Tuesday, 15 April 2008

Ahlan Wasahlan Wa Marhaban Bikum

Selamat Datang Ke Blog Saya, eQahirah.blogspot.com

Assalamualaikum w.b.t...
Salam perkenalan dari saya buat anda semua, buat pertama kalinya saya berani menampilkan diri didalam kancah dunia IT. Bagi saya yang masih setahun jagung dalam bidang ini diharap dapat pertolongan dan bantuan dari anda semua ya :)

Alhamdulillah pertama sekali saya bersyukur kpd Allah S.W.T. kerana dengan izin-Nya saya telah dapat menzahirkan pemikiran serta idea dan jutaan terima kasih buat semua sahabat saya, terutama sekali saudara Abg Shueqry, Irfan Tijari, Kholid, Umar Tok Kampung, Uwais dan budak Maahad Buuth kerana dorongan yang tidak putus-putus bagaikan air yang mengalir deras... dorongan yg memberangsangkan telah membuatkan semangat saya berkobar2 membuat blog kepunyaan saya sendiri utk dikongsi bersama..

Sebagaimana yg telah anda ketahui ini adalah pertama kali saya menulis jikalau ada persamaan harap dapat diterima dengan positif kerana di luar sana terdapat ramai penulis yg berjuang dengan tujuan masing2. Ilmu yg berada didalam diri kita semuanya kurniaan dari Allah..dan seharusnya dikongsi bersama.
Semoga kita mendapat faedah dari perkongsian ini :-

Firman Allah S.W.T. :-
"Wahai orang2 yg beriman, sebarkanlah sebahagian dari apa yg telah Kami berikan kepada kamu, sebelum tibanya hari kiamat yg tidak ada jual beli padanya, dan tidak ada kawan teman (yg memberi manfaat), serta tidak pula ada pertolongan syafaat. Dan orang2 kafir, mereka itulah adalah orang2 yg zalim" Surah Al-Baqara, ayat 254.
Marilah kita bersama-sama gali dan memperkayakan ilmu yang kita ada kerana ianya tidak terhad... Ilmu itu adalah KENIKMATAN...

1 comment:

IrfanTijari said...

tahniah untuk surat yg pertama..harap ni bukan yg terakhir