Friday, 25 April 2008

Inspirasi

Salam sihat..

Siapa yg tidak mahu bertutur dengan fasih ? sila angkat tangan

Tak menyirap ke apabila melihat sahabat2 kita bertutur fasih seperti Syeikh Ali Jum'ah ..
atau pon seperti Billie Amstrong.. mestilah jealous betulkan :)


Di sini saya ingin berkongsi bersama anda semua bagaimana seorang pemuda arab boleh becakap dalam Bahasa Melayu dengan fasih, dengan berkat kesabaran dan semangat yg membara membolehkan Ustaz Muhammad Aziz kelahiran Tanta di Utara Mesir ini bertutur dengan lancar tanpa sekat2 berbanding dengan orang arab lain yg pernah saya jumpa sebelom ini..

Kebiasaannya orang arab memang kekok dan keras apabila bertutur dalam bahasa bukan arab

Apa kata kita layan dahulu vidoe klip ini dulu.. check it out~!!



Sungguh seronok dapat bertutur dalam 2 atau 3 bahasa dengan fasih.. saya sebenarnya berminat dengan sangat Bahasa Arab, lahjah yg berbeza bagi setiap 23 negara arab.

Ini diantara slogan2 yang menaikkan semangat saya diucapkan oleh U. Muhammad Aziz :-

"Alhamdulillah saya telah belajar Bahasa Melayu dalam masa 10 tahun
"

"Kalau kita mahu menguasai sesuatu bahasa, kita perlulah bergaul dengan ahlinya "

"Setiap hari saya menghafal 10 perkataan,"

Dari apa yg telah kita tonton dari vidoe klip tadi, saya pasti anda semua sudah dapat membuat satu kesimpulan bagaimana cara untuk menguasai bahasa.

saya selalu tengok vidoe klip ni supaya semangat saya jadi seperti Ust Muhammad Aziz, sentiasa segar dan bertenaga.

Usaha dan semangat untuk meneruskan menguasai bahasa itu amat penting, kita lihatla saja U. Muhammad sanggup bersabar hampir lebih dari 10 tahun bagi menguasai Bahasa Melayu. Satu contoh yg boleh kita ambil guna supaya kita boleh menguasai mana2 bahasa sepertinya.

Apabila seseorang itu menguasai bahasa sesuatu kaum itu, dia tidak akan tertipu dengan tipu daya dengan kaum tersebut (InsyaAllah)

Jadi apa lagi.. mari kita sama2 melakukan perubahannya hari ini juga~!

Tuesday, 22 April 2008

Hadiah

Salam sejahtera semua...

Hari ini saya ingin berkongsi dengan anda semua apa yg saya baru saja belajar siang tadi :)

Selama ini kita sering menerima hadiah dari ayah mak kita mahupon kawan2 atau kawan istimewa.. ye dak.
Seronok dapat hadiah kan? rasa suka, semangat dan bermacam2 perasaan positive datang .

Apakah yg anda lakukan setelah menerima hadiah dari si dia??
di sini saya ingin berkongsi bersama korung semua apa yg nabi selalu buat apabila terima hadiah dari seseorang.

Baginda Rasulullah akan melakukan 3 perkara selepas menerima hadiah dari seseorg :-

1. Baginda akan mendoakan kebaikan kpd si pemberi hadiah.

2. Membalas hadiah dgn sebaik2 hadiah kepada si pemberi tadi.

3. Menziarahinya

Ini adalah sifat mulia yg ditunjuk olen Baginda supaya kita menyontohinya,
supaya dapat merapatkan lagi perhubungan silaturrahim antara satu sama lain,
tiada pra-sangka buruk terhadap sesebelah pihak,
menjalinkan hubungan mesra alam,
hidup harmoni tanpa sengketa,

Adakah kita dapat megikut tiru apa yg diajarkan oleh Rasulullah?? marilah sama2 kita mengalamkanya dalam kehidupan seharian kita :)

Kenapa eQahirah

Kenapa saya memilih eQahirah sebagai domain ? ada dikalangan kawan2 saya bertanya " apasal pilih eQahirah ?? " jadi di sini saya ingin menerangkan kepada semua keistimewaan dan keindahan disebalik perkataan ni.

Pertama sekali saya sandarkan perkataan ini kepada alim ulama' yg berada di bumi ambiya' Mesir dalam bidang agama, di mana saya mendapat pelbagai ilmu menafaat yg dicurah oleh mereka,

Keduanya disandarkan kepada ahli bahasa yg berada di sini walaupun mereka tidaklah mashur seperti ulama Basrah dan Kufah namun saya amat kagum dengan ulama' di sini.

Ketiga saya sendiri pon masih lagi belajar agama dan bahasa di sini, saya berharap dengan berkat usaha para2 ulama' di sini membuatkan saya bersemangat untuk meneruskan usaha menimba ilmu di bumi anbiya' ini bersama kawan2 sepejuangan.

Inilah antara faktor2 yg membuatkan saya memilih "eQahirah" untuk dijadikan domain saya, apabila saya lihat perkataan ini, semangat kembali naik, teringat akan tujuan saya berada di sini
.

Suasana Imtihan

Huhu.. kelakar pula bila melihat sesunggut-sesungut di bawah ni beraksi dengan penuh gayanya..
Alhamdulillah kawan2 saya di sini semua baek2 belaka..

New school semester:
user posted image

At the first week:
user posted image

At the second week:
user posted image

Before the mid-term test:
user posted image

During the mid-term test:
user posted image

After the mid-term test:
user posted image

Before the final exam:
user posted image

Once know the final exam schedule:
user posted image

7 days before final exam:
user posted image

6 days before final exam:
user posted image

5 days before final exam:
user posted image

4 days before final exam:
user posted image

3 days before final exam:
user posted image

2 days before final exam:
user posted image

1 day before final exam:
user posted image

A night before final exam:
user posted image

1 hour before final exam:
user posted image

During the final exam:
user posted image

Once walk out from the exam hall:
user posted image

After the final exam, during the holiday:
user posted image


"Mahu Seribu Daya, Mahu Seribu Cara"

P/S :
Awal bulan hadapan kami di sini akan menghadapi exm, doa anda semua wahai sahabat amat diperlukan.. harap2 segala salah silap dapat dimaafkan ya..

Monday, 21 April 2008

Kasih Ibu Bapa

Semalam kakak menghantar msg kepada saya yg berbunyi "kenapa pegi ambil lesen motor pulak? E (panggilan dalam keluarga) na beli motor pulak ka?? mak dah menangis meraung takut E jadi apa2 di sana.. nanti sapa na pi tengok??? " macam tulah lebih kurang kakak saya sampaikan pesanan dari mak.. kemudian saya pujuk balik kakak dan mak saya dengan menceritakan keadaan yg sebenarnya supaya diorg paham apa yg sebenarnya terjadi di sini..

Orang tua mana yg tidak sayangkan anak mereka? semua orang sayangkan anak, begitu juga sebaliknya. Kadang2 ada orang tidak selesa dgn kehadiran ibu bapa mereka sendiri ataupun adik beradik yg sentiasa berdamping dgn mereka.. ingatlah bahawa kawan sahabat boleh dicari tetapi ingatlah bahawa ibu bapa, adik beradik dan kaum kerabat itu adalah hadiah dari Allah, semua ini ada hikmah disebalik apa yg ditentukan oleh-Nya.


Firman Allah SWT :-
"Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibubapanya; ibunya telah mengandung dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir penyusuannya), dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa 2 tahun (dengan yg demikian) bersyukurlah kepada-Ku dan kedua ibubapa mu; dan (ingatlah) kepada Akulah jua tempat kembali ( untuk menerima balasan).
-Surah Luqman 31 : 14

Saya amat bersyukur dapat ibubapa yg mengambil berat tentang diri saya, mengasuh dari kecil memberi pendidikan yg secukupnya.. Ya Allah terima kasiiiiiih....
ada diantara kawan2 saya yg tidak dapat merasai kasih sayang dari ibubapa mereka, saya sungguh bersimpati .. entahla kadang2 kesian ja terkenang akan kisah diaorang..

