Tuesday, 7 April 2009

Anjakan Paradigma. Merenung masa depan.


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah dan Lagi Maha Mengasihani


Assalamualaikum wbt


Ahlan Wa Sahlan..


Lama benar ana tidak mengunjungi blog ni dan meninggalkan kesan dan conteng-conteng ikhlas dari hati ana ni. hihi...


Kuliah akan bermula pada 13 April 2009. Sebelum kuliah bermula seperti biasa. Universiti ana ada la membuat kelas persediaan "skill" sebelum pelajar belajar di universiti tersebut. Kelasnya adalah pada hari selasa dan rabu dan pada pukul 10 pagi sampai la pada pukul 12 tengahari. Kelas ni 1 kredit. Suka tak suka kena hadir.


Sebelum pra-kelas bermula, vice president ana, tak tahu apa namanya, ana dah lupa...adalah memberi kata2 yang amat pendek tapi jenis cucuk dalam ke hati. Tak parah tapi sejuk je duduk dalam hati. Kata-kata nasihat dari vice president kepada pelajar untuk terus bersemangat dan umpama seorang ayah menasihatkan anak-anaknya. Pertama kali ana jumpa vice president yang kongsi ilmu dia dan jenis tak lokek. Pelajar-pelajar pula selamba soal dan kami rapat. Setengah universiti, terasa ada dinding..mcm ada udang di sebalik maggi. Dimana, pelajar-pelajar seperti tidak rasa hmm best. Ada masalah dengan HEP dan sebagainya. Tapi di universiti baru yang ana baru bereksperimen, bukan uni come first, tapi pelajar yang dihargai seperti VIP. Ada masalah, mereka benar-benar bantu dan cara bercakap dan hormat..hmm..kadang-kadang ana pula yang rasa malu..sebab kalau belajar di UK, macam ni lah cara mereka. Macam ana, ana tak selesa lagi, sebab pelajar yang patut hormat dan beri sepenuhnya yang boleh bagi menjulang akademik atau nama baik universiti tersebut.


Ana kadang-kadang, memang ada masalah dengan cara pembelajaran atau suka membaca. Bila membaca, ana akan berbincang mengenai buku tersebut dengan orang-orang yang kayos(kaya) dengan ilmu di dada dan semestinya..semua orang-orang tua kerana mereka makan garam lebih dari kita tapi tidak ada darah tinggi. Itu yang pelik.(gurauan sahaja). Kemudian, vice president tu syorkan pelajar-pelajar baca buku who moved my cheese. Selalunya,kalau dengar di kuliah ke atau ceramah, ana takkan beli buku tersebut. Tetapi, memandangkan mengenai cerita tikus dan orang kenit. Ana suruh walid ana beli. Dan ternyata.,buku tersebut tersangatlah best walaupun ana tak suka baca buku jenis tersebut. Sebabnya ada 4 karektor dan ana boleh bandingkan yang mana satu ana. Bila ana dah baca, assignment yang tak siap-siap dan beberapa tugas lain dan seangkatan dengannya..ana rasa energetik(bahasa apa ni ye). Rasa tak sabar-sabar la nak belajar sebab nak jadi seperti salah satu karektor di dalam buku tersebut. Maka, memandangkan ana boleh melangkah 4 tangga demi mencapai dan berazam untuk mengejar ijazah di langit(imaginasi sahaja), maka, buku ni, bukanlah ana syorkan pada diri ana dan keluarga ana. Tetapi, pada pelajar-pelajar yang bermasalah seperti ana. Kalau nak tahu lebih lanjut buku ni, bolehlah cari di internet atau di MPH Bookstore. (Ana bukan ejen promosi buku untuk jual ye..).


Itu sahaja dari ana. Berusaha itu tangga kejayaan. Sekian.


No comments: