Sunday 29 May 2011

Khabar Egypt Hari Ini

Assalamualaikum.

Alhamdulillah permulaan kalam saya pada kali ini kerana boleh senyum lebar walaupun tidak berapa nak lebar sangat, maklumlahkan musim imtihan begini memang sukar untuk mengawal emosi.
Fakulti kami akan start imtihan pada 11 hb Jun. Kira-kira 10 madah keseluruhan dalam fasa tahun ini, akan berakhir pada 7 July.

Selepas Egypt membuat revolusi yang melibatkan kematian lebih dari 200 orang juga menyebabkan ekonomi mereka tidak stabil. Kadar kemiskinan makin meningkat kepada tahap 70% dan kes jenayah naik 200%. Populasi penduduk melebihi 82 juta dengan kadar pengangguran yang berleluasa dan kadar kemiskinan meninggi membuatkan penjenayah semakin suka hati kerana polis masih dalam fatrah baik pulih selepas diserang teruk semasa hari rusuhan 25 Jan.

Hati Girang


Sabtu 28 Mei, Ahram mengeluarkan satu kenyataan yang membuatkan kita senyum, semua ini berlaku dalam seminggu yang lepas, kenyataannya seperti berikut :-

  • Tertubuh 149 buah syarikat
  • 80% adalah pelabur mesir
  • 2130 peluang pekerjaan
  • kemasukan wang negara LE 243 juta pada minggu lepas
  • Pertumbuhan ekonomi 32% pada minggu lepas
Antara 149 syarikat tersebut terdiri dari :-

  1. 51 sektor perkhidmatan
  2. 23 sektor industri
  3. 7 sektor pelancongan
  4. 2 sektor pembinaan
  5. 4 sektor komunikasi
untuk lebih maklumat lanjut sila layari :-  http://www.ahram.org.eg/Economy/News/80645.aspx

Mari kita doakan agar keadaan mesir dan seluruh negara arab beransur pulih, terutama Palestin.
Kepada mereka yang merasa Hari Revolusi 25 Jan, mereka akan dapat menjiwai serba sedikit perasaan penduduk Egypt. Taraf kehidupan mereka dahulu dan sekarang.

-Semoga Allah melindungi dan merahmati saya serta saudara semua walau di mana jua kita berada :)

*p/s : Doakan kami sekali pelajar di sini supaya dipermudahkan dalam imtihan dan mendapat natijah yang cemerlang !

1 comment:

mira salleh said...

yup2 . mari kita doa agar keadaan mesir dan seluruh negara arab beransur pulih dn dlm keadaan sejahtera amin2

YA ALLAH , TUNJUKI KAMI , BANTULAH KAMI