Thursday, 26 March 2009

Buuth Group


Assalamualaikum sahabat2 semua erm rasanya lama ta bertanya khabar, harap2 nkorunk suma sehat wal3fiah . Biasalah sekarang ni semua orang masghul dengan macam2 benda nak buat dengan imtihan yang hampir dekat, biasalah buat ijroat di Mesir ni memang agak mencabar lebih dari luar jangkaan.

Rindu sebenarnya nak lepak ramai2 bersama budak2 Buuth em kalu buat reunion lepas exm ni pun sedap. Ramai dah bawak haluan masing2 sekarang jadi ingin menginvite kepada semua pelajar Buuth yg mempunyai Freindster untuk join Groups > Bu'uth International College Al-Azhar . Tidak kira la yg da abes atau masih study.

InsyaAllah kalau diberikan kelapang masa yg lebih kita akan buat sesuatu yg lebih kheir supaya kita semua sentiasa mendapat keberkatan.

- Akhukum fillah

Monday, 16 March 2009

Artikel yang diulang. hehe..kisah pendrive. Bila la nak pulangkan

**Diulang kembali artikel**hihihi

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah dan Lagi Maha Mengasihani


Assalamualaikum wbt dan selamat sejahtera.
Astaghfirullah...3x. Seorang hamba Allah di dalam rumah ini menyapa setelah membaca blog seorang hamba Allah dan dia beritahu..
Hamba Allah: Eh sis, bukan ke you try and call her a lot of times but she ignored it? U wanted to give it back but maybe she think different right??
Ana: Apa??Apa sis? Blog apa pula ni, i am trying to focus here. Nak masak apa untuk malam ni??Mana blog tu?
So, i read the blog. Allahu Robbi!!
Macam tu sekali. I am smiling away.
Ana: Nevermine la sis. They are stressed because they have exam kot. I try to contact her a few times and call her friend to give her things back. She did not pick up the phone. Jangan ingat negatif. Enough is enough. Hal isu Islam ni banyak lagi yang kena fikir. Takde apalah..hati muda tu. Kita dulu pun mcm tu juga...
Hamba Allah: Eh sis, kenapa you ni baik sangat??Orang dah pijak-pijak pun, you still baik lagi. Tak sayang diri ke?
Ana: Apa lagi membebel ni sis??Orang yang kita berinteraksi ni macam baby. Tak tahu apa-apa. Kena pijak, nak merajuk ? Islam did not teach us like that. What happened if our muslim in Malaysia suddenly become worst and worst??That is why, I am stupid last time~~. When I am alone. I can understand and feel very harmony. When I am with people, dengar cakap orang sana and sini, Masya Allah bila muhasabah balik, dahsyatnya manusia ni.Jahatnya syaitan yang merasuk mereka or me. Tapi , that is life in tarbiyah. We r not maksum like our Prophet Muhammad s.a.w. That is why, I can move forward and move forward. To take care 2 or three heart, susah sangat, nanti meleret-leret. Remember that khutbah??Khut...
Hamba Allah: Shhhhhhhh! Yes..yes..I know. Cakap banyak la..The answer is du'a. I know..jadi mana barang tu
Ana: Jap.Mama, pinjam fon. Kredit dah sebulan ni habis. Nak message kawan ..nak bgtahu barang tu ada and nak pulangkan.
Mama: Naper buat kerja dua tiga kali? Masa kat uni tak nak pula pulangkan.
Ana: Dah~~~~. I have contact. Takpe, they are busy la mama..pinjam ek.nanti potong duit raya. hehehe
Ana mesej. Alhamdulillah. Selesai.

Sunday, 15 March 2009

Doa dan Zikir


Assalamualaikum salam muhibbah,

Doa ialah permohonan atau permintaan yang baik kepada tuhan biasanya dalam bentuk ayat2 Al Quran, hadis atau susunan kata2 yang syahdu

Zikir pula ialah perbuatan mengingati Allah dengan menyebut kalimah spt Subhanallah, Astaghfirullah, Allahuakbardan sebagainya dalqam 3 bentuk :-

1. Perbuatan (fi3li) seperti ruku3.
2. Lidah (qauli) yang dipanggil zikir jali atau zikir jahri
3. Hati (qalbi) yang dipanggil zikir sirri atau khafi

Pada hari ini sebilangan besar masyarakat sudah menyedari hakikat keperluan diri individu untuk lebih mendekatkan diri dgn Allah. Sifat semula jadi seorang hamba yang bercita2 tinggi mesti ingin berdialog dengan tuannya, begitu jugalah sifat seorang manusia (insan) dengan Tuhannya, Allah S.W.T. Dialog itu dimplimentasikan melalui doa dan zikir.

