Wednesday, 9 June 2010

Cerpen: Di Mana Tuhanmu?

Cerpen: Di Mana Tuhanmu?

by Hilal Asyraf.
Cerpen ini saya tulis khas untuk ummah.
Moga-moga manfaatnya besar.
Moga-moga kesannya mendalam.
Agar menyemarakkan api perubahan.
Dan memadamkan gelita kefasadan.
Terimalah. Cerpen: Mana Tuhan Kamu?
Bacalah dengan penuh penghayatan.
Cerpen: Mana Tuhan Kamu?
Tahun 837. Kota Amoria, Romawi. Seorang muslimah berjalan dengan tenang di tengah pasar. Membeli barangan untuk tuan yang memilikinya. Dia merupakan hamba tawanan perang dan telah dijual. Kini meneruskan hidup menjadi hamba sahaya menguruskan hal ehwal rumah tuannya.
Tanpa dia sedari, ada mata-mata memerhatikan gerak langkahnya. Peribadinya yang berbeza membuatkan dia menjadi tarikan. Rambut tidak terdedah dilitupi kain penuh beradab, pakaian labuh tidak menonjol bentuk tubuh, dia nyata adalah yang ganjil di tengah pasar Kota Amoria.
“Aku kira, hari ini adalah harinya. Sudah lama aku menahan rasa” Bicara seorang pekedai kepada temannya dengan mata penuh dendam kepada muslimah itu.
“Ya. Mari. Sudah berminggu-minggu aku perhatikannya. Tersirap darah aku saban kali melihatnya” Rakan pekedai itu mengepal kedua belah penumbuk.
“Kita tidak perlu takut. Amoria adalah tanah kita. Semua di pasar ini akan menyokong kita!” Pekedai itu bergerak. Rakannya membuntuti.
Semakin lama semakin mendekat. Muslimah itu tidak menyedari, melainkan apabila telinganya menangkap seruan dari belakang.
“Wahai perempuan!” Segera muslimah itu berpaling untuk melihat. Tetapi terkejutnya dia apabila kedua tangannya pantas ditangkap.
“Lepaskan, lepaskan!” Perempuan itu didorong ke dinding berdekatan. Suasana pasar yang memang riuh menjadi semakin hangat apabila keadaan ini berlaku.
Si Pekedai mengikat kedua belah tangan Muslimah pada palang kedai berdekatan.
“Jangan apa-apakan aku!” Muslimah itu menjerit sayu. Mata-mata di pasar sekadar memandangnya kaku. Semua diam seperti batu.
“Hari ini, siapakah yang akan menyelamatkan kamu?” Pekedai itu menjerit diiringi ketawa berdekah-dekah. Tangannya bergerak pantas melucutkan kain yang melitupi kepala sang muslimah. Terserlahlah rambut panjang melepasi bahu yang perang. Warna rambut asli perempuan dari mediterranean.
“Jangan, jangan!” Air mata perempuan itu mengalir deras. Tiada yang membantu. Semua hanya melihat.
Rakan kepada pekedai bertindak dengan lebih jauh. Menyelak kain yang menutupi bahagian bawah pinggang perempuan itu dan mengoyakkannya.
“Mana Allah kamu? Mana Muhammad kamu?” Dia menjerit kuat.
“Lihat semua, inilah dia orang Islam yang hina. Percaya kepada yang tiada. Percaya kepada yang tidak berguna!” Pekedai tadi memandang sekeliling.
Air mata perempuan itu kabur dengan titisan air mata. Maruahnya diinjak sedemikian rupa. Dari kaburan matanya itu, dia menyangka bahawa keadaannya mendapat simpati manusia di sekelilingnya. Tetapi, tidak lama selepas jeritan lelaki itu, satu pasar mentertawakan keadaannya. Bahkan ada yang membalingnya dengan tomato.
“Mana Allah kamu? Mana Muhammad kamu?” Seluruh pasar menjerit menghinanya.
Hatinya remuk.Ya Allah, sesungguhnya hamba-hambaMu ini menghinaMu…
Maka dengan kekuatannya yang masih bersisa, dia menjerit sekuat jiwanya.
“Waa Mu’tasimah. Waa Mu’tasimah. (Di mana kamu Al-Mu’tasim? Di mana kamu Al-Mu’tasim?)!”
Dan jeritannya disambut hinaan dan ejekan.
Namun dalam lautan manusia berhati syaitan itu, ada sepasang mata yang memerhatikan. Segera pemilik mata itu bergerak meninggalkan tempat itu. Berjalan mendapatkan tunggangannya. Kemudian bergerak pantas keluar dari Kota Amoria, menuju ke satu tempat bernama Samarrah. Tempat bersemayamnya manusia bernama Abu Ishaq Al-Mu’tasim bin Harun Ar-Rasyid.
Atau lebih dikenali sebagai Khalifah Al-Mu’tasim.
****
Semboyan perang dibunyikan tanda peperangan telah berakhir. Kota Amoria tewas teruk. 30,000 perajurit romawi terbunuh, manakala 30,000 lagi ditawan oleh tentera dari Abbasiyah.
Tiba-tiba gendang berbunyi. Bendera kebesaran dikibar. Tentera-tentera berbaris kemas. Derapan kuda kedengaran gagah. Sepasukan tentera berkuda bergerak di tengah-tengah barisan. Mengiringi satu figur yang berpakaian sederhana bersama kuda berzirahnya.
“Di manakah muslimah yang memanggil aku?” Figur itu melaung dengan kuat.
Suasana menjadi sunyi seketika. Hanya diisi dengan bunyi deru angin dan api yang masih membakar beberapa bahagian daripada benteng pertahanan.
Tidak lama kemudian terdengar satu suara.
“Aku wahai Khalifah. Aku” Seorang perempuan bergerak menundukkan diri menghadapnya.
Figur itu turun. Bergerak mendekati muslimah itu.
“Wahai perempuan, apakah aku telah memenuhi seruan kamu?” Lelaki itu bertanya.
Dengan air mata yang mengalir, perempuan itu mengangguk berkali-kali. “Ya Amirul Mukminin, ya. Kau telah memenuhi seruanku”
Amirul Mukminin Al-Mu’tasim tersenyum.
“Apakah yang menghinamu itu ada dari kalangan mereka ini?” Al-Mu’tasim menunjuk kepada tawanan perang dari kalangan rakyat yang berbaris di tepi barisan tenteranya.
Muslimah itu mengangguk dan menunjuk dengan telunjuknya pekedai dan rakannya yang telah menjatuhkan maruahnya.
“Kau mulai sekarang, aku jadikan hamba yang merdeka. Kuberikan rumah, kuberikan tanah. Dan mereka berdua ini aku hadiahkan kepada kamu sebagai hamba”
Perempuan itu terkedu.
“Al-Mu’tasim, kau lancarkan perang ini hanya kerana seorang perempuan?” Satu jeritan kedengaran.
Al-Mu’tasim menoleh. Kelihatan seorang lelaki sedang dipukul oleh tenteranya. Mungkin kerana jeritannya itu dikira sebagai tidak beradab kepada khalifah.
“Siapakah dia?” Al-Mu’tasim bertanya kepada pengiringnya.
“Dia itu adalah ketua jeneral untuk Kota Amoria.” Pengiringnya berbisik.
Al-Mu’tasim mengangkat tangan, isyarat agar tenteranya berhenti memukul lelaki itu. Al-Mu’tasim merapati Jeneral Kota Amoria itu.
“Wahai jeneral, bukankah aku telah menghantar surat amaran? Sekiranya keeadilan tidak ditegakkan oleh pemimpin kamu, maka bersedialah untuk menerima tenteraku yang ramainya dari sempadan negara kamu hingga ke akhir sempadan negaraku? Dan pemimpin kamu tidak membalas suratku itu.” Al-Mu’tasim berbicara tenang.
Lelaki itu terdiam.
Al-Mu’tasim bergerak meninggalkan lelaki itu. Dia pergi ke arah pekedai dan rakannya. Memandang tepat kepada dua lelaki itu.
“Dan ketahuilah, masih ada lagi tenteraku yang sedang berbaris di hadapan istanaku untuk ke mari. Sesungguhnya, aku benar-benar mengotakan janji. Inilah dia kekuatan Tuhanku. Inilah dia warisan Rasulku. Sungguh, Dia tersangat mulia, tidak perlu turun sendiri untuk berurusan dengan manusia sepertimu. Sungguh, Rasulullah itu tersangat mulia, tidak perlu bangkit dari kubur untuk menguruskan kamu. Aku, hamba-Nya dan ummat kepada baginda, sebagai wakil menjalankan hukumNya dan membela ummat baginda.” Mata Al-Mu’tasim membesar.
Pekedai dan rakannya melutut kegerunan.
Al-Mu’tasim berpaling dan kembali menunggang kudanya.
“Mari kita pulang.” Al-Mu’tasim mengangkat tangannya. Gendang kedengaran. Seluruh tentera yang mengiringinya mendahului Al-Mu’tasim.
****
Tahun 1186. Di tengah sahara antara Kairo dan Damascus. Satu kafilah bergerak merentas bumi gersang di bawah terik mentari. Langit biru tanpa awan menambah hangat.
“Kafilah mereka sudah berada dalam pandangan kita, tuanku.”
Seorang lelaki bertubuh besar berjanggut kerinting keemasan memandang kepada pelapor. Dia mengangguk. “Ya, aku tahu”
“Bila kita hendak bertindak?”
Lelaki itu tersengih. “Tunggu arahan aku. Arahkan tentera kita berkumpul terlebih dahulu.” Bicaraya sambil memandang karavan tunggal di tengah padang pasir yang luas.
“Hari ini, orang Islam akan tahu betapa mereka hakikatnya tidak punya kuasa” Dia ketawa.
Tidak lama kemudian, si pelapor datang semula. “Semua tentera kita telah bersedia, tuanku!”
“Bagus. Dengan namaku, Raynald De Chatillon, serang!” Dia mengacukan pedangnya ke arah kafilah yang sedang bergerak itu.
Tenteranya bergerak ibarat taufan yang menyerbu. Debu-debu sahara naik membuatkan langit biru kelihatan perang. Jeritan ahli kafilah kedengaran melantun-lantun diiringi teriakan kesakitan. Darah merah memercik di sana sini menghiasi medan.
Raynald De Chatillon ketawa berdekah-dekah. Pengawal-pengawal karavan yang sedikit tidak mampu berhadapan dengan tenteranya. Satu persatu tumbang. Bahkan, ahli-ahli kafilah turut dibunuh tanpa berbelas kasihan.
“Tinggalkan seorang sahaja. Adik kepada Salahuddin Al-Ayubi, dia mesti menjadi tawanan kita!”
Dan hari hitam di tengah sahara itu berakhir dengan penuh tragis. Barang-barang dirampas. Haiwan tunggangan diambil. Ahli kafilah perempuan dirogol dan dibunuh. Yang lelaki dipenggal kepala semuanya. Tandu-tandu dibakar. Suasana persis neraka.
“Ini dia Tuanku Raynald. Adik kepada Salahuddin” Seorang perempuan memakai burqa ditolak dengan belakang pedang menghadap Raynald.
Raynald segera menghunus pedangnya yang masih berlumuran darah. Segera dicantas burqa perempuan di hadapannya. Terserlah wajah perempuan itu yang bersih.
“Adik Salahuddin. Di manakah Allah dan Muhammad kamu hari ini? Panggil lah mereka”
Adik Salahuddin senyap. Namun wajahnya tidak menunjukkan riak takut.
“Allah akan menguruskan kamu wahai Raynald!” Bicaranya berani selepas memandag wajah Raynald dihiasi tawa angkuh.
Gelak Raynald tambah berdekah.
“Selepas ini, aku akan ke Makkah untuk merobohkan Ka’bah, dan ke Madinah untuk mengorek kubur Muhammad. Baru kamu tahu betapa lemahnya kamu!”
Dan Raynald membawa adik Salahuddin bersamanya.
****
Tahun 1187. Medan peperangan Hattin. Debu masih menyelimuti langit. Mayat-mayat pula penuh bergelimpangan di atas bumi. Burung-burung pemakan bangkai mula mengintai makanannya.
Kelihatan dua orang lelaki dalam keadaan terikat, sedang dibawa ke satu khemah yang besar.
“Tuanku, inilah dia Guy of Lusignan dan Raynald De Chatillon” Wakil askar yang membawa dua orang itu bersuara.
Satu figur yang memakai zirah perang kuning keemasan lengkap bertopi, memalingkan wajah. Menghadap kepada dua tawanan perang itu. Matanya bersinar.
“Salahuddin” Raynald mengetap bibirnya.
Salahuddin Al-Ayubi tersenyum.
“Kamu mengabaikan suratku agar memulangkan adindaku. Bahkan berkeras untuk tidak menyerah dan membunuh pula utusanku” Salahuddin bergerak melepasi dua tawanan itu.
Dia memandang jauh ke medan perang.
Mayat-mayat tentera salib sedang dikumpul untuk dibakar. Pakaian besi dan senjata mereka telah diekstrak sebagai harta rampasan. Guy of Lusignan bersama Raynald De Chatillon keluar dari Sephoria menuju ke Tiberias untuk berhadapan dengan tentera Salahuddin Al-Ayubi selepas terpancing dengan serangan Salahuddin ke atas benteng tentera salib di Tiberias. Tentera Salahuddin yang utama hakikatnya berada di tempat bernama Kafr Sabt, bersedia untuk menyerang hendak tentera salib pimpinan Guy dan Raynald.
Perjalanan yang panjang, tanpa sempat mencapai sumber air, membuatkan tentera Salib menjadi lemah. Ketika itu juga tentera Salahuddin dari Kafr Sabtbergerak menghentam mereka dari dua arah. Dalam masa dua hari, tentera mereka hancur. Cubaan terakhir, mereka bergerak ke sebuah kawasan air di Hattin untuk menyusun semula tenaga mereka.
Namun Salahuddin telah menjangka semuanya. Di lembah Hattin, tentera Salib dihabisi.
Begitulah Allah mengotakan janji-janjiNya.
Di manakah Allah?
Bersama hambaNya yang percaya.
Salahuddin berpaling kembali dan merapati Guy dan Raynald. Dia memberikan isyarat kepada pembantunya agar membawakan air. Apabila air telah sampai, Salahuddin meminum air itu dan kemudian memberikan segelas air kepada Guy.
Guy mengambil dengan rakus, kerana sememangnya dia kehausan. Namun di tengah kehausannya, dia tidak lupa akan Raynald. Diberikanna sedikit air untuk rakannya itu.
Salahuddin mencelah: “Aku tidak memberikan kebenaran pun untuk itu”
Kedua mereka diam. Raynald kemudian menjawab: “Tidak. Tetapi rajaku, Guy yang memberikan aku minum”
Salahuddin tidak berkata apa-apa.
“Kau masih ingat apa yang kau katakan tahun lepas, Raynald?”
“Em, apa yang aku katakan?”
“Di manakah Allah dan Muhammad untuk membantu kamu?” Mata Salahuddin membesar.
Bulu roma Raynald menegak.
“Di sini Allah menurunkan hukumanNya buat kamu!” Salahuddin mengunuskan pedangnya, terus memeganggal kepala Raynald De Chatillon. Darah menyembur hingga membasahi tubuh Guy of Lusignan. Tubuh Raynald menyembah bumi dengan kepala terpisah dari diri.
Salahuddin memandang Guy.
“Raja tidak akan membunuh raja. Apakah ini tidak cukup untuk kamu mengambil pengajaran?”
Dan Salahuddin bergerak pergi.
“Kita ke Jerusalem. Menawan Al-Quds!” Sambil mengangkat tangannya. Disambut takbir yang menggempita daripada seluruh tentera.
****
2010. Atas kapal Marmara Mavi. Di sempadan laut Gaza.
“Tengah buat apa?” Satu sapaan menggetarkan gegendang telinga.
Noorazman menoleh. Kelihatan Ustaz Hasanuddin. Dia menyambut lelaki itu dengan senyuman.
“Sedang terkenangkan ummat” Noorazman melepaskan pandangan ke laut. Kelam sebelum subuh masih pekat. Justeru gelita ibarat malam tidak sirna. Tinggal hawa menjadi semakin sejuk dengan kewujudan embun dari langit. Dia duduk di tepi kapal bersama baju yang tebal.
Ustaz Hasanuddin duduk. “Moga-moga, usaha kita ini akan menjadi batu loncatan agar ummah bangkit dari lena”
Noorazman mengangguk. “Sungguh, misi kita bukan sekadar hendak menghantar bantuan kemanusiaan. Tetapi kita harapkan misi ini mampu memangkin semula keimanan ummah”
“Sama ada dengan kita selamat sampai ke Gaza, atau ditimpa musibah Israel di tengah lautan, kedua-duanya akan memberikan impak kepada dunia” Ustaz Hasanuddin membuka dompetnya.
Gambar dirinya bersama isteri dan anak-anak.
“Walau diri ini berkorban dan akhirnya terkorban, kalau itu harganya untuk kebangkitan ummah, maka ana tak akan menyesal”
Noorazman menghela nafas. “InsyaAllah, akan ada jiwa-jiwa yang menyahut” Sambil tangannya memaut bahu Ustaz Hasanuddin.
“Amiin”
Tiba-tiba, keheningan kelam terganggu dengan satu bunyi yang menderu. Noorazman dan Ustaz Hasanuddin mendongak ke langit. Kelihatan lampu-lampu sedang terapung.
“Apakah…” Dan belum sempat Noorazman menyempurnakan kalimah itu, lampu-lampu yang terapung sudah berada di atasnya bersama bunyi yang sangat kuat.
Putaran kipas Apache AH-64D kedengaran membingit.
“Ustaz Hasanuddin, Israel!” Noorazman menolak Ustaz Hasanuddin agar berlindung ke dalam kapal.
Tanpa amaran, tembakan bertalu-talu dilepaskan. Suasana kapal yang tadinya tenang kini bergejolak. Komando-komando Israel turun dari helikopter dan tanpa belas melepaskan tembakan bertalu-talu ke semua arah tanpa mengira sesiapa.
Noorazman dan Ustaz Hasanuddin berlindung di sebalik dinding. Mereka sempat juga melihat kapal-kapal lain yang menyertai konvoi Lifeline4Gaza, Break The Siedge, sedang mengalami nasib yang sama.
“Ya Allah, sungguh Allah telah memilih kita!” Ustaz Hasanuddin memandang Noorazman.
Belum sempat Noorazman memberikan respon, satu bunyi membuatkan tubuhnya kaku. Terasa seperti ada besi panas menyentuh ubun kepalanya.
“Jangan bergerak. Bangun dengan perlahan-lahan” Suara itu kedengaran. Menurut arahan, Noorazman dan Ustaz Hasanuddin bangun. Kelihatan tenteraberpakaian serba hitam sedang mengacu SC3000 ke arah mereka berdua.
Noorazman dan Ustaz Hasanuddin dibawa ke hadapan dek kapal. Di situ mereka melihat ramai lagi ahli konvoi sedang dikumpulkan. Sempat mereka melihat berbelas mayat bergelimpangan. Air mata tidak dapat ditahan, lantas mengalir kesayuan.
“Apakah kalian tidak kisah bahawa perkara ini akan ditunjukkan kepada dunia?” Noorazman berbicara kepada tentera yang membawanya.
Tentera itu hanya tersegih. “Sedangkan pembunuhan dan peperangan di Palestin selama ini pun dihalalkan oleh dunia untuk kami, apatah lagi kematian sekitar 20 orang hari ini?”
“Allah akan menghitung kamu!” Ustaz Hasanuddin mengetap bibir, geram.
Tentera-tentera itu ketawa.
“Maka di mana Tuhan kamu itu?” Dan mereka terus ketawa. Salah seorang dari mereka memegang kepala Ustaz Hasanuddin dengan keras. Matanya didekatkan dengan mata Ustaz Hasanuddin.
“Kami telah menawan Palestin 62 tahun. Dan sepanjang waktu itu, entah berapa kali kami telah mendengar laungan nama Allah dari mulut mereka. Tetapi tetap kami yang berkuasa. Hari ini, semua yang mati itu, semuanya menjerit nama Allah di hujung nyawa mereka, tetapi tetap kami berdiri di sini menawan kamu semua.”
Kemudian dia diam sebentar. Ustaz Hasanuddin pula turun naik nafasnya.
“Maka, di mana tuhan kamu?”
Dan soalannya disambut dekah tawa.
Seluruh kapal konvoi di bawa Haifa.
Tragedi yang berlaku ini, menggemparkan dunia. Tetapi kekebalan Israel membuatkan segala suara menjadi sia-sia. Tambah menjadi anak angkat kepada penguasa dunia, atau lebih tepat lagi, kuasa dunia itu adalah boneka mereka, Israel tidak mampu disentuh hanya dengan jeritan sahaja.
