Saturday, 31 October 2009

Jalinan Jodoh Awek Gaza


Pertubuhan Hamas senantiasa dicop Barat sebagai “pengganas”. Tetapi mengapa rakyat, khususnya yang masih bujang begitu menyayangi kumpulan ini? Pada usia 29 tahun, Tahani dianggap sebagai seorang perempuan yang enggan berkahwin menurut standard masyarakat di Gaza. Untuk itu dalam usahanya mencari seorang suami, ia cuba mendapatkan bantuan dari pihak yang terbaik: kumpulan pejuang Hamas.

Ketika saya melihat kumpulan laki-laki di jalan saya lalu berfikir, "Ya Allah, tidak adakah seorang di antara mereka sesuai untukku?" ujar perempuan muda berkulit gelap, mata berwarna madu, dan memakai kerudung marun itu. Mengirim butir-butir diri adalah salah satu dari 287 yang diajukan oleh perempuan ke Tayseer Association for Marriage dan Development di Gaza. Foto-foto yang distapler bersama borang-borang aplikasi, memperlihatkan gambar perempuan-perempuan yang berkerudung, di antaranya ada yang bersolet pada wajah, selain menguntumkan senyuman, sebahagian lain terlihat seperti menampakkan wajah terkejut.

Mereka semuanya ingin mendapatkan seorang suami. Para penyokong Hamas ingin menjalankan khidmat masyarakat tersebut dengan tujuan membantu para wanita mendapatkan jodohnya. Hamas dikenali dengan usahanya yang gigih menjalankan program khidmat masyarakat untuk rakyat miskin. Program itu menjadikan Hamas mendapat sokongan politik yang kuat di Gaza, kawasan yang menjadi sangat miskin kerana Israel dan Mesir melakukan sekatan sampai ke hari ini. Dan kini kumpulan ini melebarkan usahanya hingga ke dalam urusan 'hati'.

Lelaki Makin Berkurang
Laki-laki yang berasal dari kalangan pertengahan, jumlahnya semakin berkurangan, yang mempunyai pendapatan tetap, boleh bebas memilih perempuan yang paling cantik untuk mereka kahwini. Sedangkan perempuan lainnya perlu berusaha kuat untuk mendapatkan pasangan yang sesuai. Tidak hairanlah keluarga-keluarga yang miskin berasa malas untuk mengahwinkan anak-anak perempuan mereka dengan harapan mereka tidak kehilangan sumber penghasilan daripada anak perempuan mereka. Sudah ratusan perkahwinan yang telah diuruskan oleh Tayseer sejak pertubuhan itu membuka agensi mencari jodoh sejak tahun 2007. sebahagian besar perempuan mendaftar secara rahsia, kerana di Gaza mencari jodoh dengan cara 'tradisional'. Para gadis kebanyakkan berkahwin melalui perjodohan yang diaturkan oleh keluarga.

Lelaki Pilihan
Di dalam borang aplikasi mereka, para perempuan itu menuliskan kriteria laki-laki ideal mereka. Kebanyakkan menginginkan seorang Muslim yang soleh yang memiliki pekerjaan dan tempat tinggal sendiri. Kriteria itu yang paling dicari di Gaza. Mereka juga harus menggambarkan penampilan fizikal mereka dan menjawab pertanyaan "sukar" : "Apakah menurutnya kamu ini cantik menurut acuan Gaza?" Cantik menurut kebanyakkan orang Gaza bererti tinggi, berwarna kulit cerah, bermata biru atau hijau dengan warna rambut yang terang. Biasanya laki-laki mencari gadis seperti itu. Namun kebanyakkan perempuan Gaza memiliki warna rambut yang gelap dan warna kulit yang coklat.

Khidmat mencari jodoh lainnya di Gaza tidak begitu diminati. Tayseer sendiri awalnya ditubuhkan untuk menampung perbelanjaan perkahwinan secara beramai-ramai untuk orang miskin dan orang kurang upaya yang tidak mampu membiayai perkahwinan. Sehingga kini Hamas dianggap kumpulan pengganas oleh Barat kerana serangan-serangan ke atas Israel, termasuk di antaranya bom bunuh diri. Namun,di mata rakyatnya, Hamas sesungguhnya pertubuhan yang banyak membantu orang miskin dengan menyediakan baucer makanan, rawatan kesihatan dan banyk layanan lainnya. Jaringan sosialnya menjadikan kumpulan itu dikenali dan memperoleh kemenangan atas pesaingnya Fatah pada pilihan raya tahun 2006.
*sumber dikorek dari Majalah i

2 comments:

Motivasi Kerja said...

Assalamualaikum. Salam perkenalan. Lelaki lebih ramai dari wanita memang begitu dirasai sekarang. Pagi tadi saya hadiri temuduga. Dari 20 peserta saya seorang je lelaki. Aduhai memang rmai betul. Itulah tanda

Bijan said...

walalaikumsalam.. iya ini adalah hakikat yang sebenarnya.. dan tanda itu sudah datang.. bagaimanapun saya berbangga dengan saudara kerana masih dapat mewakili bagi pihak lelaki :D