Monday 25 October 2010

Berikan masa lebihan untuk dakwahmu….simpan masa terbaik untuk duniamu….(copy dan paste)


Berikan masa lebihan untuk dakwahmu….simpan masa terbaik untuk duniamu….

Ketika kita mendengar firman Allah (2:267):
وَلَا تَيَمَّمُوا الْخَبِيثَ مِنْهُ تُنْفِقُونَ وَلَسْتُمْ بِآَخِذِيهِ إِلَّا أَنْ تُغْمِضُوا فِيهِ وَاعْلَمُوا أَنَّ اللَّهَ غَنِيٌّ حَمِيدٌ
Jangan kamu mencari-cari suatu yang buruk dari hartamu kemudian kamu infaqnya. Sedangkan kamu sendiri tidak mahu mengambilnya kecuali dengan memejamkan mata padanya. Ketahuilah… Allah Maha Kaya dan Maha terpuji.
Juga ketika kita mendengar Nabi saw bersabda (dalam hadis 40 Imam Nawawi); Allah itu baik dan Dia hanya menerima yang baik-baik saja.
Maka apakah kita tidak malu bila kita hanya menginfaqkan hanya waktu lebihan dari waktu kerja, waktu belajar, waktu hobi, waktu santai dan waktu prime kita hanya untuk dakwah. Dakwah hanya mendapat lebihan waktu yang kita sendiri pun sudah penat, tidak mampu berfikir laju dan tidak mampu mengoptimiskan potensi kita…
Ketika waktu segar, cergas, mata bersinar-sinar dan otak boleh berfikir cerah, masa itu diinfaqkan untuk kerja harian kita dan membuat kerja lain yang kadangkala tidak ada kaitan langsung dengan dakwah….
Ya betul.. segala-galanya untuk dakwah. Bekerja seharian di pejabat juga untuk dakwah… TETAPI bagaimana kita buktikan bahawa kerja seharian kita adalah untuk dakwah? Sedangkan seluruh harta yang diperolehi -kecuali persen yang terlalu sedikit sahaja- semuanya digunakan untuk santapan, santaian, hiburlara, makananginan, pembesaran bungalow dan kemewahan sendiri? Cukupkan persen sedikit tersebut sudah boleh dijadikan alasan bahawa kerja seharian kita yang memakan hampir 90% dari waktu terbaik kita itu semua untuk dakwah?
Islam tidak meminta masa lapang kita. Islam tidak meminta masa lebihan dan masa penat kita. Tetapi Islam mahukan lebih dari itu. Islam mahukan masa cergas, waktu segar dan fikiran bersinar-sinar kita untuk kita fikirkan untuk nya…
Jika tidak… selamanya Islam akan berair mata menangisi generasi dakwah yang hanya membina timbunan harta dan pangkat yang tidak menambah apa-apa untuk perkembangannya…


Muntalaq

Sunday 24 October 2010

Fiqh himmah.Ajarilah dari awal! (copy dan paste)

Fiqh himmah… ajarilah dari awal..!

Pernah dikatakan: “Jagalah himmah anda, kerana ia adalah muqaddimah segala sesuatu. Sesiapa yang soleh dan benar dalamhimmahnya, maka segala amalannya selepas itu akan menjadi baik.”
Ibn al-Qayyim membuat analogi yang best dengan berkata: “Hati umpama burung. Lagi tinggi ia terbang, maka ia akan jauh daripada sebarang penyakit. Tetapi bila dia merendah, dia akan diterpa pelbagai penyakit.”[1]
Sebagaimana mana himmah tinggi ini boleh mengekalkan kebersihan hati dan mengelakkannya dari tersibuk dengan perkara remeh dan akan tersibuk dengan perkara-perkara yang besar, himmah juga akan memelihara hati daripada terkena pelbagai jenis penyakit dan panahan syaitan. Sama dengan dua belah sayap burung yang diangkat melompat akan memelihara dari terkena panahan pemburu. Tugas seorang murabbi kini ialah mengajar mutarobbi barunya melompat tinggi pada permulaan percubaannya.
Lompatan tinggi kedua belah sayap adalah perumpamaan kepada jiwa yang bersedia menanggung bebanan berat dakwah. Jika seseorang yang berada di peringkat awal dakwah ini memahami dakwah ini hanya untuk membersihkan hati, atau hanya untuk mendapat kawan yang baik, atau hanya untuk melepaskan rindu, atau hanya untuk membantu perkara kebajikan semata, maka nantinya dia akan keberatan melakukan nahi mungkar. Nantinya dia tidak akan dapat faham formula Ibn Yazdaniyar dalam masalah firasat sebagaimana difahami oleh para rijal sebelumnya. Dia juga akan mundur ke belakang pada hari peperangan. Senarai alasan uzur akan sentiasa ada di bawah ketiaknya. Alasan pertamanya ialah: saya tidak pernah diceritakan perkara seumpama itu sebelum ini. Perjanjian taat setia yang dilakukannya juga tidak mengandungi syarat tersebut.
Oleh itu, para tokoh tarbiyyah amat prihatin agar menjadikan langkah pertama mereka perlulah langkah yang ‘menggerunkan’, sebagaimana langkah yang dilakukan oleh 70 orang Ansar semasa melakukan bay’ah al-‘Aqabah, iaitu ketika mereka berjanji terhadap diri mereka sendiri untuk mempertahankan Rasulullah saw sebagaimana mereka mempertahankan isteri, anak dan harta mereka sendiri.


[1]Ibn Qayyim, al-Jawab al-kafi, hlm. 70.

Saturday 23 October 2010

Resepi chicken tikka masala

Assalamualaikum wbt.

Saya tak tahu berapa sukatan sebab saya guna agak2 sahaja. 

1. Potong ayam sesuka hati. Kalau nak dadu, dadu..kalau jenis bertulang..sesuka hati. 

2. Lumurkan ayam tu dengan halia, ketumbar, bawang putih yang dah ditumbuk. cili boh agak2,garam, serbuk lada hitam, hmm perah limau kemudian letak minyak sedikit. Pastu lumur pada ayam atau gaul.Biarkan 10 minit.

3. Panaskan kuali dan JANGAN LETAK MINYAK. goreng ayam tu..untuk 10  minit..agak2 juga.Kemudian angkat.

4. Chop halus2 cili merah dan bawang merah..

5. Guna kuali tadi, kalau ada minyaklebihan..guna minyak tu. kalau takde..tambah minyak sikit.

6. Goreng cili dan bawang merah yang dah chop.

7. Letak sedikit air asam jawa dan garam sikit AJE.

8. letak santan . terpulang nak lemak lebih atau tak nak.

9. bila dah mendidih sikit, letak ayam yang goreng tadi dan gaul..biarkan beberapa minit. dah agak pekat atau tak nak pekat. tutup api..dan boleh dah makan dengan roti naan ke atau nasi basmati 
makanan chicken tikka masala boleh makan dengan roti

Wednesday 20 October 2010

Kita Insan Istimewa

Salam sihat semua, kembali saya dari pertapaan yg sungguh lama membuatkan rindu sudah berkampung di hati ini mahu kembali bersama. Walaupun chatting 3-5 min bersama Abg SyuQ membuatkan saya bersemangat nk luahkan secebis coretan utk dijamah beramairamai. :D

Hari ini sibuk yg agak ketara mahu siapkan urusan biasiswa Al-Azhar, cop sana sini jadinya jauh juga merantau mahu collect semua jenis cop yg perlu dilengkapkan, mcm explore race pulak rasanya ahha.

Suhu 39c ditambah desiran angin berpasir membuatkan lagi perjalanan menjadi semakin bermakna dari satu tempat ke satu tempat, banggunan dengan banggunan tanpa lif, daki bertingkat tingkat kalau peluh tu tak perlu tanya lah mesti melikat lekat ehhe. :p

Dapat siapkan separuh dari list cop, fahamlah berurusan dgn arab jadi lepas asar beli kitab kemudian terus gegas ke kelas bersama syeikh tolong serba sedikit sampailah ke maghrib. Balik rumah lapar ni.. cuma sarapan sahaja dari pagi tadi itupun makan "fuul bil beid", mandi apa bagai semua siap, perut mula menerjah disitu..

Malam ni makan "makarona bil jebna roumi" jadinya keluar dari "Arma" (Malaysian Hall) mahu ke kedai, dalam perjalanan ternampak dari jauh seorang lelaki bersama perempuan jalan berdua'an agak perlahan. Bila sy hampir berada belakang jelas sekali sedang jalan pulang.. baru lepas bersiar gamaknya.. dengan barang'an shopin..

Apabila direnug tatap terus gugup jantung ni! laki tersebut kakinya kurang vit (kurang / panjang) sebelah. Tangan kiri paut barang sebelah lagi pimpin maknya yg sudah berusia. Dikala sebegini rupa masih waras tanpa sebarang rungutan atau protes, rela hati yg gumbira meluangkan masa bersama ibunya dengan bahagia.

Renungan ini membuatkan sy berfikir sejenak "apa yg sudah aku laksanakan tanggung jawab sebagai seorang anak?" dengan hidup berjauhan sebegini, banyak sudut perlu kena ambil kira kerana tidak boleh abai dan leka kerana hubungan ibubapa dan Allah itu satu perkara yg sangat penting.

Penat lenguh sengal semua hilang tanpa kesan. Terharu rendah diri serta rasa bersalah hanya yg tinggal. :3