Ada manusia akhirnya tidak peduli. Padanya ini hanyalah satu kisah, dari puluhan kisah tragedi di tangan Israel. Ada pula manusia yang turut serta bising itu dan ini. Tetapi akhirnya dia juga senyap kerana tidak mampu mencapai apa yang dihajati dalam masa yang amat terdekat ini.
Ramai pula manusia sudah hilang kekuatan untuk berusaha. Sangka mereka Tuhan telah meninggalkan mereka.
Tetapi Allah hakikatnya sentiasa ada dan dekat dengan hambaNya. Ini adalah ujian, tapisan, untuk memerhatikan siapa yang benar-benar beriman kepadaNya. Nanti saat bantuan tiba, yang palsu keimanannya akan tertapis pergi.
Yang tinggal hanya yang benar-benar layak mencium syurga.
Dan dalam kalangan manusia berbagai rencah itu, wujud lagi yang tidak berputus asa.
Terus menerus memproses.
Memandang ini sebagai satu perang nafas panjang.
Yang di akhirnya hanyalah kebenaran kepada yang utuh berpegang.
*****
Tahun XXXX, tempat XXXX, waktu XXXX.
Dia meraup wajahnya. Doa penuh khusyuk telah dipanjatkan kepada Rabbnya. Mengambil masa, dia bertafakur seketika. Walau di luar kelihatan tidak melakukan apa-apa, tetapi akal dan jiwanya sedang bekerja. Akal merangka segala jenis formula strategi. Jiwa pula sibuk menjaga hubungan dengan Pemberi Kekuatan di medan nanti.
“Jeneral, pasukan kita telah siap” Dia dipanggil.
Menghela nafas, dia bangkit. Kain khemahnya diselak. Cahaya terang memanah. Dia sedang berdiri menghadap jutaan tentera yang berbaris kemas. Kelihatan pula di satu sudut, gabenor-gabenor wilayah sedang duduk di kerusi masing-masing. Di tengah-tengah mereka, terdapat satu figur yang kelihatan dari luarnya sederhana, tetapi perawakannya menggambarkan karismanya yang tinggi.
Itulah dia Khalifah ummat hari ini.
Dunia telah berubah ke satu ekstensi yang tidak pernah ada yang menjangka. Perubahan sedikit demi sedikit yang berlaku di serata tempat di dunia, membuatkan musuh-musuh tidak menang tangan menguruskannya. Akhirnya wujud beberapa negara yang berjaya ditumbangkan dan dikuasai. Ada yang menggunakan politik, ada pula yang menggunakan tentera.
Tetapi asasnya tetap sama. Ummah dikoreksi terlebih dahulu, sebelum kuasa diambil semula. Terus, masyarakat yang faham menyokong ketua mereka, bersepadu hidup dan mati kerana faham bahawa ini semua untuk syurga Allah di akhirat sana.
Ketua-ketua pula adil dan saksama, membentuk satu kesatuan menghapuskan sempadan sesama negara. Mewujudkan satu kekuatan bernaung di bawah satu nama. Khilafah.
Amirul Mukminin, Sultan tertinggi mengetuai semua orang Islam di dunia, dihidupkan semula. Semua orang Islam bergerak meninggalkan negara mereka dan bernaung di bawah kekuasaan khilafah ini. Mencari kehidupan yang aman bawah sistem peraturan yang ideal dan sempurna. Terlindung dan dibela.
Pembinaan yang dirancang berpuluh-puluh tahun dan digerakkan secara konsisten ini, melahirkan kekuatan yang tidak terjangka. Jika dahulu Amerika terpaksa bersaing dengan Russia untuk menjadi kuasa terbesar dunia, hari ini mereka sedang dihimpit satu kuasa besar yang tiada tandingannya.
Dan hari ini, tanah suci bernama Al-Quds hendak ditawan semula.
Walaupun berkali-kali Amerika merayu agar perjanjian damai yang menjadi solusinya, khalifah tetap berkeras untuk meneruskan ekspedisi perang ini. Tiada lagi yang berani menyelar itu satu tindakan terorisma. Tiada siapa lagi berani mengugut untuk melakukan itu dan ini jika bertindak. Tiada siapa lagi berani menghina dan mencerca.
Israel Zionis juga hilang bicara. Antara ugutan mereka adalah ingin meruntuhkan Al-Aqsa jika Khalifah tetap menyerang juga.
Tetapi Khalifah mengeluarkan kenyataan.
“Ka’bah pernah runtuh dan dibina semula. Kamu hanya akan mampu meruntuhkan bangunan Al-Aqsa dan kami akan membinanya semula.” Keras dan tegas, membawa kepada kegerunan yang tidak terhingga.
“Hari ini, aku sebagai wakil Allah di bumi, dan pewaris Rasulullah untuk zaman ini, akan menjalankan hukuman ke atas kalian wahai kaum kera” Khalifah menutup penyataan tegasnya.
Amerika diberi amaran agar menyertai Israel agar mudah dihapuskan sekaligus, dan nyata Amerika tidak berani berbuat apa-apa melainkan menunggu gilirannya di bumi sendiri sana.
Dia menghela nafas. Dia, jeneral yang akan mengetuai ketumbukan tentera untuk menundukkan Israel hari ini. Dan semua yang berada di hadapannya kini, tidak akan mampu terwujud tanpa usaha penuh perancangan dan konsisten yang dilaksanakan oleh orang-orang terdahulu.
Satu proses yang dilaksanakan penuh dedikasi dan efisyen.
Dakwah dan Tarbiyyah dalam bentuk pegerakan yang bersistem.
Ibarat anai-anai yang merobohkan almari. Senyap bekerja, dan kesannya menggemparkan jiwa.
Nafas disedut tenang. Dia mengangkat tangan.
“Menuju Al-Quds!”
“Allahuakbar, Allahuakbar, Allahuakbar!” Dan teriakan takbir menggempita.
Hujan turun membasahi dunia. Seakan-akan tangisan syukur oleh bumi kerana kembalinya kerajaan khilafah yang bersatu seperti zaman Al-Mu’tasim, dan tentera serta pemimpin yang bersih seperti Salahuddin dan askarnya yang dipimpin.
Kapal terbang, jet pejuang, helikopter, kapal selam, kapal perang armada, bergerak meninggalkan pangkalan.
Dia memandang jauh ke hadapan.
“Wahai Israel, inilah dia suara Tuhanku menyatakan bahawa Dia sentiasa wujud bersama hambaNya. Yang percaya akan bahagia. Yang tidak hanya akan merana”.
* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *
Sampai ke hari ini, sampai keadaan sudah sebegini, ummat masih nyenyak tidur, lena dan dibuai alam dunia. Bangkitlah wahai ummat! Bangunlah dan selamatkanlah islam kita!

-as-saff preston-
-2.6.10-

Iman lagi manis dari gula-gula

Assalamualaikum wbt.



Manisnya iman mengalahkan manisnya gula-gula. Tak percaya? try uji dan test.

How we wanna feel the sweet of the faith or eeman sister?

Terkedu mendengar suara lunak si gadis berkulit putih dan berpipi merah. Di dalam hati ana.

"Aku sendiri sepertinya dan aku tidak berani untuk membimbingnya. Aku khuatir dan takut"


Ana mula mengukir senyuman. Kononnya nak kelentong. Tetapi di jiwa,

"Aip~dik Tasha, tidak baik menipu ~terus terang saja dari pengalaman,persetankan semuanya"


uish,persetan? Mulalah ana memberitahu cara ana mendaki gunung yang tidak bercabang dan cuba berhati-hati dengan menggunakan perkataan yang tersemat dihatinya.

"Pertama, mengenali Allah swt dan diri kita. Tak tahu nak explain macam mana cuma hati mampu memberitahu diri. Sebab dalam mengenali allah swt dan Rasulullah saw, jiwa kita akan bertambah cinta kepadaNya bagaikan jiwa kita menari-nari dan umpama jatuh cinta dan tidak sabar-sabar untuk ketemu denganNya di tikar sejadah. Happy sangat untuk mendapatkan berita yang baik lagi dariNya iaitu melalui kalimahNya.

Kedua, mengikut pengalaman. Jangan mudah memberikan kasih sayang kepada pasangan. Cerita Nur kasih ada la sedikit pengajaran cuma ada part yang tak elok. But the most important thing, mencintai si dia, mestilah mencintaiNya kerana Allah swt bukan  kerana dia memahami kita dan sebagainya .

Ketiga, sekiranya pernah membuat perkara-perkara sumbang semasa zaman jahiliyah. Kurang kain ke, dan sebagainya, jangan dikenang perkara lama. Kalau jumpa kawan-kawan lama dan mengatakan perkara-perkara lama atau perli dengan mengingatkan kisah lama..sekiranya diri sendiri tidak kuat iman lagi, buangkan mereka sebentar dalam kuatkan iman. Try to stay away first. After that, berazam. Berazam bahawa aku tidak mahu seperti dahulu. Aku ingin berubah dan menjaga diri ini kerana Allah swt.

Perbanyakkan membaca seerah. Kisah-kisah sahabat Rasulullah saw.
(rekaan semata-mata)

"kakak, i know, but just look at them. Pakai tudung and do the same thing, but t-shirt and scarf and hmm"


"Alamak dear. I was in that situation once upon a time. If u know it is wrong, boleh saja kita menegur cara berhikmah. Not everyone understand as what we understand now kan? Kalau dekat cerita GLEE, the symbol looser 'L' is at their forehead. Tapi in this situation, cop Islam sahaja ada. Tapi, they are not practitioners. Sebab tu kita yang faham, kenalah tegur cara berhikmah. Bukan jaga diri kita sendiri sahaja."

Berdua tersenyum dihadapan webcam. Semakin rancak berbual dia pula bersuara.

"Kakak, I wish i can see you after i completed my study here in Russia. Bosanlah."

Alamak. Malunya nak jumpa dan malasnya nak jumpa manusia . Segan. Inilah masalah ana. Kawan dengan orang yang kenal sekeliling dan mengambil masa seperti menunggu roti canai panas baru lah beranikan diri dalam berkawan face to face.

"boleh je. no hal. Sis, just remember. when you eat sweets, remember that Islam is more sweeter than what you imagine. And hold this tightly until you die "lailahaillallah" "

Disitulah, bermula ana merenung diri mengenai iman, facebook ,ym , masa, dan bersyukur kerana dalam perbincangan yang tidak berilmiah itu sedikit sebanyak berakhir dengan soalan yang mengingatkan ana dengan dia kepada Allah dan bermulalah arena world of Islam dan bukan world cup. ehehehe.

Tuesday, 8 June 2010

Aku makin jatuh cinta

Assalamualaikum wbt dan Ola!

Setiap kepahitan pasti dan sentiasa ada kemanisan. Cuma kita sahaja yang memahitkan keadaan tanpa adanya sedikit kemanisan.

Melihat saja di kaca tv, terpampang kisah cinta antara dua insan yang bergelar lelaki dan perempuan, romeo dan juliet, hero heroin, qaisy dan laila dan apa-apa sahajalah nama nak berikan. Bersama-sama bertepuk tangan dan ketawa riang dan akhirnya terbabas dan tertonggeng kerana haiway cinta tidak siap. Mulalah banjir dan menutupi jalan tersebut. TETAPI! ada haiway baru yang lebih baik dari haiway cinta manusia itu. Iaitu cinta dengan Allah swt.

Ada orang kata, apabila bercinta, umpama makan pil dan berkhayal. Begitulah apabila bercinta dengan Allah swt. Amalkan sunnahNya. Insya Allah. CintaNya tidak pernah menipu dan sentiasa bersama kita.

"Perumpamaan orang-orang mukmin dalam cinta, kasih sayang,dan kelembutan hati mereka adalah seperti satu tubuh.Apabila satu anggota tubuh menderita sakit,terasakanlah sakit tersebut diseluruh tubuh
hingga tidak bisa tidur dan panas".

Monday, 10 May 2010

Laqad!

DEngan Nama Allah Yang Maha Pemurah Dan Lagi Maha Mengasihani. Selawat dan salam ke atas junjungan yang paling kita sayangi iaitu Rasulullah saw bersama keluarga baginda serta para sahabatnya. Semoga kita juga seperti mereka dan bersama-sama mereka nanti, Insya Allah.

Kita digalakkan membaca dalam menimba ilmu selain berinternet dan membuang masa di facebook atau bertukar-tukar fikiran mengenai sesuatu perkara. Ana terpesona dengan perkataan "laqad" yang sering atau selalu digunakan oleh Rasulullah saw. Ternyata kita sentiasa melihat perkataan ini dan sering kita abaikan sedangkan mengikut buku sirah nabawiyyah nik aziz, laqad itu bermaksud SESUNGGUHNYA. Suatu penekanan yang Rasulullah saw selalu sebut-sebut dan perkataan ini bukan main-main seperti 'i love you yang sana dan sini" tetapi suatu perkataan yang perlu kita ambil sebagai sesuatu BESAR. perkara penting. Kalau kita berdiri tu, bunyi 'whistle' je dah terus berdiri tegak dan dengar arahan dari komander. begitulah perkataan laqad ini. Suatu penekanan tegas yang sering disebut oleh Rasulullah saw. Kira serius sangat. Tiada gurauan atau dolak dalik. Tak boleh main-main. Sebab itu kita kadang kala, selalu berpesan kepada manusia, jangan cakap mcm ni macam tu, kata-kata itu merupakan doa. sama jugalah perkataan 'Laqad'

Bak kata orang indonesia, "Kita adalah serumpun!" begitu juga dalam Islam, kita ada sekeluarga. Engkau jahat, Aku jahat, Engkau pembunuh , aku pemfitnah, aku bodoh atau sebagainya yang kita sering lihat di dalam masyarakat, ikutkan kalau kita semua kata kita datang dari tanah dan akan kembali kepada tanah maka kita semua adalah sama. Kita adalah serumpun, sekeluarga dalam Islam dan sama-sama perlu bimbing. Perlu fokus pada yang HAK. Pada syahadah dan setiap manusia baik beriman atau tidak pasti akan terlupa, apa ntah lagi seorang ulamak juga kadang kala ada lakukan kesilapan.

Kesimpulannya, 1 malaysia sering kita kata ya. tapi disini, ana katakan 1 islam. Tolak hal peribadi, kembali kepada Al-Quran dan As-sunnah. Tolakkan perasan ego antara satu sama lain dan fokus pada Islam. Ikhlas kan diri dan bersihkan hati dari niat mendengki, memfitnah dan sebagainya sekiranya ingin memperjuangkan Islam. Lagi sekali, ana tekankan disini mengenai ikhtilat antara lelaki dan perempuan, antara isteri dan bujang antara suami dan perempuan bujang. Ikutlah cara yang betul demi memartabatkan Islam. Demi kembalikan zaman kegemilangan Rasulullah saw di dalam zaman sekarang ini. Sekiranya kita tidak hidupkan, lambat laun, perkara ini akan mati tanpa kita sendiri sirami ,bajai untuk segarkan kembali.

Yang paling penting..berbalik kepada lidah dan keyakinan kita di dalam hati. Apa yang selalu kita ucapkan. Maka , kembali semula kepada Allah dan Rasulullah saw. :)

Jadi disini, ana sharifah natasha syed abdul jalil,mengambil kesempatan ingin meminta maaf atas perselisihan atau sekiranya ada membunuh atau menghiris jiwa sesiapa sepanjang tempoh ini. Mohon maaf dari akar rambut ke dalam kuku kaki..dan mulakanlah arena islam ini demi kita dan juga demi generasi yang akan datang. Ameen

Thursday, 1 April 2010

Benar Janji-Janji Allah swt

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah dan Lagi Maha Mengasihani.

Alhamdulillah.Alhamdulillah. Alhamdulillah. Selawat dan salam ke atas junjungan kita iaitu Rasulullah saw dan juga para sahabatnya.

Alhamdulillah. Sudah lama jari ini tidak berkasih sayang dalam berkongsi cerita dimana mengajak kita bersama-sama dalam mengharungi liku-liku onak duri seharian. Setiap masalah pasti ada penyelesaian. Setiap perasaan yang cuak, tidak tenang, pasti akan rasa tenang dengan zikrullah, mengingati Allah swt dan sentiasa jiwa bermagnetkan Al-Quran dan As-Sunnah.

Kenapa kita perlu mantapkan atau mengamal sunnah Rasulullah saw. Remeh je perkara ni kan? Ini adalah kerana , ia umpama jajan atau kudap-kudap untuk jiwa kita bagi menambahkan lagi jiwang kepada Allah swt dan juga kepada Islam. Makin kita berpegang kepada Allah swt, makin diri kita sentiasa bersama-samaNya.

Pernah ana terjatuh dan akan terjatuh. Tapi kali ini, tidak ada rasa sakit dan risau kerana Al-Quran kan ada. Apabila tiap-tiap hari kita mengamalkannya, menyebut nama Allah, tiada lagi rasa sangsi. Keyakinan kepada Allah menjadi pasti dan setiap apa yang berlaku ada hikmahnya. Tidak perlu tertonggeng-tonggengkan diri atau menyesal kerana apabila kita mengikuti setiap kisah rasul di dalam Al-Quran, pasti ianya adalah untuk memperlengkapkan jiwa kita dari tertindas dengan permainan syaitan. :)

Selalulah mengingatiNya dan berdoa. Semoga kita semua dibawah rahmatNYa. Salam

Monday, 22 March 2010

Hati Suka &Lara


Manusia dalam tabiat kehidupan ini mmg tidak pernah kosong dari perasaan sedih, susah hati, dan duka cita. Orang yg berakal tahu bahawa ini mmg hakikat dalam tabiat kehidupan manusia.

   Ibn Masud berkata :- Sesebuah rumah tidak akan penuh dgn kegemberiaan melainkan adanya kesedihan.

   Kesenangan tidak berkekalan begitu juga dgn kesusahan.. percayalah.. adapun nikmat-nikmat di sorga adalah berkekalan begitulah janji Allah S.W.T. yg Amat Pengasih lagi Maha Penyanyang terhadap hambanya yg mana apabila Dia berkata terhadap sesuatu jadi maka ianya pun jadi.

   Murung, resah gelisah, sedih, serabut, serabai, dan segala mcm perasaan yg –ve adalah perkara biasa dalam kehidupan dlm dunia.. inilah perbezaan susasana dlm sorga yg penuh dgn kenikmatan tanpa batasan lagi..

  Allah telah menerangkan dlm Surah Al Hijr :48 -

 “ La yamassuhum fiha nashobun wamahom minha bimukhrajin ”
 (mereka tidak merasa lelah di dalamnya dan mereka tidak akan keluar darinya)

 Jom tengok sama-sama kerana hati terdapat 2 jenis.. mana satu yg kita miliki sekarang  :-

1 : Qolbun huwa Arsh Ar Rahman – di dalam terdapat cahaya, kehidupan, dan kegembiraan.

2 : Qolbun huwa Ars Syaitan Ar Rajim – di sana terdapat kesempitan, kezaliman, kesedihan, dan serta kematian.

   *Kita adalah apa yg kita pilih :D

Bersama Semula

                                    Assalamulaikum W.B.T.

   Terlama sudah kita berpisah.. minta maaf kerana banyak menyepi tapi kali ini InsyaAllah kita dapat bersua lagi
biaselah sy ni sbg manusia yg tidak seberapa pantas haruslah kena ambil langkah tok batin bagi menguatkan seberapa yg boleh supaya dapat berdiri lama.. dengan tidak semena-mena ada seorang sahabat sy kasi offline msg yg berbunyi begini.. erm iya walaupun mungkin kita kadang-kadang pernah dengar atau tahu akan benda ini tapi lama-lama ia akan lupa dan apabila ada orang peringatkan kita semula, disana satu perbezaan dalam perasaan juga perasaan berubah dengan tanpa disedari ataupun sebaliknya, sebab inilah kita disarankan saling ingat memperingati antara satu sama lain kerana ianya terdapat berbagai faedah yg masih kita belum kenal pasti akan kebaikan untuk kita manafaatkan bersama.

Kisahnya pon bermula :-  Ada seekor monyer yang berpeluk pada dahan pokok. Tiba-tiba angin halilintar dan puting beliung melanda kawasan itu. Makin kuat sang monyet mendakap pokok itu. Dan monyet itu berjaya mengelakkan dirinya dari malapetaka itu. Sedang sang monyet berehat, datang pula angin sepoi-sepoi bahasa, meniup kawasan pokok tersebut. Monyet itu semakin selesa dengan angin yang lemah gemalai itu, dakapannya semakin longlai dan akhirnya sang monyet ini tumpas.

Pengajaran: -Jangan jadi monyet !!!.

Heha~ Bukan! Jangan kita lupa bila diuji dengan kesenangan . Ramai yang berjaya bila diuji dengan kepayahan dan kesusahan. Namun tak ramai yang berjaya bila diuji dengan kesenangan.


*p/s - buat semua yg dirindui heha~

Friday, 19 March 2010

Darahku di Palestin

"Assalamualaikum wbt. How are you? Today, we are going to learn about the names of Allah swt..andd"

Aku melihat bibir umirah berhenti dari meneruskan percakapannya. Aku melihat rakan-rakanku yang lain yang memandang satu sama yang lain. Guruku berkerut dahi dan menjengukkan diri di jendela. Hatiku mula merasa resah dengan kedengaran samar-samar seperti dari kejauhan aku mendengar seperti ada orang bermain rebana atau ketuk kompang dengan kuatnya. Semakin lama,semakin kuat kedengarannya..

"Ya Allah~~!!!Children!!Ma'alish! Please follow me to go to a save place!!Faster!!" Umirah kelihatan pucat setelah melangkah kaki ke belakang. Apa yang dilihatkan oleh umirah ini??Aku tertanya-tanya, perasaan yang terlalu curiga semakin melonjak tinggi. Aku berlari ke arah jendela di belakang tempat dudukku.

Astaghfirullah 'al azim!!!!ya Allah!!! Satu badanku keras seperti dimandikan dengan air dingin di msuim sejuk. Bibirku tidak terkata dengan apa yang kulihat. Umpama serangga besar hinggap di luar kawasan madrasahku. Habis semua rumah terbakar dan roboh. Aku cuba memperjelaskan penglihatanku dengan mengerutkan dahi untuk melihat siapakah yang bertanggungjawab semua ini. Apabila aku melihat baju hijau dan bersama kereta besi. Semakin sejuk dan ketakutan yang tidak terkata. Tentera berkulit putih yang tidak pernah aku melihat sebelum ini. Bukan kulit seperti diriku ini. Umirah menyentap tanganku dari mendekati jendela. Tiba-tiba,

"bOOOoooMMM"!!!

Ahh..aduh, sakitnya badanku. Aku tercampak ke hujung dinding,tangan yang dipegang oleh Umirah tiada kurasai. Kemanakah Umirah??Aku memanggil Umirahku.

"Ya Umirah!!Umiirah!!Umiiirah!!Where are you??!!I am scared~."Tiada kedengaran suaranya. Setelah aku berdiri sambil menggosokkan mataku. Ya Allah, separuh dinding kelasku habis musnah. Kerusi dan meja separuh terbakar dan musnah. Hati aku makin sedih apabila melihat Umirah tersepit dicelah batu..

"Umiirah..Umiirah..wake up teacher.Please wake up. They are coming near to us."

Umiirah tersenyum melihatku sambil mengalirkan airmata. Aku memahami apa yang berlaku ketika itu. Dengan hati yang sebak. Aku melutut sambil mendekatkan bibirku di telinganya sambil berkata kepadanya.

"Tenanglah hatimu dalam kembali kepadaNya". Kemudian aku mengajaknya untuk mengucap untuk kali terakhir. Dengan dada yang tercungap-cungap seperti ikan yang keluar dari kolam, dengan nada yang tersekat-sekat, Umirah membacanya sebelum melepaskan nafas yang terakhir. Pilu hatiku.

Aku menutup wajah Umirah dengan purdahnya. Aku cuba mencari sahabat sahabiahku di ruang bawah tanah. Mereka semua dalam keadaan berpelukan antara satu sama lain kerana ketakutan. Aku tutup kembali pintu bawah tanah itu dan pergi mencari pertolongan.

Aku hanya memikirkan keluargaku tetapi aku tidak tahu bagaimana untuk pulang ke rumah. bagaimanakah keadaan mereka. Aku mencari balai polis yang berdekatan.Dalam perjalananku, aku terlalu berhati-hati. Aku bagaikan seperti seorang pencuri. Aku berhenti sejenak di sebuah bangunan setelah aku mendengar suara-suara mat saleh semakin menghampiri aku. Ya Allah, kuatkanlah semangatku. Aku cuba mencari idea untuk melarikan diri. Aku terlihat bendera Palestin berkibar tidak jauh dari tempat aku berdiri. Alhamdulillah!Alhamdulillah!Alhamdulillah. Aku bergegas lari dengan memandang bendera itu.