Latihan membaca dan menghafal perlulah berjalan hingga doa itu sudah menjadi darah daging kita. Ketika itu kita tidak lagi memerlukan untuk membaca atau menghafal. Inilah tahap yang paling tinggi dimana kita meminta dari Allah S.W.T. secara terus dan bukan membaca lagi . Cuma syaratnya kita harus faham apa yg ikita sebut dan apa yang kita minta.

Semoga info yg tidak seberapa ini dapat menafaatkan kita semua,

Selamat Berdoa dan Berzikir.

Tuesday, 3 March 2009

Islamic Hijri Calendar

Husnul Zon

Husnul Zon

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah dan Lagi Maha Mengasihani

Apabila melihat sesuatu atau mendengar sesuatu dari sesiapa mengenai hamba Allah, pada pendapat ana, usah lah menjadi orang tengah, bahaya, kerana apabila hamba Allah tersebut mengetahui siapa yang memberitahu orang tengah, apabila disoal, perkataan memutar belit ada disitu. Naudzubillah...Jadi disini, ana sarankan, tegur cara baik "personally", kalau tidak boleh, minta bantuan dari yang pakar, walauapapun, perlu dekati dia dengan cara yang baik. Sudah cuba, tetapi tidak berjaya dan menjadi sebaliknya. Muhasabah diri. Kerana manusia tidak sama dan berdoa agar Allah sendiri memberi petunjuk dan memberikan ketenangan. Maafkan apa yang dilafazkan. Walaupun dia muda atau tua, maafkan. Kerana bukan kita menghukum, tetapi Allah swt. Dia yang berhak.

Istiqamah dan banyak bersabar dengan tohmahan manusia ini. Rasulullah s.a.w. berdakwah 23 tahun bukan. Jadi, ini baru ciput. Letak ketepi, yang penting, lepas sudah tanggungjawab sekiranya ia menjauhi. Itu antara dia dengan Allah swt.

Diam tidak bermakna sedih atau kalah, tapi amalkan zikir dalam diam. Lidah itu dibasahi dengan zikir-zikir,selawat ,bacaan Al-Quran dan sebagainya. Automatik hati statik dan tenang sentiasa dan selalu ingat kepada Allah swt.

Dari Abu Hurairah radiyaLLahu anhu bahawa RasuluLlah sallaLLahu 'alaihi wasallam bersabda (yang bererti) : Barangsiapa yang beriman kepada ALLah dan Hari Kemudian maka hendaklah ia berkata akan yang baik atau hendaklah ia diam. Dan Barangsiapa beriman kepada ALLah dan Hari Kemudian maka hendaklah ia memuliakan jirannya. Dan barangsiapa yang beriman kepada ALLah dan Hari Kemudian, maka ia hendaklah memuliakan tetamunya. (Riwayat Bukhari dan Muslim)
Fahamkan maksud ini. Memang sabar itu susah, petua dari ana, hayati kisah Rasulullah berjuang kerana Islam. Insya Allah, kita mudah berlapang dada dan sentiasa berfikiran positif.

Rasulullah pernah difitnah. Pernah macam-macam lagi. Rasulullah s.a.w diam dan senyum dan sabar. Jadi diam, tidak bermakna apa-apa..ada pelbagai makna..
Rasulullah S.A.W bersabda, maksudnya: Jagalah budi pekerti, bersikaplah seorangyang pendiam. Demi Zat yang menguasai diriku, tidak ada kekuatan kelakuan manusia yang seperti keduanya.(H.R. Abu Ya'la)
Ingat..
“…tiada sehelai daun pun yang gugur melainkan Dia mengetahuinya…”
(QS: 6:59)

Selalu bersangka baik dan biarkan..itu yang terbaik..

Abu Hurairah r.a menuturkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:Sesungguhnya seseorang ada kalanya berbicara dengan suatu ucapan yang diredaioleh Allah dan dia tidak merasa, maka Allah akan mengangkatnya beberapa tingkatan.Ada kalanya seseorang berbicara satu ucapan yang dibenci oleh Allah dan dia tidakmerasa, maka dia dilemparkan ke neraka jahannam.(H.R. Bukhari)
Maka, adakah kita beriman kepada Allah swt dan hari akhirat. Berbalik kepada rukun Iman, tanya pada diri sendiri..
Ana juga tanya pada diri ana. Sesungguhnya, kalau diikutkan kita semua kemungkinan perlu solat taubat sebab bahasa kita..tiada pernah ada ucapan yang baik..

Dari Abu Hurairah r.a, Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: Sesiapa yang berimankepada Allah dan kepada hari akhir, maka hendaklah dia mengucapkan kata-kata yangbaik atau diam sahaja.(H.R. Bukhari)

Jadi, kesimpulannya, syaitan sering bersama-sama dengan kita, selalulah berlapang dada kerana syaitan hanya menunggu orang yang beriman melatah.

Monday, 2 March 2009

We Will Not Go Down - Michael Heart Music Video




A blinding flash of white light
Lit up the sky over gaza tonight
People running for cover
Not knowing whether they're dead or alive

They came with their tanks and their planes
With ravaging fiery flames
And nothing remains
Just a voice rising up in the smoky haze

We will not go down
In the night, without a fight
You can burn up our mosques and our homes and our schools
But our spirit will never die
We will not go down
In gaza tonight

Women and children alike
Murdered and massacred night after night
While the so-called leaders of countries afar
Debated on who's wrong or right

But their powerless words were in vain
And the bombs fell down like acid rain
But through the tears and the blood and the pain
You can still hear that voice through the smoky haze

We will not go down
In the night, without a fight
You can burn up our mosques and our homes and our schools
But our spirit will never die
We will not go down
In gaza tonight

Saturday, 21 February 2009

Taubat?



Assalamualaikum wbt

Kita sebagai manusia, sebagai khalifah Allah bukan. Kita sering lalai dan leka dengan keadaan sekeliling kita. Apabila kita bersama-sama dengan jemaah, kita berasa kuat sehinggakan di hati berkata, sekiranya aku nampak syaitan, dah lama aku terajang. Tetapi, bagaimana kita seorang, membuat keputusan sendiri??Bagaimana keputusan itu tidak diikuti dengan istikharah atau solat sunat 2 rakaat? Apabila sendirian, pasti kita terleka. Kita rasa benar apa yang kita lakukan, diri kita , kita tak nampak cuma orang yang rasa perkara itu salah, maka dikatakan salah, tetapi kita tidak boleh menerimanya.

Dalam Al-Fatihah, bibir kita sering menyebut-nyebut "Ar-Rahman" dan "Ar-Rahiim". Tetapi, benarkah apa yang kita sebutkan??Jangan disangkakan dengan membuat maksiat dan perkara-perkara durjana maka Allah redha. Tidak..jawapannya tidak. Apa yang kita lakukan bukan dihukum dengan segera oleh Allah swt.

Lihatlah remaja zaman sekarang, Pub menjadi tempat sembahan mereka, kerana kemiskinan, sanggup menjadi pelacur, jual dadah, mencuri kereta dan sebagainya. Mereka tahu salah tetapi tidak mahu bertaubat. Tiada perasaan belas kasihan ke pada diri mereka sendiri atau keluarga mereka? Tiada perasaan insaf langsung di hati mereka. Dimana silapnya?

Tahukah mereka bahawa Allah akan menghukum mereka dengan perkara-perkara yang mereka tidak sangka-sangka? Mendapat anak yang kurang ajar, keturunan yang tidak baik, beragama Islam tetapi seperti tidak bersama dengan Allah dan sebagainya. Dari kaya menjadi miskin, apabila miskin mulalah berlaku perkara-perkara yang tidak berperikemanusiaan..­.kerana apa, kerana mereka tidak bersyukur.

Tidak takutkah mereka apabila malaikat maut mencabut nyawa mereka, bibir mereka dan suara mereka tersekat-sekat untuk mengucap dua kalimah syahadah ataupun, tulang rusuk mereka bertemu dengan sakit yang dahsyat apabila dihimpit di dalam kubur yang gelap.

Cuba bayangkan kalau di akhirat..anggota-ang­gota berkata..

Mata: Oh Allah, Aku melihat porno! Aku mengintai perempuan, aku melihat dan aku bersubahat.

Tangan: Oh Allah!! Aku meniru!Aku mencuri telefon kawanku. Aku membuat maksiat! Aku berym dan bersms dengan kekasih hatiku dan aku telah melakukan zina !!

