Friday, 18 April 2008

Secebis kisah Al-Quran

Salam sejahtera..

Semangat saya berkobar2 utk memuat turun artikel pada kali ini.. setelah melihat dan melawat blog2 yg lain. Apa khabar anda semua? pada mulanya ingat mahu sambung memblog selepas exm nanti tetapi semagat saya telah melonjak2.. saya juga mengucapkan ribuan terima kasih bagi anda semua yg saya sayangi kerana sudi mengunjugi blog ini walaupon masih tengelam timbul :D .

Al-Quran merupakan sumber pertama rujukan umat islam sebelum hadis. Kesucian & kemuliannya sentiasa terjaga sejak ia diturunkan sehigga kiamat, segala rahsia khazanah hikmahnya tidak habis dirungkai walaupun sudah digali berlapis2 generasi ulama terdahulu higga kini. Setiap ayat dan perintah yg diturunkan mempunyai 1001 hikmah yang misteri.

Allah pernah megutusakn rasul2 terdahulu dengan disusuli kitab suci seperti Zabur, Taurat, Injil dan Al-Quran kepada N. Muhammad dengan mukjzat yg agung dan paling tinggi.
Sifat Ummi (tidak mampu membaca & meunlis) adalah cabaran terhebat bagi mana2 individu yg cuba mengatakan AlQuran ciptaan Muhammad.

Kehidupan dan sosial Rasullulah hidup dalam keaadaan miskin menyebabkan tiada peluang untuk megikuti sebarang kelas pengajian lebih2 lagi hidup dizaman Jahiliyya tanpa tamadun ilmu malahn untuk mencari org yg pandai menulis & mambace pon payah.

Akal waras terpaksa mengakui AlQuran yg dibawa Muhammad Rasululla adalah kalam Allah, bagaimana seorang lelaki yg tidak perna menulis, membaca, menuntut ilmu, boleh mendatangkan 1 kitab yg membincangkan kisah2 zaman lampa, perbahasan ilmiah & sains yg sangat halus yg baru ditemui oleh pakar2 sains sekarang.

Al-Quran membawa umat islam kepada rasa hormat terhadap nabi2 Allah yg telah menyerahkan kehidupan mereke untuk mengajak manusia mengenal Allah. Ini adalah 1 bukti jelas AlQuran adalah kalam AlRabb yg tidak tergugat dgn segala perancangan musuh yg cuba memesongkan ayat2 Allah. Penciptaan ayat2 & surah palsu dari mereka tetap menemui jalan buntu firma Allah SWT :-

"Sesungguhnya Kamilah yg menurunkan AlQuran, dan Kamilah yg memelihara & menjaganya"
Surah Hijr 15:9

Para ulama islam hanya menjaga AlQuran & AsSunna dan sebarang pandangan ijtihad tidak boleh keluar dari lingkungan sumber syarak. Para ulama juga bukan pencipta dasar tetapi hanya penjaga dasar. Ini juga bukti penjagaan & pengekalan keaslian tanpa sebarang tokok tambah.

Oleh itu kita sepatutnya mengelarkan nabi "Muhammad Al-Qurawi dan bukannya Al-Ummi.
Jadi sekarang saya menyeru diri saya sendiri & anda semua untuk menguasai ilmu2 islam agar AlQuran dan islam dapat dikuasai secara mendalam. Selamat menjadi keluarga Nubuwwa & Risalah Allah SWT.

-Ukhuwah fillah-

No comments: