Friday, 13 November 2009

Wudhuk Lebih

Islam itu mudah dan tiada paksaan, semua orang tahu cuma kite sahaja kekadang yang menyulitkan diri sendiri tak gitu?.. jadi topik kali ini ingin berkongsi sama kamu semua apa yang dari ayah saya dari ustaz-nya.

Kisah ini berdasarkan pengalaman yang sudah dilalui 2-3 kali (musim) dan saya rasa ianya sesuai dijadikan iktibar terus jadikan sebagai amalan seharian, tidak begitu rumit bahkan terlalu mudah sekali

Cerah Mata Kuat Kaki
Ustaz ini selalu membawa jemaah menunaikan haji di Makkah AlMukarramah,
Ustaz ini mendapati seorang pak cik sudah berumur lingkungan 60-70an dan masih aktif, semangat, larat, dan juga berkepuyaan seperti macam orang muda berjalan sana sini naik turun tangga macam biasa (lompat melompat mungkin tak kot :P) setelah ustaz ini mengamati dua tiga kali dalam kehairanan kemudian dia bertanyalah pak cik tersebut apakah rahsia sebenarnya yang diamalkan?
mudah sahaja pak cik itu menjawab pertanyaan tersebut dengan berkata : " ini semua permberian dari Allah saya cuma jaga haknya saja.. tak dak apa yang saya amalkan cuma bila time ambil wudhuk saya buka mata biar basuh muka sekali dengan mata dan kaki saya lebihkan sampai lutut, itu saja " beginilah jawapan yang sering ustaz tersebut dapat apabila berhadapan dengan kes yang sama..

Mudah Bukan?
Jadi apabila imbas kembali dalam pelajaran2 di kuliah dalam subjek Hadis, terdapat banyak hadis menyatakan kelebihan2 dalam berwudhuk serta cara2 dan anggota2 tambahan (sunat) disebutkan dalam hadis.. InsyAllah jika diberi kesempatan dapatlah sesama kita berkongsi ilmu yang bermanafaat ini, sekarang kita sudah tahu terpulang kepada kita mahu atau tidak untuk jadikan sebagai amalan harian.. alang2 ambil wudhuk apalah salahnya lebih sikit en..

Istiqamah Khair Min Alf Karamah.

3 comments:

Motivasi Kerja said...

Bagus sekali kisahnya. Walaupun pendek tetapi berisi sesuatu yang dapat diamalkan. Sememangnya kalau mengambil wuduk basuhkan lebih sedikit untuk anggota wuduk tersebut. Seperti kalau basuh tangan hingga ke siku, kalau boleh basuh lah biar sampai atas siku. Mudah-mudahan kita beroleh nur dari Allah.

aifos said...

ohh..yeke basri??
tp kalo ak bukak mate time basuh muke,mate jd pedih.. cane eh?

Bijan said...

yes tepat sekali.. dalam hadis ada menyebutkan bahawa anggota wudhuk kita akan bersinar ibarat kuda hitam bertompok putih di dahi warna putih lebih kurang mcm itulah..

ha.. mula2 je macam pedih sket.. lelama ok la tuh lagi pon kalu benda tu macam seksa nk buat.,x payah buat xpa.. buat ala kadar je setakat mana mampu iAllah ada juga hikmahnya tu :D