Showing posts with label Al Yaum. Show all posts
Showing posts with label Al Yaum. Show all posts

Sunday, 29 May 2011

Khabar Egypt Hari Ini

Assalamualaikum.

Alhamdulillah permulaan kalam saya pada kali ini kerana boleh senyum lebar walaupun tidak berapa nak lebar sangat, maklumlahkan musim imtihan begini memang sukar untuk mengawal emosi.
Fakulti kami akan start imtihan pada 11 hb Jun. Kira-kira 10 madah keseluruhan dalam fasa tahun ini, akan berakhir pada 7 July.

Selepas Egypt membuat revolusi yang melibatkan kematian lebih dari 200 orang juga menyebabkan ekonomi mereka tidak stabil. Kadar kemiskinan makin meningkat kepada tahap 70% dan kes jenayah naik 200%. Populasi penduduk melebihi 82 juta dengan kadar pengangguran yang berleluasa dan kadar kemiskinan meninggi membuatkan penjenayah semakin suka hati kerana polis masih dalam fatrah baik pulih selepas diserang teruk semasa hari rusuhan 25 Jan.

Hati Girang


Sabtu 28 Mei, Ahram mengeluarkan satu kenyataan yang membuatkan kita senyum, semua ini berlaku dalam seminggu yang lepas, kenyataannya seperti berikut :-

  • Tertubuh 149 buah syarikat
  • 80% adalah pelabur mesir
  • 2130 peluang pekerjaan
  • kemasukan wang negara LE 243 juta pada minggu lepas
  • Pertumbuhan ekonomi 32% pada minggu lepas
Antara 149 syarikat tersebut terdiri dari :-

  1. 51 sektor perkhidmatan
  2. 23 sektor industri
  3. 7 sektor pelancongan
  4. 2 sektor pembinaan
  5. 4 sektor komunikasi
untuk lebih maklumat lanjut sila layari :-  http://www.ahram.org.eg/Economy/News/80645.aspx

Mari kita doakan agar keadaan mesir dan seluruh negara arab beransur pulih, terutama Palestin.
Kepada mereka yang merasa Hari Revolusi 25 Jan, mereka akan dapat menjiwai serba sedikit perasaan penduduk Egypt. Taraf kehidupan mereka dahulu dan sekarang.

-Semoga Allah melindungi dan merahmati saya serta saudara semua walau di mana jua kita berada :)

*p/s : Doakan kami sekali pelajar di sini supaya dipermudahkan dalam imtihan dan mendapat natijah yang cemerlang !

Monday, 22 March 2010

Bersama Semula

                                    Assalamulaikum W.B.T.

   Terlama sudah kita berpisah.. minta maaf kerana banyak menyepi tapi kali ini InsyaAllah kita dapat bersua lagi
biaselah sy ni sbg manusia yg tidak seberapa pantas haruslah kena ambil langkah tok batin bagi menguatkan seberapa yg boleh supaya dapat berdiri lama.. dengan tidak semena-mena ada seorang sahabat sy kasi offline msg yg berbunyi begini.. erm iya walaupun mungkin kita kadang-kadang pernah dengar atau tahu akan benda ini tapi lama-lama ia akan lupa dan apabila ada orang peringatkan kita semula, disana satu perbezaan dalam perasaan juga perasaan berubah dengan tanpa disedari ataupun sebaliknya, sebab inilah kita disarankan saling ingat memperingati antara satu sama lain kerana ianya terdapat berbagai faedah yg masih kita belum kenal pasti akan kebaikan untuk kita manafaatkan bersama.

Kisahnya pon bermula :-  Ada seekor monyer yang berpeluk pada dahan pokok. Tiba-tiba angin halilintar dan puting beliung melanda kawasan itu. Makin kuat sang monyet mendakap pokok itu. Dan monyet itu berjaya mengelakkan dirinya dari malapetaka itu. Sedang sang monyet berehat, datang pula angin sepoi-sepoi bahasa, meniup kawasan pokok tersebut. Monyet itu semakin selesa dengan angin yang lemah gemalai itu, dakapannya semakin longlai dan akhirnya sang monyet ini tumpas.

Pengajaran: -Jangan jadi monyet !!!.

