![]() |
Gambar Hiasan |
Kemarahan mereka tidak dapat dibendung lagi sehinggakan balai polis, trak serta kebanyakan harta polis banyak dimusnahkan, hamboi marah benar mereka ini pada terhadap polis.
Siapakah yang mensita kenderaan ini ? Polis sendiri atau orang awam yang menonjolkan akan kemarahan mereka masih belum reda.
Jika polis sendiri yang mengambil tindakan sebegini rupa mungkin mereka dalam fatrah pembaikan pulih imej mereka dalam masyarakat bermaksud tiada cabut bulu dalam mengambil tindakan.
Jika orang awan yang buat sebegini rupa alamatnya polis masih belum pulih sepenuhnya dalam mengawal keamanan masyarakat.
Alhamdulillah selepas 25 Jan rakyat Egypt berubah sedikit demi sedikit kepada positif, walaupun ada beberapa kesan sampingan yang berlaku seperti ekonomi tidak stabil dan kes jenayah tidak menentu. Kesedaran terhadap sesama sendiri juga membuatkan mereka masih kuat untuk meneruskan kehidupan seharian sebagai contoh bila bergeser kenderaan di tengah jalan kemudian kedua dua pemandu bergaduh, pemandu pemandu yang lain atau pejalan kaki di sekeliling akan berlumba lumba datang meredakan pertelingkahan antara kedua pemandu tadi. Begitu juga bila ada seseorang jerit "Haromi" (pencuri) semua akan serbu. Kehidupan di sini memang berbeza kalau nak dibandingkan dengan M'sia, populariti penduduk yang padat membuatkan cabaran dari pelbagai penjuru. Alhamdulillah sekali lagi kita rakyat M'sia dihidangkan dengan negara yang selesa berbanding dengan Egypt.
Apa yang baik kita ambil buat panduan dan yang buruk kita jadikan sempadan. Hiduplah dimana sekalipun jika tidak dapat membezakan antara yang baik dan buruk ketahuilah bahawasanya itu adalah orang yang rugi.
Buatlah apa yang kamu suka selagi perkara itu tidak tergelincir dari landasan syariat kerana Islam itu sangat indah.
Sertakan setiap perbuatan kita dengan niat yang ikhlas kerana Allah dan diakhiri bersama doa.
Semoga kita semua tergolong dalam golongan yang diredhai oleh Allah :)