Tuesday 3 March 2009

Husnul Zon

Husnul Zon

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah dan Lagi Maha Mengasihani

Apabila melihat sesuatu atau mendengar sesuatu dari sesiapa mengenai hamba Allah, pada pendapat ana, usah lah menjadi orang tengah, bahaya, kerana apabila hamba Allah tersebut mengetahui siapa yang memberitahu orang tengah, apabila disoal, perkataan memutar belit ada disitu. Naudzubillah...Jadi disini, ana sarankan, tegur cara baik "personally", kalau tidak boleh, minta bantuan dari yang pakar, walauapapun, perlu dekati dia dengan cara yang baik. Sudah cuba, tetapi tidak berjaya dan menjadi sebaliknya. Muhasabah diri. Kerana manusia tidak sama dan berdoa agar Allah sendiri memberi petunjuk dan memberikan ketenangan. Maafkan apa yang dilafazkan. Walaupun dia muda atau tua, maafkan. Kerana bukan kita menghukum, tetapi Allah swt. Dia yang berhak.

Istiqamah dan banyak bersabar dengan tohmahan manusia ini. Rasulullah s.a.w. berdakwah 23 tahun bukan. Jadi, ini baru ciput. Letak ketepi, yang penting, lepas sudah tanggungjawab sekiranya ia menjauhi. Itu antara dia dengan Allah swt.

Diam tidak bermakna sedih atau kalah, tapi amalkan zikir dalam diam. Lidah itu dibasahi dengan zikir-zikir,selawat ,bacaan Al-Quran dan sebagainya. Automatik hati statik dan tenang sentiasa dan selalu ingat kepada Allah swt.

Dari Abu Hurairah radiyaLLahu anhu bahawa RasuluLlah sallaLLahu 'alaihi wasallam bersabda (yang bererti) : Barangsiapa yang beriman kepada ALLah dan Hari Kemudian maka hendaklah ia berkata akan yang baik atau hendaklah ia diam. Dan Barangsiapa beriman kepada ALLah dan Hari Kemudian maka hendaklah ia memuliakan jirannya. Dan barangsiapa yang beriman kepada ALLah dan Hari Kemudian, maka ia hendaklah memuliakan tetamunya. (Riwayat Bukhari dan Muslim)
Fahamkan maksud ini. Memang sabar itu susah, petua dari ana, hayati kisah Rasulullah berjuang kerana Islam. Insya Allah, kita mudah berlapang dada dan sentiasa berfikiran positif.

Rasulullah pernah difitnah. Pernah macam-macam lagi. Rasulullah s.a.w diam dan senyum dan sabar. Jadi diam, tidak bermakna apa-apa..ada pelbagai makna..
Rasulullah S.A.W bersabda, maksudnya: Jagalah budi pekerti, bersikaplah seorangyang pendiam. Demi Zat yang menguasai diriku, tidak ada kekuatan kelakuan manusia yang seperti keduanya.(H.R. Abu Ya'la)
Ingat..
“…tiada sehelai daun pun yang gugur melainkan Dia mengetahuinya…”
(QS: 6:59)

Selalu bersangka baik dan biarkan..itu yang terbaik..

Abu Hurairah r.a menuturkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:Sesungguhnya seseorang ada kalanya berbicara dengan suatu ucapan yang diredaioleh Allah dan dia tidak merasa, maka Allah akan mengangkatnya beberapa tingkatan.Ada kalanya seseorang berbicara satu ucapan yang dibenci oleh Allah dan dia tidakmerasa, maka dia dilemparkan ke neraka jahannam.(H.R. Bukhari)
Maka, adakah kita beriman kepada Allah swt dan hari akhirat. Berbalik kepada rukun Iman, tanya pada diri sendiri..
Ana juga tanya pada diri ana. Sesungguhnya, kalau diikutkan kita semua kemungkinan perlu solat taubat sebab bahasa kita..tiada pernah ada ucapan yang baik..

Dari Abu Hurairah r.a, Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: Sesiapa yang berimankepada Allah dan kepada hari akhir, maka hendaklah dia mengucapkan kata-kata yangbaik atau diam sahaja.(H.R. Bukhari)

Jadi, kesimpulannya, syaitan sering bersama-sama dengan kita, selalulah berlapang dada kerana syaitan hanya menunggu orang yang beriman melatah.

2 comments:

Anonymous said...

betul,betul,betul.

Anonymous said...

Thank you for the good advice.