Saturday, 31 October 2009

Jalinan Jodoh Awek Gaza


Pertubuhan Hamas senantiasa dicop Barat sebagai “pengganas”. Tetapi mengapa rakyat, khususnya yang masih bujang begitu menyayangi kumpulan ini? Pada usia 29 tahun, Tahani dianggap sebagai seorang perempuan yang enggan berkahwin menurut standard masyarakat di Gaza. Untuk itu dalam usahanya mencari seorang suami, ia cuba mendapatkan bantuan dari pihak yang terbaik: kumpulan pejuang Hamas.

Ketika saya melihat kumpulan laki-laki di jalan saya lalu berfikir, "Ya Allah, tidak adakah seorang di antara mereka sesuai untukku?" ujar perempuan muda berkulit gelap, mata berwarna madu, dan memakai kerudung marun itu. Mengirim butir-butir diri adalah salah satu dari 287 yang diajukan oleh perempuan ke Tayseer Association for Marriage dan Development di Gaza. Foto-foto yang distapler bersama borang-borang aplikasi, memperlihatkan gambar perempuan-perempuan yang berkerudung, di antaranya ada yang bersolet pada wajah, selain menguntumkan senyuman, sebahagian lain terlihat seperti menampakkan wajah terkejut.

Mereka semuanya ingin mendapatkan seorang suami. Para penyokong Hamas ingin menjalankan khidmat masyarakat tersebut dengan tujuan membantu para wanita mendapatkan jodohnya. Hamas dikenali dengan usahanya yang gigih menjalankan program khidmat masyarakat untuk rakyat miskin. Program itu menjadikan Hamas mendapat sokongan politik yang kuat di Gaza, kawasan yang menjadi sangat miskin kerana Israel dan Mesir melakukan sekatan sampai ke hari ini. Dan kini kumpulan ini melebarkan usahanya hingga ke dalam urusan 'hati'.

Lelaki Makin Berkurang
Laki-laki yang berasal dari kalangan pertengahan, jumlahnya semakin berkurangan, yang mempunyai pendapatan tetap, boleh bebas memilih perempuan yang paling cantik untuk mereka kahwini. Sedangkan perempuan lainnya perlu berusaha kuat untuk mendapatkan pasangan yang sesuai. Tidak hairanlah keluarga-keluarga yang miskin berasa malas untuk mengahwinkan anak-anak perempuan mereka dengan harapan mereka tidak kehilangan sumber penghasilan daripada anak perempuan mereka. Sudah ratusan perkahwinan yang telah diuruskan oleh Tayseer sejak pertubuhan itu membuka agensi mencari jodoh sejak tahun 2007. sebahagian besar perempuan mendaftar secara rahsia, kerana di Gaza mencari jodoh dengan cara 'tradisional'. Para gadis kebanyakkan berkahwin melalui perjodohan yang diaturkan oleh keluarga.

Lelaki Pilihan
Di dalam borang aplikasi mereka, para perempuan itu menuliskan kriteria laki-laki ideal mereka. Kebanyakkan menginginkan seorang Muslim yang soleh yang memiliki pekerjaan dan tempat tinggal sendiri. Kriteria itu yang paling dicari di Gaza. Mereka juga harus menggambarkan penampilan fizikal mereka dan menjawab pertanyaan "sukar" : "Apakah menurutnya kamu ini cantik menurut acuan Gaza?" Cantik menurut kebanyakkan orang Gaza bererti tinggi, berwarna kulit cerah, bermata biru atau hijau dengan warna rambut yang terang. Biasanya laki-laki mencari gadis seperti itu. Namun kebanyakkan perempuan Gaza memiliki warna rambut yang gelap dan warna kulit yang coklat.

Khidmat mencari jodoh lainnya di Gaza tidak begitu diminati. Tayseer sendiri awalnya ditubuhkan untuk menampung perbelanjaan perkahwinan secara beramai-ramai untuk orang miskin dan orang kurang upaya yang tidak mampu membiayai perkahwinan. Sehingga kini Hamas dianggap kumpulan pengganas oleh Barat kerana serangan-serangan ke atas Israel, termasuk di antaranya bom bunuh diri. Namun,di mata rakyatnya, Hamas sesungguhnya pertubuhan yang banyak membantu orang miskin dengan menyediakan baucer makanan, rawatan kesihatan dan banyk layanan lainnya. Jaringan sosialnya menjadikan kumpulan itu dikenali dan memperoleh kemenangan atas pesaingnya Fatah pada pilihan raya tahun 2006.
*sumber dikorek dari Majalah i

Friday, 23 October 2009

Tounge Award



Sesungguhnya lidah kita adala satu lisan yg bahaya kerana ia anggota yg menggambarkan diri seseorang itu. Jika seseorang menggunakan pada kebaikan hasil baginya pahala dan begitulah sebaliknya.

Sepertimana Sabda Baginda Rasulullah :-

"اكثر خطايا ابن ادم في لسانة"
Paling banyak anak Adam melakukan kesilapan ialah pada lisan.

Beginilah serba sedikit dapat diterjemahkan dari muqaddimah Kitab Adab Kuliah Dirasat Islamiah karangan Dr Ust Hassan.

Apa yang aku nampak lidah kecil ini cukup tajam sehinggakan macam2 boleh terjadi dengan hanya mengerakkan atas bawah kiri kanan. kemana ia bergerak itu bergantung atas tuan punya anggota itu sendiri. " Tahukah kamu bahawa pembunuh S. Uthman membunuh sambil lidahnya berzikir? "

Teringat ada satu pepatah arab berkata " Lidah itu Lebih Tajam dari Pedang " bayangkan hanya dengan lidah boleh menang walaupun dalam peperangan yeah!
Hari ini manusia mampu menggerakkan lidah untuk bersembang berborak itu dan ini tetapi adakah sedar akan kita hitung berapa patah sudah kita keluarkan tanpa berfikir samada baik atau sebaliknya?

Sabda Baginda Rasulullah :-

" Barangsiapa yang beriman pada hari kiamat maka bercakaplah perkara baik2 atau berdiam "

Semoga Allah pelihara lidah kita agar sentiasa berada dalam monorail yang diredhai di dunia mahupun di akhirat .. (wah gembiranya laju je taip :D)

Monday, 5 October 2009

New Seasson 09/10

Salam Ceria

Selamat kembali ke medan perjuangan Nil. Sekarang sudah masuk musim baru jadi umur pon akan bertambah harap2 dimusim yg baru ini dapat menggunakan kesempatan yg ada supaya mudah2an membawa berkat dalam kehidupan seharian.



Pejam celik pejam celik Syawal makin hampir kepenghujungnya, bagi yg mahu berpuasa 6 masih ada kesempatan kalau nak. Tak da masalah kalau mahu besertakan sekali puasa ganti dengan puasa sunnat 6 :D



Pelajar baru “Selamat Datang” pelajar yg sedia ada “Selamat Kembali” bagi pelajar yg usang “Selamat Maju Jaya” dan kepada semua “ FIGHT OH! “



Apabila masuk musim baru niat pon mesti baru en.. sebenarnya niat dan azam amat penting utk masa hadapan supaya tidak terumbang ambing dilambung masalah *amboi mcm guru besar ceramah la plk* sbg contoh yg dipetik dr kawan sy, tau apa matlamat dia utk musim kali ini? : “Tahun ini saya mesti score Jayyid Jiddan , kalu x nanti ayah x kasi balik M’sia .” Bagus ! matlamatnya seperti sebuah kereta yg mempunyai stereng dan padel minyak :) Apa2 pun yg penting buatlah kerana Allah kerana itu adalah asas dan mintalah restu kedua ibubapa kita mudah2an diberkati didunia mahupun di akhirat.



Majukanlah Hidup Demi Agama, Bangsa dan Negara.


Saturday, 18 July 2009

HARAM MENGHUKUM KE ATAS INDIVIDU ATAU GOLONGAN SEBELUM DITEGAKKAN HUJJAH SECARA JELAS DAN KETAT (dari saudara aznan)

HARAM MENGHUKUM KE ATAS INDIVIDU ATAU GOLONGAN SEBELUM DITEGAKKAN HUJJAH SECARA JELAS DAN KETAT

Diingatkan golongan salafi yang mudah menghukum sama ada golongan atau individu ini ahlul bid'ah atau sesat, dan suka mentahzir atau menghajr maka hendaklah berhati-hati. . Ini bukan manhaj salaf yang sebenar!!!.

Sila baca buku tulisan Kapten Hafiz Firdaus dalam bukunya "Berkenalan dengan Ahli Sunnah Wal Jamaah" yang menerangkan ciri-ciri ahli sunnah wal jamaah yang sebenarya dalam menghadapi kesalahan individu, ulamak atau golongan..

Abu Hurairah radhiallahu 'anh berkata, dia mendengar Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda:

Terdapat dua orang bersaudara dari kalangan Bani Israil, salah seorang daripadanya lazim berbuat dosa manakala yang lain bersungguh-sungguh dalam beribadah. Saudara yang bersungguh-sungguh dalam ibadah sering memandang saudaranya yang lain berbuat dosa, lalu dia berkata: “Berhentilah!”.

Pada satu hari dia mendapati saudaranya masih melakukan dosa lalu dia berkata: “Berhentilah!” Namun saudaranya menjawab: “Biarkan aku! Demi Tuhanku! Apakah engkau diutus untuk mengawasi aku?” Lalu saudara (yang bersungguh-sungguh dalam ibadah) berkata: “Demi Allah! Allah tidak akan mengampunkan engkau atau Allah tidak akan memasukkan engkau ke dalam syurga.”

Maka (beberapa ketika kemudian) ruh kedua-duanya dicabut dan mereka dihadapkan kepada (Allah)Tuhan sekalian alam. Lalu (Allah) bertanya kepada saudara yang bersungguh-sungguh dalam ibadah: “Apakah engkau mengetahui tentang Aku atau apakah engkau berkuasa atas apa yang berada di tangan-Ku?”

Dan (Allah) berkata kepada saudara yang lazim berbuat dosa: “Pergilah masuk ke syurga dengan Rahmat-Ku.” Dan (Allah) berkata kepada (saudara yang bersungguh-sungguh dalam ibadah): “Bawalah orang ini ke neraka.”

Berkata Abu Hurairah: “Demi jiwaku yang berada di Tangan-Nya, sungguh orang tersebut (saudara yang bersungguh-sungguh dalam ibadah) telah mengucapkan kata-kata yang membinasakan dunia dan akhiratnya.”

Sahih: Dikeluarkan oleh Abu Daud dan dinilai sahih oleh al-Albani dalam Shahih Sunan Abu Daud, hadis no: 4901 (Kitab al-Adab,Bab larangan dari menganiaya)

Monday, 15 June 2009

Bermulanya Zina

Dengan Nama Allah Yang MahaPemurah dan Lagi Maha Mengasihani

Assalamualaikum wbt.

BERMULANYA ZINA

1. salam.Blh sy kenal awk? Sy tertarik dgn prwatakan sopan awk. Dah lama sy
prhatikn awk. Awk dak baik n sy trtarik la dgn tudung labuh awk. Sy harap kite leh brkenalan..
ukhuwah fillah org kate..sy x terer sgt arab ni…

2. Trima kasih krn mnerima sy.
Sy akan try sedaya upaya sy mnjaga awk dan
mgikut syariat. Sy tau sy bukan baik sgt,
tp demi Allah, sy cuba wat yg trbaik utk awk…

3. Ingat tau, jaga aurat leklok..
jgn bagi org lain nmpk..kuar ngan kwn2 tau..
jgn sorg2..blk contact sy ek..sy doakan awk selalu..

4. Wak,nape x contact sy. Sy risau awk kuar lama2..ye..mmg sy xde hak pun..sy tau sy percaye awk, tp sy x tau la nk kate cmne. Kite slalu nmpk dari jauh je ek.Tp sy rasa awk mcm dkt je ngan sy. Mgkn ni org kate cinta kot, Wak..awk cinta sy x? xnk bgtau.. tp sy tau awk cinta sy..awk da malu nk
jln tmpt sy lepak sbb malukan?..kih3. .tq..
i love u too..

5. Wak,selain family, Allah dan rasulnyer..
awk sayang sape ek? Sapa saya dlm hati awk?

6. Wak wak..dr kawan kite just pggl sy awk je..
mcm x special plk diri sy utk
awk. sy tringin gak nk jd cm room8 sy ni.
Pggl ayang.. bole ke? Awk pggl sy bi
ek? Rasa mcm baby sket. X salah kan..
just panggilan je..thanks ayang..
love u... ..

