi kita tahu sahabiah atau sahabat kita berbohong, kita melihat tetapi kita mampu menegur dalam hati,kalau itu kemampuan kita..bukan? Kita bersubhat ke kalau ikutkan dalam hal ini? Kita tidak menegur dan kita makin tahu, kita buat biasa. Yang sahabiah atau sahabat yang melakukan perkara-perkara tersebut, tidak kesianke mereka kepada kita semua? Menambahkan dosa apabila kita melihat,mendengar dan lain-lain sedangkan kita tidak tahu bagaimana untuk menegur dengan cara berhemah?Adakah kita bersubhat apabila kita hanya diam ?Wallahualam...

Allah juga berfirman, artinya,
“Dalam hati mereka ada penyakit, lalu ditambah Allah penyakitnya…” (Al-Baqarah: 10)

Adakah orang yang melihat atau org yang melakukan perbuatan-perbuatan terkutuk itu?Adakah jiwa mereka mati, adakah jiwa kita yang mati??Naudzubillah..

Jadi, sekiranya jiwa kita di alam kritikal atau ICU, apakah ubat yang mujarab bagi menyihatkan jiwa kita?

Kalau ubat pahit, maka ubat yang pahit dan cepat luak tetapi kena paksa juga ialah makanan yang berisi inti keimanan. Janganlah cari penyakit dengan pergi berjumpa bomoh,pawang bawang ke atau apa-apa sahaja untuk mengetahui kenapa dengan jiwa kita. Carilah atau baliklah kepada Al-Quran dan As-Sunnah. Ini dibuktikan di dalam surah Fussilat:44,

Sesungguhnya Allah berfirman:
“Katakanlah: “Al-qur’an itu adalah petunjuk dan penawar bagi orang-orang yang beriman. Dan orang-orang yang tidak beriman pada telinga mereka ada sumbatan, sedang Al-qur’an itu suatu kegelapan bagi mereka. Mereka itu adalah (seperti) orang-orang yang dipanggil dari tempat jauh.” (Fushshilat : 44)

Pelbagai lagi kaedah pembersihan jiwa ini. Tetapi ana mampu menyentuh perkara asas sahaja. Seperti biasa, ana hanya akan sentuh berdasarkan deria ana. Apa yang ana lihat, dgr, bau, rasa, dan lain-lain lagi..Seperti biasa, yang baik itu adalah dari Allah swt, yang tidak baik itu, adalah dari ana sendiri. Artikel ini, ana tujukan pada ana, dan juga kepada antum. Apa yang ana belajar, ana kongsi bersama agar sama-sama mendapat sesuatu dan dapat kita implikasikan dalam kehidupan seharian kita. wassalam

Wednesday 7 January 2009

Hobi Anda

Salam bahagia,

Alhamdulillah sy terbaca satu artikel yg menarik dalam komputer sahabat sy utk dikongsi bersama, pada pertama kali baca artikel ni membuatkan sy ketawa kecil sebab ada unsur perli sikit2 yg kena kt diri sy hehe..
Adakah anda pun serupa?

Marilah sama sama kita muhasabah diri dengan artike di bawah ini :-

Hobi Rakyat Malaysia
Sudah tentu bukan membaca
Sebab perpustakaan lengang sentiasa
Kalau adapun baca novel cinta
Atau baca Mangga dan Mastika
Bacaan ringan yang merosak minda

Habis apa dia hobi mereka?

Dulu asyik bela ayam serama
Bagus juga sayang makhluk Allah taala
Sanggup mandikan begitu punya jaga
Selain ayam ikan pun depa bela
Ikan lohan dan juga arowana
Sanggup guna duit gaji kerja lebih masa
Sekarang ni pancing udang pula
Bukan di sungai tapi kolam buatan manusia
Buat kolam di rumah kedai yang disewa
Gila sungguh tak dak kerja

Hobi terbaru ialah main SMS pula
Setahun dianggarkan 1000 juta
Dari reality show hingga umpat mengata
Keluar habis cerita Baginda Altantuya
Dari joke hingga palsu punya berita
Dari I love you hingga cerai talak tiga
Selain dari ucap besday dan Hari Raya
Judi pun pakai khidmat SMS juga
Tidak kira di mana-mana
Atas LRT dan juga tempat kerja
Untunglah syarikat telekomunikasi kita
Boleh taja EPL dan Piala Dunia
Dengan CELCOM anda berkuasa
Asalkan jangan taksub besar kepala

Yang si mat rempit lain pula
Race motor tengah malam buta
Hadiah pertama sicantik jelita
Sanggup tunjuk skil korban nyawa
Jangan sekali dok tegur mereka
Nanti pecah habis cermin kereta
Malaysia Boleh itu dia cogankata
Polis pun tak boleh buat apa
Pening dengan mat rempit punya gejala

Lain pula hobi motor golongan berada
Yang tu naik konvoi pergi merata-rata
Dari KL naik motor konvoi ke utara
Bukan apa cuma nak pi makan laksa
Atau buat konvoi sempena merdeka
Kita tanya apa tujuan mereka
Keseronokan yak yak yeh sorak gembira
Lambat lagi lah bangsa kita merdeka

Apa hobi anda?

Kumpul setem, memancing atau tonton telenovela
80% remaja jawab dengar radio dan tonton tv la
Sebab tu meningkat pendapatan Media Prima
Hot FM yang lebih hangat daripada biasa
Dengar celoteh dan merepek Farah Fauzana
Tak dak slot khas motivasi agama
Sebab yang tu orang tak berapa suka
Benda yang perlu berfikir atau guna minda
Sebab tu di pasaran otak antarabangsa
Otak orang Melayu tinggi harga
Dok berkilat dan cantik sebab jarang guna.

-Buang yg keruh ambil yg jernih jadikan kenangan silam sbg memori daun pisang.

Saturday 3 January 2009

Perempuan Melayu Terakhir


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

Assalamualaikum wbt..

Bismillahi Masya Allah!!Makin ada umph website ni! Seperti masuk rumah baru. Maafkan ana kiranya ana dah lama tidak taip artikel dan sebagainya kerana ana sekarang dalam mood test di uniten dan juga agak sibuk kebelakangan ini dengan mengikuti beberapa program yang mantap yang dianjurkan oleh Persatuan Pengajian Islam di Uniten ini.

Alhamdulillah, setakat ini, ana sempat mengikuti Kem KMC(Kem Mahasiswa Cemerlang tidak salah ana). DImana program ini diadakan di ulu langat. Pertama kali ana menjejak kaki ke sana. Sebelum nak pergi tu, ada juga rasa was-was, dan lain-lain, tetapi disebabkan kita ni nak sangat tahu apa yang cemerlangnya pada muslimah individu itu tersendiri. Maka ana pun pergilah hadirkan diri selama 3 hari dan 2 malam. Walaupun muslimat yang hadir amat sedikit berbanding muslimin, tidak bermakna program ini tidak boleh dijalankan. Nampak sedikit sekiranya sekali pandang , tetapi ramai apabila selalu sangat pandang. hihi..Allahu Robbi.

Tidak disangka-sangka, dalam program tu, adalah tetamu khas iaitu ustaz hasrizal. Ana tak kenal sangat ustaz hasrizal tu siapa.Rupa-rupanya, itulah saifulislam ke atau apa ke yang mereka selalu sebut-sebutkan. Wah..bertuahnya!tapi itulah, dapat juga berkongsi dengan orang-orang yang berpengalaman dalam tarbiyah dan sebagainya.
Masya Allah! Bestnye!

Ha!! Berbalik pada topik di atas, dah taip panjang memanjang ni, baru ana nak sentuh mengenai perempuan melayu terakhir. Ana buat topik ini sempena apa yang ana dan adik-adik tertanya-tanya atau bermain dengan kain batik masing-masing..kononnya, jadi seperti perempuan melayu kampung yang sarungkan kain batik di atas kepala. Macam dalam cerita pontianak harum sundal malam. Begitulah. Dari gurauan dan lain-lain, tertanyalah semua orang mengenai mandi di dalam tandas bersama dengan kain batik. Kain batik yang dibawa ke program itu hanyalah sekadar saja-saja sahaja. Tetapi, persoalan yang timbul dikalangan muslimah ialah mengenai mandi dengan kain batik di sungai dan lain-lain. Paling menarik sekali ialah, mandi dengan kain batik apabila tiada program atau di rumah.

Ramai dikalangan muslimah,tidak tahu mengenai kegunaan kain batik ni. Bukan sekadar menjadi kain sarung, angkat bayi dan sebagainya, tetapi kain batik ini juga menjadi kain kemban semasa tengah mandi dan selepas mandi. Maafkan ye wahai muslimin, mungkin isu ini agak lebih sedikit kepada muslimat. Tetapi tidak mengapa, kaum muslimin boleh sahaja tahu untuk kegunaan pada masa hadapan ke, untuk adik, anak dan lain-lain. Tidak semestinya antum tidak payah tahu mengenai hal-hal seperti ini.

Toib, berbalik pada kain batik, kalau kita makan, ada adabnya bukan?Berjumpa dengan kekasih tercinta pun, mesti nak itu dan ini..pakaian kemas dan sebagainya. Begitu juga mandi, ada adabnya. Ana tak pasti bab lelaki mandi macam mana sebab tidak pernah dengar lagi. Jadi, bagi muslimat, digalakkan mandi dengan menggunakan kain batik. Bukan lepas mandi baru guna kain batik. Makruh bagi kita, mandi dalam keadaan yang tiada benang di kulit badan. Makruh sahaja. Bukan DOSA. Tetapi sekiranya nak dapat point dari Allah, nak tambah markah seperti mana kita sentiasa buat kuiz di universiti untuk tambah markah ujian peperiksaan, maka sekiranya kita tinggalkan perbuatan mandi tanpa kain batik ini, adalah baik sekali kerana mendapat pahala. Pahala berapa banyak, wallahualam. Kerana itu adalah antara diri dengan ALlah swt.

Bagaimana cara untuk memakai kain batik? Caranya ialah berkemban. Asalkan ia menutup dada dan lepas paha. Itu yang ana belajar. Jadi macam, cerita zaman do'lu-do'lu. Ini bukan budaya kuno. Tetapi, ada sebab kenapa adab dia sebegitu. Ana tiadalah kitab untuk menjelaskan lagi perkara ini. Tetapi, sekiranya ana rajin dan dapat berjumpa dengan ustaz atau ustazah, Insya Allah, akan ana kongsikan perkara ini dengan antum semua. Benda ini bukan memalukan, tetapi sekadar berkongsi bagi sama-sama kita mencari keredhaan Allah swt dengan melakukan perkara-perkara yang remeh ini hinggalah yang tak remeh. Supaya hidup kita seharian sentiasa diberkati oleh Allah swt.

Friday 2 January 2009

Video ||

Berseronoklah dengan video klip yg baru nie~
sebagai satu inspirasi kepada semua yg mahu belajar bahasa asing..


*P/S - Bagi sesapa tertinggal utk melihat video yg satu lagi boleh masuk dalam labels bahasa arab.