Kaki: Allah!!Aku menari dengan pasanganku!!Aku menyentuh kaki pasanganku!!Aku pergi ke pub!!Aku menghentak kaki apabila ibuku memarahiku..Aku lari dari rumah!!

Bayangkan..pelbagai anggota kata bertalu-talu mengenai apa yang kita lakukan..Saksi kita di akhirat kelak!!

Naudzubillah..

Airmata ana berlinangan. ..kenapa tunggu bersedia baru ingin pulang kepada Allah??Sekiranya esok nyawa dicabut, masih ada harapankah untuk bertaubat?

Cuba lihat surah Al-Mukminun ayat 15. Fahami apa yang disampaikan.

Semoga Allah mengampuni muslimin dan muslimat di dunia yang sementara ini dan membantu kita ke arah jalan yang benar.

Monday, 16 February 2009

Bulan Safar



SAFAR



BULAN Safar adalah bulan kedua mengikut perkiraan kalendar Islam yang berdasarkan tahun Qamariah (perkiraan bulan mengelilingi bumi). Safar ertinya kosong. Dinamakan Safar kerana dalam bulan ini orang-orang Arab sering meninggalkan rumah mereka menjadi kosong kerana melakukan serangan dan menuntut pembalasan ke atas musuh-musuh mereka. Antara peristiwa-peristiwa penting yang berlaku dalam sejarah Islam pada bulan ini ialah Peperangan Al-Abwa pada tahun kedua Hijrah, Peperangan Zi-Amin, tahun ketiga Hijrah dan Peperangan Ar-Raji (Bi'ru Ma'unah) pada tahun keempat Hijrah.


Di dalam bulan ini juga ada di kalangan umat Islam mengambil kesempatan melakukan perkara-perkara bidaah dan khurafat yang bertentangan dengan syariat Islam. Ini kerana menurut kepercayaan turun-temurun sesetengah orang Islam yang jahil, bulan Safar ini merupakan bulan turunnya bala bencana dan mala- petaka khususnya pada hari Rabu minggu terakhir. Oleh sebab itu setiap tahun mereka akan melakukan amalan-amalan karut sebagai cara untuk menolak bala yang dipercayai mereka itu.


Antara amalan khurafat yang pernah muncul di alam Melayu ialah upacara Pesta Mandi Safar. Amalan ini menjadi popular suatu waktu dahulu. Apabila tiba bulan Safar, umat Islam terutamanya yang tinggal berhampiran dengan pantai atau sungai akan mengadakan upacara mandi beramai-ramai dengan kepercayaan perbuatan berkenaan boleh menghapuskan dosa dan menolak bala. Pada biasanya amalan mandi Safar ini dilakukan pada hari Rabu minggu terakhir dalam bulan Safar.


Selain daripada amalan tersebut, kebanyakan umat Islam pada masa ini, khususnya orang-orang tua di negara ini tidak mahu mengadakan majlis perkahwinan dalam bulan Safar kerana mereka berpendapat dan mempercayai bahawa kedua-dua pengantin nanti tidak akan mendapat zuriat. Amalan dan kepercayaan seperti itu jelas bercanggah dengan syariat Islam serta boleh menyebabkan rosaknya akidah.


Sebenarnya nahas atau bala bencana itu tidaklah berlaku hanya pada bulan Safar sahaja. Kepercayaan karut itu telah ditolak dan dilarang dengan kerasnya oleh agama Islam sebagaimana firman Allah Subhanahu Wataala dalam Surah At-Taubah ayat 51 yang tafsirannya:

"Katakanlah (wahai Muhammad), tidak sekali-kali akan menimpa kami sesuatu pun melainkan apa yang telah ditetapkan Allah bagi kami. Dialah pelindung yang menyelamatkan kami dan (dengan kepercayaan itu) maka kepada Allah jualah hendaknya orang-orang yang beriman bertawakal.''

Mengamalkan perkara-perkara khurafat atau kepercayaan karut adalah nyata ditegah oleh syarak di samping ketiadaan manfaatnya ia boleh merosakkan akidah seseorang dan ia juga menambahkan amalan-amalan bidaah yang buruk. Oleh yang demikian, umat Islam hendaklah melemparkan sangkaan atau kepercayaan karut tersebut supaya kita terlepas daripada amalan-amalan yang boleh membawa kepada syirik. [Sumber: Pelita Brunei]


Nama Kaabah:
Dalam bahasa Arab, Kaabah bermakna sebuah tempat tinggi yang dihormati dan penuh kebesaran. Perkataan Kaabah boleh juga bermakna kiub.