7. Yang. kekdang bi tgk ayang ni
mcm x prcaya bi je. Yela, bi just
tanya ayang pkai apa je kan ..
tq ek gtau, mkin dalam pulak rindu kat ayang ni... .
hihihi..

8. Yang bi nak ayang tau, ayanglah segalanya utk bi,
ayang la pmberi semangat utk bi...
yang... ..bi harap bi ngan ayang xde rahsia lagi ek..
jgn risau..inikan
membuktikan bi caring..
so jgn risau..k..yeye. .
bi janji kan jaga rahsia kite..just msg je kan..love u..

9. Ayang..da lama kite msg,
leh kite jumpe x? ye..ayang bwk la kawan2 k..tq
ayang... ..

10. Tq pggl bi ngan pgglan abg..
abg tggu lame da..abg tau..kite x leh pakse dlm
hubungan..la iqra hafiddin..hehe. .
sikit sikit je..kih3..

11. Hi ayang, watpe 2? Nk ckp sket..
nape ayang bwk satu battalion nak jumpa abg?...
ayang x caye kat abg eh.. huhu..

12. Ayang..kite jumpe k?..abg suka ayang pakai
tudung yg abg beli tu..cam
wardina lak..bkn ayang x cntk..
just nmpk mkn cntk la..nipis sikit je..
nnt jumpa nnt ayang bwk sorg dah la k..

13. Ayang..abg sory ngan apa jd td..
abg trsentuh jari ayang td.. Tol gak ckp
ayang eh, trsentuh xpe..ter..
hehe..makin tebal la pulak cinta abg kat ayang..

14. Tq jumpa td, ayang cntk la..
Ololo..abg romantik sket pun salah ke?
Ske abg romantik ek? Hehe..
Eh, td jumpa abg da berani tenung abg ek..hoho..
tgk td kwn ayang cam ske kat kwn abg je..
senang la kita jumpa pasni..
tgk..Allah memberkati hubungan kite..
ayang solat dah ke? Doakan abg
skali ek..miss u..

15. Ayang..just nk tanya..
ayang cinta bg berapa percent? Apa tandanya eh?
50% je... huhu..yang. .
just nk tanya..rambut ayang panjang x?
just thinking of u at the moment…

16. Td terbeli tudung pendek..
yg abg bg kat ayang tu.. Ayang..bg la gmbr
ayang special untuk abg yg pakai tudung td 2..
Cntk nye ayang..gambar ni nak wat
wallpaper hp ngan kompter abg la..

17. Yang.. ayang cintakan abg berapa percent?
Sepenuh hati Thanks ayang..love u too..


18. Ayang..da lame kita couple kan..
xkan abg pegang tgn pun nak
marah.. ayang kan milik abg..
Thank 4 being understanding. .

19. Ayang kata ayang cintakan abg sepenuh hati..
kalu gitu..apa buktinya
ayang cintakan abg..?

SELEPAS ITU BARU BERMULA ZINA YANG

Monday, 8 June 2009

Exm Ku Sebelum Selepas


Assalamualaikum dan salam muhibbah,


3 Jun 09 sudah berlalu tak berasa huh hampir seminggu dah abes exam ni. Kini sesi cuti musim panas da bermula, bagaimana dengan adek2 abang2 diluar sana yg sudah abes exm ataupon masih lagi sedang berperang. Harap2 semua bermotivasi setiap hari!

Erm dalam minggu ni tak da apa nak dibuat just rehat main game :P sekarang mau geli2 sama champion football manager. I'Allah bulan 7 mybe akan sibuk dengan beberapa perkara yg kena buat.. lagipun 4.7 ni mak ngah dari Penang mau ziarah anaknya belajar kt sini.. dan sy pon nak settlekan beberapa plan yg dah lama terbuku dalam kepala minda ni he3.

Sambil2 ni untuk memulihkan semula semangat sy yg sudah goyah lagi rabak disebabkan exm baru2 ni hu3 (sedey), saya banyak duduk bersendirian bukan x mahu chill dengan kawan2 semua tapi takut minda ni terpusing fikirkan benda2 yg -ve. Lagipun dalam fatrah exm hari tu sy accident, adalah kemek sikit punya kereta tu tapi poket besar juga koyaknya hu3, apabila tak mau benda2 cenggini berlegar dalam minda so sy amek keputusan utk bersendirian, sekurang2nya dapat juga beribadat dengan tenang Alhamdulillah.

