Monday, 4 May 2009
Keberanian Ahmad
Rancangan 'Hadis As-sobah' di Siaran Aljazeera menemu-ramah seorang kanak Palestin Ahmad 'iwadh Zaid (Gambar) yang menggemparkan dunia dengan kefasihannya dan keberaniannya ketika bebicara tentang penderitaan kanak-kanak Gaza yang dilakukan oleh tentera Israel keatas Genting Gaza yang mana mengorbankan lebih dari 1400 rakyat Palestin kebanyakkan Umat Wanita dan kanak-kanak yang tak berdosa.
Ahmad (berumur 8 tahun setengah) menyifatkan keadaan ketika berlakunya peperangan, dirancangan 'Hadis As-sobah' tentang penderitaan kanak-kanak Gaza seharian dibawah kekejaman musuh negara mereka, dan bagaimana mereka mengharamkan kanak-kanak untuk belajar,bermain dan merasakan keamanan yang mana mereka 'dulu' pernah menikmati diqurun-qurun sebelumnya. Dia juga berbicara tentang pahit getir apabila sekolahnya dimusnahkan oleh alat-alat perang negara Zionis itu,yang memaksanya untuk berpindah disekolah Ummu Al-Fahm,Tel al-Zaatar.
Ahmad melanjutkan kata-katanya dengan menceritakan tentang kehidupan kanak2 palestin yang merempat dan hidup dalam keadaaan tak tentuhala selepas kemusnahan rumah-rumah dan sekolah mereka.
Ahmad merakamkan kesyukuran yang tak terhingga ke hadrat ilahi yang menyelamatkannya dari serpihan bom ketika berlaku peperangan tanpa mencederakannya,dan dia juga berbicara tentang keadaan tika hari peperangan, melihat penumpahan darah dan kehancuran harta benda disana sini yang menjadi kebiasaan kanak-kanak Gaza.
Ahmad tidak dapat melupakan dan menunjukkan rasa kesalnya kerana tidak dapat menghadirkan diri pada hari 'Festival Filem Dokumentari Aljazeera',dan berasa amat sedih,kerana dia ingin sekali bercerita dihadapan hadirin tentang penderitaan kanak2 Palestin dan keperitan hidup disini.
Dia sekali lagi berterima kasih kepada pihak negara Qatar kerana membiayai kos belajarnya dinegara itu.
Ahmad menjawab soalan dari Pengacara siaran Aljazeera itu tentang cita-citanya di masa hadapan,ingin menjadi seorang pencipta,supaya mencipta sesuatu untuk mempertahankan bangsa Palestin,tanah airnya dan Alam semuanya.
Dan di penghujung rancangan Ahmad menyeru kanak2 Gaza khususnya dan Kanak2 Palestin agar mempertahan tanah air mereka,dan dia percaya pertahanan yang ditunjukkan oleh mereka akan menggejutkan dunia dari tidur.
Dan Ahmad juga menyeru agar Ban Ki-moon menziarahi sekolah di Genting Gaza dan rumahnya untuk melihat sendiri kesan dari peperangan yang menimpa penduduk disitu.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
Subhanallah, begitu hebat semangat kanak2 palestin. Free Palestin
Post a Comment