Heha~ Bukan! Jangan kita lupa bila diuji dengan kesenangan . Ramai yang berjaya bila diuji dengan kepayahan dan kesusahan. Namun tak ramai yang berjaya bila diuji dengan kesenangan.


*p/s - buat semua yg dirindui heha~

Wednesday, 16 December 2009

HAHA

Yeah!! kawan-kawan semua tunggu apa lagi marilah sama kita pakat rebut kerusi dekat kelas :D jadual exam sudah keluar-kan.. nantikanlah saatnya bumi akan terbalik sebentar.

Kasi semangat kepada jiran tetangga jangan dilupa.. semoga berjaya bersama.

Kawan-kawan kalau ada masa kosong marilah tolong aku baca kitab.. risau sudah sampa ke tahap gaban yang terputus ekor heha~  :D

16 - Jan - 2010

Sunday, 7 December 2008

Yaum Saed


Salam Korban

Kepada semua di luar sana sama ada kenal atau tidak, ingin-ku ucapkan selamat beraya
moga2 raya ini kita semua dapat istifadah darinya.

Alhamdulillah sy dapat berpuasa sehari sebelum raya, byk kelebihan yg padanya

Ayam, lembu, unta, kerbau sanggup berkorban untuk manusia.. Sudahkah manusia berkorban untuk agama??
Selamat Aidul Adha.

Sunday, 23 November 2008

Perjalanan Seribu Batu Bermula Dgn Langkah Pertama

Bismillahirrahmanirrahim..

Plan pertama saya sudah berhasil.. Alhamdulillah. Niat sy buka blog ni untuk berkongsi serba sedikit ilmu dengan anda semua sudah melalui satu peringkat, rasa seronok tu ada apabila apa yg dirancangkan menjadi Thx Allah..

Kepada akk Syarifah Natasha ahlan wasahlan diucapkan kerana sudi terima pelawaan sy, terharu juga sy sebab terus memuat-tulis kedalam blog ni :) dan sy berhajat ingin menjemput beberapa penulis lagi bersama2 mengimarahkan blog ni..bagi yg berminat mmg dialu2kan :D

Sebenarnya sy ni meminati bidang kaunseling akan tetapi kelulusan sy tidak membenarkan untuk mengambil bidang tersebut..so saya buka blog ni khas untuk mengetengahkan bidang ini demi masa depan agama, sekurang-kurangnya saya dapat berkongsi dan bertukar pengetahun bersama sama, ilmu seseorang itu tak akan habis jika dia sentiasa memberi kongsi bahkan ia akan lebih bertambah apatah lagi jikalau diamalkan dalam kehidupan seharian, erm renung2kan...
teringat sy akan hadis Rasulullah yg bermaksud "Sampaikanlah walaupun satu ayat".

Sy juga manusia biasa yg tidak bisa terlepas dari salah & silap, kita perlu sikap berfikir secara terbuka maka jika ade apa2 prob just zahirkan ia..

**Jasa Anda Amat diHargai.

Wednesday, 12 November 2008

Sem Baru

Salam Muhibbah

Setelah lama mebertapa di Msia, kali ni datang kembali ke Mesir dengan diri yg baru.
Tidak ingin mengulangi perkara lama kekal bersemadi didalam diri.
Kali ni saya sudah mengubal beberapa jadual baru utk melangkah kehadapan

Saya berasa beruntung dan berasa syukur sesangat sbb ayh, mak dan keluarga memberi sokongan yg padu serta kengkawan yg tak kering memberi semangat supaya tidak mudah patah semangat.

Sempena ini ingin memohom maaf terhadap ape yg lepas2 hehe kire kosong2 erk
bagi para pelawat2 semua yg sy x kenal Ahlan Wasahlan wa Marhaban bik

InsyAllah sekarang saya dalam perancangan utk memantapkan b Arab,byk kelas2 pengajian bahasa yg akan saya sertai selepas ni(amen)

Ape yg penting " Kerja Sama" :D

ok-ye semua Selamat Maju Jaya.

Thursday, 4 September 2008

▒▒♥▒▒♥▒▒♥▒▒♥▒▒♥▒ ▒▒♥▒▒♥▒▒♥▒▒♥▒▒♥▒ kollu am w antom bekhair ▒▒♥▒▒♥▒▒رمضــــــــان♥▒▒كـــــــــريــم♥▒▒♥▒ ▒▒♥▒▒♥▒▒♥▒▒♥▒▒♥▒ ▒▒♥▒▒♥▒▒♥▒▒♥▒▒♥▒ ▒▒♥▒▒♥▒▒♥▒▒♥▒▒♥▒ ▒▒♥▒▒♥▒▒♥▒▒♥▒▒♥▒

Saturday, 30 August 2008

Ramadan Kareem

Salam Semangat

kawan2 semua yg tidak dilupakan di sini ingin ku ucapkan kepada selamat menyabut bulan yg penuh magfirah,
saya mendokan semoga anda semua dapat menghayati dari segala sudut..
sebelum itu seboleh2nya ingin saya menghulurkan 20 jari ingin memohon maaf diatas segala salah laku selama kita berinteraksi..

SELAMAT MEYAMBUT BULAN AL-MUBARAK

Monday, 28 July 2008

Kerja

Alhamdulilla hampir sebulan dok melepek je kat rumah. Terima Kasih Jiran sebelah.. dengan bantuan mak dan kakak Mharisuddin saya dapat mengisi tempat kosong di SK Desa Jaya sebagai guru ganti mengajar Pendidikan Islam.

Selepas ni mybe masa tuk duduk depan PC ni berkurang lah sedikit.. harap2 anda semua boleh bagi saya semangat kpd sy untuk menimba pengalam yg menyeronokkan ni.

Jumpa Lagi *_*

Wednesday, 23 July 2008

Al Yaum

Salam Ukhuwah,

Kerap sungguh hujan sejak kebelakangan ni, wah singguh nikmat ~! kena pulak musim durian sekarang, jiran2 saya pakat kasi dan bertukar buah tangan ( biasalah budak Mesir balik :P ) "Terima Kasih MHarisuddin" kawan sejak kecil masa main pondok-pondok @ masak-masak.. hehe byk gile aku terhuntang budi kat nko Din.

Kini ada slot baru yg saya ingin berkongsi bersama anda semua. Saya ingin bawakan syair, hikam, perobahasa dan sewaktu dgnnnya, sekurang-kurangnya boleh kita buat bahan pembakar semangat dalam kehidupan seharian kita. Tungggguu...

Isu2 berkaitan Bahasa Melayu
dan pemikiran Islam serta ekonomi byk diperkatakan sejak dua menjak, ini kerana kita semua berada dalam keadaan lemah dan tidak bersatu dalam perjuangan mempertahankan agama dan bangsa.

Melihat masjid2 yg tersergam indah di serata negara.. wah indahnya seni Islam, tapi ianya tidak berseri jika saf-saf tidak berpenghuni...

Marilah kawan2 kita bersatu, Menarik Rahmat Allah di bawah bumbung yg satu,
Semoga kita sentiasa mendapat keredhaan dan keberkatan di duni mahupun di akhirat.

-Rakan Masjid-

Saturday, 19 July 2008

Hari ini

hye semua..
bila saya balik Msia, macam2 isu semasa hangit dibincangkan, uih belit otak ni tengok.
Bila kawa2 tanya.. "hai Basri, buat apa selama 3 bln cuti ni? ta kerja ker?" her sy jawap la balik.. camner la nak kerja.. anak mak :P (hehe tak de la, saje melawak)
Sebenarnya sy tolong ayah menoreh getah dan angkat buah kelapa sawit.
memang di hati ada niat nak pergi cc utk update blog nih, memandagkan ada yg lebih penting bagi saya untuk berjasa.

Friday, 4 July 2008

BERHABUK

Fuuuuhhh... huuuuuuuhhh .. huh
ee da berabuk page nih, saya pon da lama ta update, maklum la baru jer sampai Msia
Saya memeinta maaf kepada semua pasal saya sibok sangat sampai ta sempat nak berceloteh dengan kamu semua..

tapi jangan risau huhu pasal saya sudah sipakan beberapa artikel untuk dipostkan nanti.
saya da ta sabar2 nih, iAllah nanti anda akan rasai kelainan yg saya bawa..
cuma sekarang saya sedang tingkatkan tahap dan kadar pembacaan hingga maksimas

Jadi..
nak tahu apa yg terjadi selepas ini..?

tunggu...

Saturday, 19 April 2008

Sepintas Diriku

Wah seronok betul hari ni.. macam tak percaya lulus lesen motor, walaupon ujiannya telampau senang tetapi gabranya mcm kena terjun dari tingkat 5 :P biasalah berurusan ngn org arab ni rumit sikit. Minggu lepas dah pergi test, tapi pegawai suruh datang minggu depan, huh dah la pagi tu accident, mujur la mak cik tu baek tidak merapik macam2. Motor yg saya naik tu teruk juga rosak dan spare part pula payah nak cari kat kawasan sini, dari pagi sampai ke malam asyik sibuk dgn menguruskan hal motor saja.. letih juga poket pun kempis huhu.

Itu minggu lepas punya kisah, hari ni pergi lagi sekali ambil ujian. Alhamdulilla aku bersyukur lesen da siap lengkap, walaupon org yg last sekali dapat lesen, kos semua sekali lebih kurang dalam LE 170 saja. Nanti bila balik M'sia tak payah lagi nak susah2 buat lesen. Berkat kesabaran akhirnya dapat juga memiliki lesen.. Nikmatnya!

Owh ya, bagi yg baru melawat blog ni diucapkan selamat datang, kedatangan anda dialu2kan, semoga kita diberkati oleh Allah SWT, saya suka sangat dapat berkawan yg boleh bertukar pendapat & buah fikiran, ha sama2 dapat menafaatkan? bagi sesiapa yg belom mengetahui diri saya boleh la check di profile kalau ingin tahu lebeih lanjut, meh la kita chating ye dak :D

Firman Allah SWT :-
"Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan
, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak , supaya kamu berkenal kenalan (beramah mesra sama lain) Sesunguhnya semulia mulia kamu di sisi Allah ialah orang yg lebih takwanya diantara kamu (bukan yg lebih keturunan atau bangsanya) Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mendalam Pengethuannya"

Surah Al-Hujuraat 49:13 .

Tuesday, 15 April 2008

Ahlan Wasahlan Wa Marhaban Bikum

Selamat Datang Ke Blog Saya, eQahirah.blogspot.com

Assalamualaikum w.b.t...
Salam perkenalan dari saya buat anda semua, buat pertama kalinya saya berani menampilkan diri didalam kancah dunia IT. Bagi saya yang masih setahun jagung dalam bidang ini diharap dapat pertolongan dan bantuan dari anda semua ya :)

Alhamdulillah pertama sekali saya bersyukur kpd Allah S.W.T. kerana dengan izin-Nya saya telah dapat menzahirkan pemikiran serta idea dan jutaan terima kasih buat semua sahabat saya, terutama sekali saudara Abg Shueqry, Irfan Tijari, Kholid, Umar Tok Kampung, Uwais dan budak Maahad Buuth kerana dorongan yang tidak putus-putus bagaikan air yang mengalir deras... dorongan yg memberangsangkan telah membuatkan semangat saya berkobar2 membuat blog kepunyaan saya sendiri utk dikongsi bersama..

Sebagaimana yg telah anda ketahui ini adalah pertama kali saya menulis jikalau ada persamaan harap dapat diterima dengan positif kerana di luar sana terdapat ramai penulis yg berjuang dengan tujuan masing2. Ilmu yg berada didalam diri kita semuanya kurniaan dari Allah..dan seharusnya dikongsi bersama.
Semoga kita mendapat faedah dari perkongsian ini :-

Firman Allah S.W.T. :-
"Wahai orang2 yg beriman, sebarkanlah sebahagian dari apa yg telah Kami berikan kepada kamu, sebelum tibanya hari kiamat yg tidak ada jual beli padanya, dan tidak ada kawan teman (yg memberi manfaat), serta tidak pula ada pertolongan syafaat. Dan orang2 kafir, mereka itulah adalah orang2 yg zalim" Surah Al-Baqara, ayat 254.
Marilah kita bersama-sama gali dan memperkayakan ilmu yang kita ada kerana ianya tidak terhad... Ilmu itu adalah KENIKMATAN...