Sambil berlegar2 di ruang maya ni sy byk merewang2 di blog abg Syukri [iMotivasi.com] dan juga Dr. Ispirasi , dapat juga la menambah serba sedikit aktiviti harian he3 :P tahniah sy ucapkan kerana artikel semuanya menghiburkan!

Salam jiwa bersemangat, mai sesama kita gumbira mencari keredhaan Allah :D

Wednesday, 27 May 2009

Kasih Guru


Salam Mahabbah sekalian

Tiada apa yang lebih bermakna selain ucapan Selamat Hari Guru yang dilafazkan oleh pelajar sebagai tanda ingatan terhadap golongan itu yang selama ini menjadi penjana ilmu terhadap para pelajar. Guru diibaratkan seperti lilin yang membakar diri yang terus memberi cahaya ilmu kepada anak didik mereka agar menjadi insan terbaik pada masa depan. Justeru sambutan Hari Guru yang diadakan setiap tahun pada 16 Mei merupakan salah satu detik penghargaan buat warga pendidik yang selama ini bekerja keras mencurah bakti terhadap anak bangsa.


Sempena ini sy mengucapkan beribu lemon terima kasih tidak terhingga, rasanya masih belum terlambat lagi, bagi guru yg berada di luar sana selamat maju jaya, jasamu kami sematkan didalam hati.

Monday, 4 May 2009

Keberanian Ahmad

(Ahmad berasa amat gembira kerana berpeluang melanjutkan pelajarannya di Qatar)

Rancangan 'Hadis As-sobah' di Siaran Aljazeera menemu-ramah seorang kanak Palestin Ahmad 'iwadh Zaid (Gambar) yang menggemparkan dunia dengan kefasihannya dan keberaniannya ketika bebicara tentang penderitaan kanak-kanak Gaza yang dilakukan oleh tentera Israel keatas Genting Gaza yang mana mengorbankan lebih dari 1400 rakyat Palestin kebanyakkan Umat Wanita dan kanak-kanak yang tak berdosa.

Ahmad (berumur 8 tahun setengah) menyifatkan keadaan ketika berlakunya peperangan, dirancangan 'Hadis As-sobah' tentang penderitaan kanak-kanak Gaza seharian dibawah kekejaman musuh negara mereka, dan bagaimana mereka mengharamkan kanak-kanak untuk belajar,bermain dan merasakan keamanan yang mana mereka 'dulu' pernah menikmati diqurun-qurun sebelumnya. Dia juga berbicara tentang pahit getir apabila sekolahnya dimusnahkan oleh alat-alat perang negara Zionis itu,yang memaksanya untuk berpindah disekolah Ummu Al-Fahm,Tel al-Zaatar.

Ahmad melanjutkan kata-katanya dengan menceritakan tentang kehidupan kanak2 palestin yang merempat dan hidup dalam keadaaan tak tentuhala selepas kemusnahan rumah-rumah dan sekolah mereka.


Ahmad merakamkan kesyukuran yang tak terhingga ke hadrat ilahi yang menyelamatkannya dari serpihan bom ketika berlaku peperangan tanpa mencederakannya,dan dia juga berbicara tentang keadaan tika hari peperangan, melihat penumpahan darah dan kehancuran harta benda disana sini yang menjadi kebiasaan kanak-kanak Gaza.

Ahmad tidak dapat melupakan dan menunjukkan rasa kesalnya kerana tidak dapat menghadirkan diri pada hari 'Festival Filem Dokumentari Aljazeera',dan berasa amat sedih,kerana dia ingin sekali bercerita dihadapan hadirin tentang penderitaan kanak2 Palestin dan keperitan hidup disini.
Dia sekali lagi berterima kasih kepada pihak negara Qatar kerana membiayai kos belajarnya dinegara itu.

Ahmad menjawab soalan dari Pengacara siaran Aljazeera itu tentang cita-citanya di masa hadapan,ingin menjadi seorang pencipta,supaya mencipta sesuatu untuk mempertahankan bangsa Palestin,tanah airnya dan Alam semuanya.