Semoga Allah memberkati kita semua.

Saturday, 19 April 2008

Sepintas Diriku

Wah seronok betul hari ni.. macam tak percaya lulus lesen motor, walaupon ujiannya telampau senang tetapi gabranya mcm kena terjun dari tingkat 5 :P biasalah berurusan ngn org arab ni rumit sikit. Minggu lepas dah pergi test, tapi pegawai suruh datang minggu depan, huh dah la pagi tu accident, mujur la mak cik tu baek tidak merapik macam2. Motor yg saya naik tu teruk juga rosak dan spare part pula payah nak cari kat kawasan sini, dari pagi sampai ke malam asyik sibuk dgn menguruskan hal motor saja.. letih juga poket pun kempis huhu.

Itu minggu lepas punya kisah, hari ni pergi lagi sekali ambil ujian. Alhamdulilla aku bersyukur lesen da siap lengkap, walaupon org yg last sekali dapat lesen, kos semua sekali lebih kurang dalam LE 170 saja. Nanti bila balik M'sia tak payah lagi nak susah2 buat lesen. Berkat kesabaran akhirnya dapat juga memiliki lesen.. Nikmatnya!

Owh ya, bagi yg baru melawat blog ni diucapkan selamat datang, kedatangan anda dialu2kan, semoga kita diberkati oleh Allah SWT, saya suka sangat dapat berkawan yg boleh bertukar pendapat & buah fikiran, ha sama2 dapat menafaatkan? bagi sesiapa yg belom mengetahui diri saya boleh la check di profile kalau ingin tahu lebeih lanjut, meh la kita chating ye dak :D

Firman Allah SWT :-
"Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan
, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak , supaya kamu berkenal kenalan (beramah mesra sama lain) Sesunguhnya semulia mulia kamu di sisi Allah ialah orang yg lebih takwanya diantara kamu (bukan yg lebih keturunan atau bangsanya) Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mendalam Pengethuannya"

Surah Al-Hujuraat 49:13 .

Friday, 18 April 2008

Secebis kisah Al-Quran

Salam sejahtera..

Semangat saya berkobar2 utk memuat turun artikel pada kali ini.. setelah melihat dan melawat blog2 yg lain. Apa khabar anda semua? pada mulanya ingat mahu sambung memblog selepas exm nanti tetapi semagat saya telah melonjak2.. saya juga mengucapkan ribuan terima kasih bagi anda semua yg saya sayangi kerana sudi mengunjugi blog ini walaupon masih tengelam timbul :D .

Al-Quran merupakan sumber pertama rujukan umat islam sebelum hadis. Kesucian & kemuliannya sentiasa terjaga sejak ia diturunkan sehigga kiamat, segala rahsia khazanah hikmahnya tidak habis dirungkai walaupun sudah digali berlapis2 generasi ulama terdahulu higga kini. Setiap ayat dan perintah yg diturunkan mempunyai 1001 hikmah yang misteri.

Allah pernah megutusakn rasul2 terdahulu dengan disusuli kitab suci seperti Zabur, Taurat, Injil dan Al-Quran kepada N. Muhammad dengan mukjzat yg agung dan paling tinggi.
Sifat Ummi (tidak mampu membaca & meunlis) adalah cabaran terhebat bagi mana2 individu yg cuba mengatakan AlQuran ciptaan Muhammad.

Kehidupan dan sosial Rasullulah hidup dalam keaadaan miskin menyebabkan tiada peluang untuk megikuti sebarang kelas pengajian lebih2 lagi hidup dizaman Jahiliyya tanpa tamadun ilmu malahn untuk mencari org yg pandai menulis & mambace pon payah.