Nama-nama lain adalah:

Bait ul Ateeq - bermakna paling awal dan lama. Ia juga bermakna bebas dan merdeka. Kedua-dua makna boleh diterima.
Bayt ul Haram - rumah dihormati.
Kaabah dibina semula 12 kali. Para akademik dan sejarahwan berkata Kaabah dibina semula antara lima hingga 12 kali. Pembinaan pertama Kaabah dilakukan oleh Nabi Adam (as). Allah SWT menyatakan dalam al-Quran Kaabah adalah rumah pertama dibina untuk manusia menyembah Allah SWT. Selepas itu, Nabi Ibrahim (as) dan Ismail (as) membina semula Kaabah. Ukuran Kaabah diasaskan oleh Ibrahim adalah seperti berikut: - Dinding Timur adalah 48 kaki dan 6 inci - Dinding Hatim adalah 33 kaki - Dinding antara hajar aswad dan sudut Yamani adalah 30 kaki - Dinding Barat adalah 46.5 kaki Selepas ini berlaku beberapa pembinaan semula sebelum masa Rasulullah (SAW). Pembinaan semula Kaabah oleh kaum Quraish Rasulullah mengambil bahagian dalam salah satu daripada pembinaan semula ini sebelum baginda menjadi Rasul. Selepas satu banjir kilat, Kaabah mengalami kerosakan dan dindingnya retak. Ia perlu dibina semula. Tugas ini dibahagikan antara empat puak Quraish. Rasulullah turut membantu dalam usaha pembinaan semula ini. Setelah dinding-dindingnya dibina semula, tiba masanya batu hajar aswad diletak semula di tempatnya di dinding Timur Kaabah. Pertelingkahan berlaku apabila tiba masa untuk menentukan siapa mendapat penghormatan meletakkan batu hajar aswad itu. Apabila pertelingkahan hampir bertukar menjadi pergaduhan, Abu Umayyah, penduduk tertua Makkah, mencadangkan agar lelaki pertama yang memasuki pagar masjid pagi keesokkannya akan menentukan perkara berkenaan. Lelaki itu ialah Rasulullah. Penduduk Makkah bergembira. "Ia adalah al-Amin. Ia adalah Muhammad," jerit mereka. Baginda menghampiri mereka lalu mereka memintanya supaya memutuskan perkara itu. Baginda bersetuju. Rasulullah mencadangkan agar batu hitam itu diletak di atas sehelai kain, setiap bucu kain dipegang oleh seorang pemimpin puak. Kain itu diangkat ke tempat batu itu hendak diletak. Rasulullah kemudian mengambil batu itu dan meletakkannya di tempatnya di dinding Kaabah. CLOSE-->

Monday, 2 February 2009

Winter Hol

Salam muhibbah,

Alhan wasahlan wa marhaban bikum.. terima kasih kepada semua sahabat2 di luar sana yang bertali arus sudi datang berkunjung ke laman Jiwaislam. Saya rasa sungguh berbesar hati dengan kehadiran antum semua kerana menyerikan laman ini.

Ya Allah punya sibuk sy kali nie ingtkan boleh la nak rehat2 sat pas exm ni sementara kuliah akan buka dalam masa 2-3 minggu, erm kawan2 ajak pergi rehlah ke Sinai-lah ajak pergi Damyeta-lah ada juga yg ajak pergi budle hai nasib baik saya ni suka jalan2, kebetulan pameran buku pula sedang berjalan dengan rancak, kawan2 suruh tolong cari barang pasal mahu balik M'sia cuti sem ni hu2 banyak juga lah perkara yg perlu dibuat.. 3la kulli hal dapat juga mengeratkan lagi tali persaudaraan.. so cadang ingin juga memuat turun beberapa post ke dalam laman, dengan baru2 ni hangat dunia membicarakan tentang Gaza hai bergolak juga jiwa ini mengenangkan nasib saudara kita seIslam,insyaAllah selepas ni kot bila da settle kerja2 semua ni.

Bagi semua pejalar Al-Azhar serta sewaktu-nya selamat rehat bercuti .
Semoga anda semua berada dalam keberkatan hingga akhirat
~Amen.