Dan di penghujung rancangan Ahmad menyeru kanak2 Gaza khususnya dan Kanak2 Palestin agar mempertahan tanah air mereka,dan dia percaya pertahanan yang ditunjukkan oleh mereka akan menggejutkan dunia dari tidur.

Dan Ahmad juga menyeru agar Ban Ki-moon menziarahi sekolah di Genting Gaza dan rumahnya untuk melihat sendiri kesan dari peperangan yang menimpa penduduk disitu.


Tuesday, 7 April 2009

Anjakan Paradigma. Merenung masa depan.


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah dan Lagi Maha Mengasihani


Assalamualaikum wbt


Ahlan Wa Sahlan..


Lama benar ana tidak mengunjungi blog ni dan meninggalkan kesan dan conteng-conteng ikhlas dari hati ana ni. hihi...


Kuliah akan bermula pada 13 April 2009. Sebelum kuliah bermula seperti biasa. Universiti ana ada la membuat kelas persediaan "skill" sebelum pelajar belajar di universiti tersebut. Kelasnya adalah pada hari selasa dan rabu dan pada pukul 10 pagi sampai la pada pukul 12 tengahari. Kelas ni 1 kredit. Suka tak suka kena hadir.


Sebelum pra-kelas bermula, vice president ana, tak tahu apa namanya, ana dah lupa...adalah memberi kata2 yang amat pendek tapi jenis cucuk dalam ke hati. Tak parah tapi sejuk je duduk dalam hati. Kata-kata nasihat dari vice president kepada pelajar untuk terus bersemangat dan umpama seorang ayah menasihatkan anak-anaknya. Pertama kali ana jumpa vice president yang kongsi ilmu dia dan jenis tak lokek. Pelajar-pelajar pula selamba soal dan kami rapat. Setengah universiti, terasa ada dinding..mcm ada udang di sebalik maggi. Dimana, pelajar-pelajar seperti tidak rasa hmm best. Ada masalah dengan HEP dan sebagainya. Tapi di universiti baru yang ana baru bereksperimen, bukan uni come first, tapi pelajar yang dihargai seperti VIP. Ada masalah, mereka benar-benar bantu dan cara bercakap dan hormat..hmm..kadang-kadang ana pula yang rasa malu..sebab kalau belajar di UK, macam ni lah cara mereka. Macam ana, ana tak selesa lagi, sebab pelajar yang patut hormat dan beri sepenuhnya yang boleh bagi menjulang akademik atau nama baik universiti tersebut.


Ana kadang-kadang, memang ada masalah dengan cara pembelajaran atau suka membaca. Bila membaca, ana akan berbincang mengenai buku tersebut dengan orang-orang yang kayos(kaya) dengan ilmu di dada dan semestinya..semua orang-orang tua kerana mereka makan garam lebih dari kita tapi tidak ada darah tinggi. Itu yang pelik.(gurauan sahaja). Kemudian, vice president tu syorkan pelajar-pelajar baca buku who moved my cheese. Selalunya,kalau dengar di kuliah ke atau ceramah, ana takkan beli buku tersebut. Tetapi, memandangkan mengenai cerita tikus dan orang kenit. Ana suruh walid ana beli. Dan ternyata.,buku tersebut tersangatlah best walaupun ana tak suka baca buku jenis tersebut. Sebabnya ada 4 karektor dan ana boleh bandingkan yang mana satu ana. Bila ana dah baca, assignment yang tak siap-siap dan beberapa tugas lain dan seangkatan dengannya..ana rasa energetik(bahasa apa ni ye). Rasa tak sabar-sabar la nak belajar sebab nak jadi seperti salah satu karektor di dalam buku tersebut. Maka, memandangkan ana boleh melangkah 4 tangga demi mencapai dan berazam untuk mengejar ijazah di langit(imaginasi sahaja), maka, buku ni, bukanlah ana syorkan pada diri ana dan keluarga ana. Tetapi, pada pelajar-pelajar yang bermasalah seperti ana. Kalau nak tahu lebih lanjut buku ni, bolehlah cari di internet atau di MPH Bookstore. (Ana bukan ejen promosi buku untuk jual ye..).


Itu sahaja dari ana. Berusaha itu tangga kejayaan. Sekian.


Friday, 3 April 2009

Asma Allah - Sami Yusuf



رحيم , كريم , عظيم , عليم

حليم , حكيم , متين

Raheem, Kareemun, 'Adheem, 'Aleemun,
Haleem, Hakeemun, Mateen
(Merciful, Generous, Incomparably Great, All-Knowing
Forbearing, Wise, Firm)

منان , رحمن , فتاح , غفار
تواب , رزاق , شهيد

Mannaan, Rahmaanun, Fattaah, Ghaffaarun
Tawwaab, Razzaaqun, Shaheed
(Bestower of blessings, Most Compassionate, Opener, Forgiver
Accepter of Repentance, Provider, Witness)

اللهم صلى على محمد وآل محمد
يا مسلمين صلوا عليه
Allahumma salli 'ala Muhammad, wa aali Muhammad
Ya Muslimeen sallou 'alayh
(O my Lord send salutations upon Muhammad
And upon the Family of Muhammad
O Muslims, send salutations upon him)

اللهم صلى على محمد وآل محمد
يا مؤمنين صلوا عليه
Allahumma salli 'ala Muhammad, wa sahbi Muhammad
Ya Mu'mineen sallou 'alayh
(O my Lord send salutations upon Muhammad
And upon the Companions of Muhammad
O believers, send salutations upon him)

لطيف , خبير , سميع , بصير
جليل , رقيب , مجيب
Lateef, Khabeerun, Samee', Baseerun
Jaleel, Raqeebun, Mujeeb
(Gentle, All-Aware, All-Hearing, All-Seeing
Majestic, Watchful, Responsive)

غفور , شكور , ودود , قيوم
رؤوف , صبور , مجيد
Ghafur, Shakourun, Wadud, Qayyumun
Ra'uf, Saburun, Majeed
(Forgiving, Appreciative, Loving, Self-Existing by Whom all subsist
Most Kind, Patient, Most Glorious)

اللهم صلى على محمد وآل محمد
يا مسلمين صلوا عليه
Allahumma salli 'ala Muhammad, wa aali Muhammad
Ya Muslimeen sallou 'alayh
(O my Lord send salutations upon Muhammad
And upon the Family of Muhammad
O Muslims, send salutations upon him)


اللهم صلى على محمد وآل محمد
يا مؤمنين صلوا عليه
Allahumma salli 'ala Muhammad, wa sahbi Muhammad
Ya Mu'mineen sallou 'alayh
(O my Lord send salutations upon Muhammad
And upon the Companions of Muhammad
O believers, send salutations upon him)

الله أكبر الله أكبر
لا إله إلا هو , الملك القدوس
Allahu Akbar, Allahu Akbar,
La Ilaaha Illahu, Al Malikul Quddoos
(God is Greater, God is Greater
There is no god but Him, the King, the Most Holy)

الله أكبر الله أكبر
يا رحمن ارحم ضعفنا
Allahu Akbar, Allahu Akbar,
Ya Rahmanu irham dha'fana
(O Most Compassionate! Have compassion on our weakness)

الله أكبر الله أكبر
يا غفار اغفر ذنوبنا
Allahu Akbar, Allahu Akbar,
Ya Ghaffaaru ighfir thunoubana
(O Forgiver! Forgive our sins)

الله أكبر الله أكبر
يا ستار استر عيوبنا
Allahu Akbar, Allahu Akbar,
Ya Sattaaru ostour 'ouyoubana
(O Concealer! Conceal our defects)

الله أكبر الله أكبر
يا معز اعز أمتنا
Allahu Akbar, Allahu Akbar,
Ya Mu'izzu a'izza ummatana
(O Bestower of honour! Bestow honour on our Ummah)

الله أكبر الله أكبر
يا مجيب أجب دعاءنا
Allahu Akbar, Allahu Akbar,
Ya Mujeebu ajib du'aa'ana
(O Responsive One! Answer our prayers)

الله أكبر الله أكبر
يا لطيف الطف بنا
Allahu Akbar, Allahu Akbar,
Ya Lateefu oltof binaa (x3)
(O Gentle One! Show gentleness to us)

الطف بنا
Oltof binaa
(Show gentleness to us)