Akal waras terpaksa mengakui AlQuran yg dibawa Muhammad Rasululla adalah kalam Allah, bagaimana seorang lelaki yg tidak perna menulis, membaca, menuntut ilmu, boleh mendatangkan 1 kitab yg membincangkan kisah2 zaman lampa, perbahasan ilmiah & sains yg sangat halus yg baru ditemui oleh pakar2 sains sekarang.

Al-Quran membawa umat islam kepada rasa hormat terhadap nabi2 Allah yg telah menyerahkan kehidupan mereke untuk mengajak manusia mengenal Allah. Ini adalah 1 bukti jelas AlQuran adalah kalam AlRabb yg tidak tergugat dgn segala perancangan musuh yg cuba memesongkan ayat2 Allah. Penciptaan ayat2 & surah palsu dari mereka tetap menemui jalan buntu firma Allah SWT :-

"Sesungguhnya Kamilah yg menurunkan AlQuran, dan Kamilah yg memelihara & menjaganya"
Surah Hijr 15:9

Para ulama islam hanya menjaga AlQuran & AsSunna dan sebarang pandangan ijtihad tidak boleh keluar dari lingkungan sumber syarak. Para ulama juga bukan pencipta dasar tetapi hanya penjaga dasar. Ini juga bukti penjagaan & pengekalan keaslian tanpa sebarang tokok tambah.

Oleh itu kita sepatutnya mengelarkan nabi "Muhammad Al-Qurawi dan bukannya Al-Ummi.
Jadi sekarang saya menyeru diri saya sendiri & anda semua untuk menguasai ilmu2 islam agar AlQuran dan islam dapat dikuasai secara mendalam. Selamat menjadi keluarga Nubuwwa & Risalah Allah SWT.

-Ukhuwah fillah-

Tuesday, 15 April 2008

Ahlan Wasahlan Wa Marhaban Bikum

Selamat Datang Ke Blog Saya, eQahirah.blogspot.com

Assalamualaikum w.b.t...
Salam perkenalan dari saya buat anda semua, buat pertama kalinya saya berani menampilkan diri didalam kancah dunia IT. Bagi saya yang masih setahun jagung dalam bidang ini diharap dapat pertolongan dan bantuan dari anda semua ya :)

Alhamdulillah pertama sekali saya bersyukur kpd Allah S.W.T. kerana dengan izin-Nya saya telah dapat menzahirkan pemikiran serta idea dan jutaan terima kasih buat semua sahabat saya, terutama sekali saudara Abg Shueqry, Irfan Tijari, Kholid, Umar Tok Kampung, Uwais dan budak Maahad Buuth kerana dorongan yang tidak putus-putus bagaikan air yang mengalir deras... dorongan yg memberangsangkan telah membuatkan semangat saya berkobar2 membuat blog kepunyaan saya sendiri utk dikongsi bersama..

Sebagaimana yg telah anda ketahui ini adalah pertama kali saya menulis jikalau ada persamaan harap dapat diterima dengan positif kerana di luar sana terdapat ramai penulis yg berjuang dengan tujuan masing2. Ilmu yg berada didalam diri kita semuanya kurniaan dari Allah..dan seharusnya dikongsi bersama.
Semoga kita mendapat faedah dari perkongsian ini :-

Firman Allah S.W.T. :-
"Wahai orang2 yg beriman, sebarkanlah sebahagian dari apa yg telah Kami berikan kepada kamu, sebelum tibanya hari kiamat yg tidak ada jual beli padanya, dan tidak ada kawan teman (yg memberi manfaat), serta tidak pula ada pertolongan syafaat. Dan orang2 kafir, mereka itulah adalah orang2 yg zalim" Surah Al-Baqara, ayat 254.
Marilah kita bersama-sama gali dan memperkayakan ilmu yang kita ada kerana ianya tidak terhad... Ilmu itu adalah KENIKMATAN...