Showing posts with label Doa. Show all posts
Showing posts with label Doa. Show all posts

Monday, 2 May 2011

Melihat Gereja

Bismillahirrahmanirrahim.

Hari ini berkongsi lagi tips berkenaan mengenai adab kita seharian supaya kehidupan kita semua tenang serta mendapat keredhaan dan keberkatan dari Allah S.W.T.

Salah seorang kawan saya datang bercerita yang isterinya satu ketika terlihat gereja (mungkin diamati seni binanya kerana banggunan itu binaan zaman lama) disangkakan biasa akan tetapi bila waktu malam itu tika hendak tidur, isterinya amat berasakan sulit sambil terbayang akan apa yang dipandang pada siang hari tadi, gereja tua itu barangkali ada mempunyai sihir yg kuat.
Ada yang berpendapat supaya alihkan mata kita dari melihat salib di gereja, kebiasaannya terletak di atas menara.
Kemudian saya sarankan isteri beliu mengamalkan doa sepertimana yang diajarkan oleh agama kita :-

لا إله إلا الله
لا إله إلا الله
لا إله إلا الله
لا معبود إلا الله


Semoga kita semua terpelihara dari tipu dan godaan syaitan laknat yang direjam serta sekutu dengannya.
Mudah mudahan Allah sentiasa melindungi dan juga memberkati perjalanan kehidupan seharian kita.
Selamat beramal haa bagi tahu kongsi doa ini bersama sahabat handai anda semua ye !
- bagaimana pula bila kita lihat masjid ?

Tuesday, 2 November 2010

Cerdas Otak


Sebagaimana diketahui ramai orang tahu akan amalan berkismis tiaptiap pagi hari. Hari ini ingin dikongsikan serba sedikit amalan yg diamalkan oleh segelintir orang arab Mesir bagaimana amalan permakan mereka dipagi hari.

Setelah hampir lebih dari 3 tahun sy bersama dgn ust yg mengajar semasa senawi (menengah tinggi) yelakan org asing dtg beribu batu musaffir mahu menuntut ilmu dgn susap payah menimba ilmu, bukan satu perkara yg mudah ditambah dgn suasana dan persekitaran yg amat berbeza sekali dr tanah air.

Ustaz tahu mana kelemahan dan kelebihan setiap anak murid yg diajari beliau betul..? gerak geri tingkah laku itu semua dia faham tambahan pula org yg lebih tua dewasa berpengalaman dr kita semua. Sy dgn rendah diri serta berminat dgn cara pengajarannya yg amat santai selalu minta motivasi tunjuk ajar dari beliau.

Tanpa bertolak kira melayan seperti anak senidiri.. sacara tidak langsung dia beri satu amalan yg mana dia amalkan pd waktu keshik dahulu kala :3
amat simple dan mudah tidak perlu sebarang perngeluaran yg tidak munasabah. ok

BAHAN YG DIPERLUKAN :-
1. Ulas bawang putih
2. segelas air putih
- Bangun aje pagi celik mata solat subuh dulu.. ngaji serba sedikit..
-pecahkan bawang potong 2-3
-kemudian baca Al-Fatihah 1x Selawat 7x Ayat Terang Hati 7x
-niat baik dan minum seperti makan panadol..
** amalkan setiap pagi ketika perut kosong

Mudah cepat jimat kos.. apa yg bermain difikaran sekarang..mahukan kajian secara santifik mengenai hal ini.. geng suma bolehlah bantu saya ye dalam hal ini.  -_-

Sunday, 15 March 2009

Doa dan Zikir


Assalamualaikum salam muhibbah,

Doa ialah permohonan atau permintaan yang baik kepada tuhan biasanya dalam bentuk ayat2 Al Quran, hadis atau susunan kata2 yang syahdu

Zikir pula ialah perbuatan mengingati Allah dengan menyebut kalimah spt Subhanallah, Astaghfirullah, Allahuakbardan sebagainya dalqam 3 bentuk :-

1. Perbuatan (fi3li) seperti ruku3.
2. Lidah (qauli) yang dipanggil zikir jali atau zikir jahri
3. Hati (qalbi) yang dipanggil zikir sirri atau khafi

Pada hari ini sebilangan besar masyarakat sudah menyedari hakikat keperluan diri individu untuk lebih mendekatkan diri dgn Allah. Sifat semula jadi seorang hamba yang bercita2 tinggi mesti ingin berdialog dengan tuannya, begitu jugalah sifat seorang manusia (insan) dengan Tuhannya, Allah S.W.T. Dialog itu dimplimentasikan melalui doa dan zikir.

Latihan membaca dan menghafal perlulah berjalan hingga doa itu sudah menjadi darah daging kita. Ketika itu kita tidak lagi memerlukan untuk membaca atau menghafal. Inilah tahap yang paling tinggi dimana kita meminta dari Allah S.W.T. secara terus dan bukan membaca lagi . Cuma syaratnya kita harus faham apa yg ikita sebut dan apa yang kita minta.

Semoga info yg tidak seberapa ini dapat menafaatkan kita semua,

Selamat Berdoa dan Berzikir.