"Hey!!Stop!!!Guys!!There is another muslim kid here!!"

"Shoot her!!Shoot her!!"

Aku menjerit-jerit meminta pertolongan. Dibibirku hanya terucap..

Allahu Akhbar..Allahu Akhbar.!!Allahu Akhbar!!Allahu Akhbar!!

Akhirnya aku jatuh ke tanah. Kakiku tersadung di tanah dan purdahku terbuka apabila mukaku tergesel di tanah. Aku memegang dadaku dan menahan kesakitan. Astaghfirullah...darah di tanganku. Tanganku terketar-ketar menahan kesakitan di dada.

"Hey kid!!Are u a spy??!!What is your name??!"

Dia menendang dan memijak dadaku. Aku terdiam dan hanya merindui keluargaku terumata bonda dan ayahandaku.

"I said what is your name!!You idiot!"

"My name is Sharifah Natasha"

Kemudian, aku ditendang jatuh ke dalam lubang ditepi itu. Sebelum sempat aku dimasukkan ke lubang tersebut..

"Tasha!!!Tasha!!Breakfast time!!Bangun!!"

ahh...rupanya aku bermimpi lagi..

Astaghfirullah..

Friday, 22 January 2010

Adab sopan santun keluarnya wanita dari rumahnya(copy and paste)


Assalamualaikum.. sekadar rujukan dari buku Tafsir Wanita 



Adab Sopan Santun Keluarnya Wanita dari Rumahnya 



Wajib bagi wanita untuk beradab sopan santun spt garis panduan ini: 



[1] Meninggalkan wangian (yang boleh menggoda) jika dia keluar rumah. 



Dari Zainab At-Tsaqafiyah, sabda Rasulullah saw: 

"Jika salah seorang perempuan di kalangan kalian menghadiri solat Isya', maka janganlah dia memakai wewangian pada malam itu." -HR Muslim:443 



Dari Abu Hurairah, sabda Rasulullah saw: 

"Siapa saja dari perempuan yang memakai wewangian, maka janganlah dia ikut solat Isya' bersama kami" -HR Muslim:444 



Dari hadits Al-Asyaa'ri, sabda Rasulullah saw (sanadnya disahkan hasan): 

"Barangsiapa di antara wanita yg memakai wangian, dan dia berjalan di tengah-tengah manusia dgn tujuan utk mencium wanginya, maka wanita itu berzina" -HR Ahmad:4/313 dan An-Nasai: 8/513 dgn sanad dinyatakan sahih dalam Shahih Sunan An-Nasai 



[2] Berjalan di sisi jalan (bukan di tgh jalan untuk mencari perhatian). 



Diriwayatkan Ibnu Hibban dan lainnya dengan isnad yang hasan, kerana adanya beberapa jalur periwayatan dari Abu Hurairah dia mengatakan, Rasulullah s.a.w. bersabda: 

"Tidaklah wanita berhak berjalan di tgh-tgh jalan" -HR Ibnu Hibban dalam sahihnya: 5601 dari hadis Abu Hurairah. 



[3] Hati-hati dengan menutupi diri jika dia memasuki rumah seseorang yang didalamnya banyak lelaki. 



Hadis Ibnu Majah dan lainnya dengan isnad sahih dari hadis Aisyah dia berkata pada wanita-wanita penduduk Hamsh; 

Mungkin kalian adalah (seperti) wanita-wanita yang masuk ke kamar-kamar mandi. Saya mendengar Rasulullah bersabda, 

"Wanita mana saja yg menanggalkan pakaiannya di tempat selain rumah suaminya, maka sesungguhnya dia telah menghancurkan penghalang yang ada antara dia dengan Allah" -HR Abu Daud:4010 



[4] Hendaknya dia keluar dengan menutup aurat. 



Hendaknya dia menutup semua auratnya kerana sesungguhnya wanita itu adalah aurat. 



Imam Ahmad meriwayatkan, dgn sanad hasan dari hadis Usamah, dia berkata: 

"Rasulullah memberikan pakaian asal Mesir yg agak tebal. Kain itu diberikan sebagai hadiah oleh Dahyah al Kalbi. Maka saya pakaikan kain itu buat isteriku." 

Maka Rasulullah bersabda, "Kenapa kamu tidak memakai pakaian yg kuberikan padamu itu?" 

Saya katakan: Wahai Rasulullah, saya pakaikan pakaian itu utk isteriku! 

Rasulullah bersabda: "Suruh dia untuk memakai pakaian dalm di bawah pakaian itu, sebab saya khuatir kain itu menampakkan bentuk tulangnya" - HR Ahmad:5/205 



[5] Wajib baginya untuk menghiasi diri dengan adab sopan santun. 



[6] Wajib bagi dirinya untuk menghiasi dirinya dengan perasaan malu. 



Sebagaimana difirmankan Allah, 

"Maka datanglah kepada Musa salah seorang dari kedua wanita itu berjalan kemalu-maluan." (Al-Qashash: 25) 



Image 



28:25 Afterwards one of the (damsels) came (back) to him, walking bashfully. She said: "My father invites thee that he may reward thee for having watered (our flocks) for us." So when he came to him and narrated the story, he said: "Fear thou not: (well) hast thou escaped from unjust people." 



[7] Wajib baginya utk tidak bercampur baur dengan para lelaki, dan jangan sampai dia berhias dan bertingkahlaku sbgmana perilaku orang jahiliyah terdahulu. 



Image 



33:33 And stay quietly in your houses, and make not a dazzling display, like that of the former Times of Ignorance; and establish regular Prayer, and give regular Charity; and obey Allah and His Messenger. And Allah only wishes to remove all abomination from you, ye members of the Family, and to make you pure and spotless. 



[8] Dan jika dia terpaksa harus bicara dgn seorang lelaki atau untuk meminta sesuatu, misalnya, maka wajib baginya untuk tidak merendahkan (mendesahkan) suaranya dengan mendayu-dayu. 



Image 



33:32 O Consorts of the Prophet! Ye are not like any of the (other) women: if ye do fear ((Allah)), be not too complacent of speech, lest one in whose heart is a disease should be moved with desire: but speak ye a speech (that is) just. 



[9] Jangan memakai pakaian yg glamour yang akan membuatkan pandangan orang terfokus padanya. 



[10] Hendaknya tidak terlalu banyak keluar kecuali kerana memang dalam keadaan terpaksa.
User avatar
limau nipis
Pengendali
Pengendali
Posts: 4435
Joined: Thu Jan 01, 1970 8:00 am