Tuesday 2 November 2010

Cerdas Otak


Sebagaimana diketahui ramai orang tahu akan amalan berkismis tiaptiap pagi hari. Hari ini ingin dikongsikan serba sedikit amalan yg diamalkan oleh segelintir orang arab Mesir bagaimana amalan permakan mereka dipagi hari.

Setelah hampir lebih dari 3 tahun sy bersama dgn ust yg mengajar semasa senawi (menengah tinggi) yelakan org asing dtg beribu batu musaffir mahu menuntut ilmu dgn susap payah menimba ilmu, bukan satu perkara yg mudah ditambah dgn suasana dan persekitaran yg amat berbeza sekali dr tanah air.

Ustaz tahu mana kelemahan dan kelebihan setiap anak murid yg diajari beliau betul..? gerak geri tingkah laku itu semua dia faham tambahan pula org yg lebih tua dewasa berpengalaman dr kita semua. Sy dgn rendah diri serta berminat dgn cara pengajarannya yg amat santai selalu minta motivasi tunjuk ajar dari beliau.

Tanpa bertolak kira melayan seperti anak senidiri.. sacara tidak langsung dia beri satu amalan yg mana dia amalkan pd waktu keshik dahulu kala :3
amat simple dan mudah tidak perlu sebarang perngeluaran yg tidak munasabah. ok

BAHAN YG DIPERLUKAN :-
1. Ulas bawang putih
2. segelas air putih
- Bangun aje pagi celik mata solat subuh dulu.. ngaji serba sedikit..
-pecahkan bawang potong 2-3
-kemudian baca Al-Fatihah 1x Selawat 7x Ayat Terang Hati 7x
-niat baik dan minum seperti makan panadol..
** amalkan setiap pagi ketika perut kosong

Mudah cepat jimat kos.. apa yg bermain difikaran sekarang..mahukan kajian secara santifik mengenai hal ini.. geng suma bolehlah bantu saya ye dalam hal ini.  -_-

Monday 25 October 2010

Berikan masa lebihan untuk dakwahmu….simpan masa terbaik untuk duniamu….(copy dan paste)


Berikan masa lebihan untuk dakwahmu….simpan masa terbaik untuk duniamu….

Ketika kita mendengar firman Allah (2:267):
وَلَا تَيَمَّمُوا الْخَبِيثَ مِنْهُ تُنْفِقُونَ وَلَسْتُمْ بِآَخِذِيهِ إِلَّا أَنْ تُغْمِضُوا فِيهِ وَاعْلَمُوا أَنَّ اللَّهَ غَنِيٌّ حَمِيدٌ
Jangan kamu mencari-cari suatu yang buruk dari hartamu kemudian kamu infaqnya. Sedangkan kamu sendiri tidak mahu mengambilnya kecuali dengan memejamkan mata padanya. Ketahuilah… Allah Maha Kaya dan Maha terpuji.
Juga ketika kita mendengar Nabi saw bersabda (dalam hadis 40 Imam Nawawi); Allah itu baik dan Dia hanya menerima yang baik-baik saja.
Maka apakah kita tidak malu bila kita hanya menginfaqkan hanya waktu lebihan dari waktu kerja, waktu belajar, waktu hobi, waktu santai dan waktu prime kita hanya untuk dakwah. Dakwah hanya mendapat lebihan waktu yang kita sendiri pun sudah penat, tidak mampu berfikir laju dan tidak mampu mengoptimiskan potensi kita…
Ketika waktu segar, cergas, mata bersinar-sinar dan otak boleh berfikir cerah, masa itu diinfaqkan untuk kerja harian kita dan membuat kerja lain yang kadangkala tidak ada kaitan langsung dengan dakwah….
Ya betul.. segala-galanya untuk dakwah. Bekerja seharian di pejabat juga untuk dakwah… TETAPI bagaimana kita buktikan bahawa kerja seharian kita adalah untuk dakwah? Sedangkan seluruh harta yang diperolehi -kecuali persen yang terlalu sedikit sahaja- semuanya digunakan untuk santapan, santaian, hiburlara, makananginan, pembesaran bungalow dan kemewahan sendiri? Cukupkan persen sedikit tersebut sudah boleh dijadikan alasan bahawa kerja seharian kita yang memakan hampir 90% dari waktu terbaik kita itu semua untuk dakwah?
Islam tidak meminta masa lapang kita. Islam tidak meminta masa lebihan dan masa penat kita. Tetapi Islam mahukan lebih dari itu. Islam mahukan masa cergas, waktu segar dan fikiran bersinar-sinar kita untuk kita fikirkan untuk nya…
Jika tidak… selamanya Islam akan berair mata menangisi generasi dakwah yang hanya membina timbunan harta dan pangkat yang tidak menambah apa-apa untuk perkembangannya…


Muntalaq

Sunday 24 October 2010

Fiqh himmah.Ajarilah dari awal! (copy dan paste)

Fiqh himmah… ajarilah dari awal..!

Pernah dikatakan: “Jagalah himmah anda, kerana ia adalah muqaddimah segala sesuatu. Sesiapa yang soleh dan benar dalamhimmahnya, maka segala amalannya selepas itu akan menjadi baik.”
Ibn al-Qayyim membuat analogi yang best dengan berkata: “Hati umpama burung. Lagi tinggi ia terbang, maka ia akan jauh daripada sebarang penyakit. Tetapi bila dia merendah, dia akan diterpa pelbagai penyakit.”[1]
Sebagaimana mana himmah tinggi ini boleh mengekalkan kebersihan hati dan mengelakkannya dari tersibuk dengan perkara remeh dan akan tersibuk dengan perkara-perkara yang besar, himmah juga akan memelihara hati daripada terkena pelbagai jenis penyakit dan panahan syaitan. Sama dengan dua belah sayap burung yang diangkat melompat akan memelihara dari terkena panahan pemburu. Tugas seorang murabbi kini ialah mengajar mutarobbi barunya melompat tinggi pada permulaan percubaannya.
Lompatan tinggi kedua belah sayap adalah perumpamaan kepada jiwa yang bersedia menanggung bebanan berat dakwah. Jika seseorang yang berada di peringkat awal dakwah ini memahami dakwah ini hanya untuk membersihkan hati, atau hanya untuk mendapat kawan yang baik, atau hanya untuk melepaskan rindu, atau hanya untuk membantu perkara kebajikan semata, maka nantinya dia akan keberatan melakukan nahi mungkar. Nantinya dia tidak akan dapat faham formula Ibn Yazdaniyar dalam masalah firasat sebagaimana difahami oleh para rijal sebelumnya. Dia juga akan mundur ke belakang pada hari peperangan. Senarai alasan uzur akan sentiasa ada di bawah ketiaknya. Alasan pertamanya ialah: saya tidak pernah diceritakan perkara seumpama itu sebelum ini. Perjanjian taat setia yang dilakukannya juga tidak mengandungi syarat tersebut.
Oleh itu, para tokoh tarbiyyah amat prihatin agar menjadikan langkah pertama mereka perlulah langkah yang ‘menggerunkan’, sebagaimana langkah yang dilakukan oleh 70 orang Ansar semasa melakukan bay’ah al-‘Aqabah, iaitu ketika mereka berjanji terhadap diri mereka sendiri untuk mempertahankan Rasulullah saw sebagaimana mereka mempertahankan isteri, anak dan harta mereka sendiri.


[1]Ibn Qayyim, al-Jawab al-kafi, hlm. 70.

Saturday 23 October 2010

Resepi chicken tikka masala

Assalamualaikum wbt.

Saya tak tahu berapa sukatan sebab saya guna agak2 sahaja. 

1. Potong ayam sesuka hati. Kalau nak dadu, dadu..kalau jenis bertulang..sesuka hati. 

2. Lumurkan ayam tu dengan halia, ketumbar, bawang putih yang dah ditumbuk. cili boh agak2,garam, serbuk lada hitam, hmm perah limau kemudian letak minyak sedikit. Pastu lumur pada ayam atau gaul.Biarkan 10 minit.

3. Panaskan kuali dan JANGAN LETAK MINYAK. goreng ayam tu..untuk 10  minit..agak2 juga.Kemudian angkat.

4. Chop halus2 cili merah dan bawang merah..

5. Guna kuali tadi, kalau ada minyaklebihan..guna minyak tu. kalau takde..tambah minyak sikit.

6. Goreng cili dan bawang merah yang dah chop.

7. Letak sedikit air asam jawa dan garam sikit AJE.

8. letak santan . terpulang nak lemak lebih atau tak nak.

9. bila dah mendidih sikit, letak ayam yang goreng tadi dan gaul..biarkan beberapa minit. dah agak pekat atau tak nak pekat. tutup api..dan boleh dah makan dengan roti naan ke atau nasi basmati 
makanan chicken tikka masala boleh makan dengan roti

Wednesday 20 October 2010

Kita Insan Istimewa

Salam sihat semua, kembali saya dari pertapaan yg sungguh lama membuatkan rindu sudah berkampung di hati ini mahu kembali bersama. Walaupun chatting 3-5 min bersama Abg SyuQ membuatkan saya bersemangat nk luahkan secebis coretan utk dijamah beramairamai. :D

Hari ini sibuk yg agak ketara mahu siapkan urusan biasiswa Al-Azhar, cop sana sini jadinya jauh juga merantau mahu collect semua jenis cop yg perlu dilengkapkan, mcm explore race pulak rasanya ahha.

Suhu 39c ditambah desiran angin berpasir membuatkan lagi perjalanan menjadi semakin bermakna dari satu tempat ke satu tempat, banggunan dengan banggunan tanpa lif, daki bertingkat tingkat kalau peluh tu tak perlu tanya lah mesti melikat lekat ehhe. :p

Dapat siapkan separuh dari list cop, fahamlah berurusan dgn arab jadi lepas asar beli kitab kemudian terus gegas ke kelas bersama syeikh tolong serba sedikit sampailah ke maghrib. Balik rumah lapar ni.. cuma sarapan sahaja dari pagi tadi itupun makan "fuul bil beid", mandi apa bagai semua siap, perut mula menerjah disitu..

Malam ni makan "makarona bil jebna roumi" jadinya keluar dari "Arma" (Malaysian Hall) mahu ke kedai, dalam perjalanan ternampak dari jauh seorang lelaki bersama perempuan jalan berdua'an agak perlahan. Bila sy hampir berada belakang jelas sekali sedang jalan pulang.. baru lepas bersiar gamaknya.. dengan barang'an shopin..

Apabila direnug tatap terus gugup jantung ni! laki tersebut kakinya kurang vit (kurang / panjang) sebelah. Tangan kiri paut barang sebelah lagi pimpin maknya yg sudah berusia. Dikala sebegini rupa masih waras tanpa sebarang rungutan atau protes, rela hati yg gumbira meluangkan masa bersama ibunya dengan bahagia.

Renungan ini membuatkan sy berfikir sejenak "apa yg sudah aku laksanakan tanggung jawab sebagai seorang anak?" dengan hidup berjauhan sebegini, banyak sudut perlu kena ambil kira kerana tidak boleh abai dan leka kerana hubungan ibubapa dan Allah itu satu perkara yg sangat penting.

Penat lenguh sengal semua hilang tanpa kesan. Terharu rendah diri serta rasa bersalah hanya yg tinggal. :3

Friday 25 June 2010

Dakwah Bebas Aib

                                                  بسم اللة الرحمن الرحيم

Allah SWT Berfirman : - " كنتم خير أمة أخرجت للناس تأمرون بالمعرون وتنهون عن المنكر وتؤمنون بلله "
                                  { Kamu (umat islam) adalah umat yg terbaik dilahirkan utk manusia (krn kamu) menyuruh (berbuat) ma'ruf dan mencegah dari yg munkar dan beriman kepada Allah }

Berdasarkan ayat suci ini kita adalah sehebat sebaik sebagus se se.. umat yg Allah ciptakan dan kita juga diberikan keistimewaan sbg umat N Muhammad SAW memasuki syurga terlebih dahulu dari mat lain.. kerana apa? aa ini yg kita nak tahu ni.. sbb kita melakukan satu pekerjaan yg sgt mulia d sisi Allah SWT. sepertimana mafhum dari ayat suci di atas.
Semua orang boleh..tak perlu ada interview ke apa ke en.. tidak kira apa jua jenis pon anda tetap berpeluang meneruskan amalan yg mulia ini :D
Tidak pula berkata doktor, pilot, mekanik @ sbgnya tidak boleh berdakwah akan tetapi adakah ianya  berteraskan manhaj ataupun bersesuaian mengikut keadaan cuaca? walaupun dia itu student agama.. (tidak perlu salahkan sesiapa lebih-lebih lagi studen agama) aliran agama itu byk cabang dan tidak semestinya seorang ustaz itu tahu serba-serbi, mungkin ada tapi bilangannya wAllahualam~

Kita berdakwah atas dasar sayangkan islam, betul? atau adapun sesuatu? ibarat udang menyelit di celah batu?
apa-apa sekali pun perbetulkan kembali niat masing-masing kerana ia teras paling utama dan sepatutnya kita perlu kenal pasti niat jenis apakah kita pada kali dalam melakukan sesuatu pekerjaan
Niat sgt penting YEAH!!

Saturday 12 June 2010

Nurqamariah.tumblr.com

Assalamualaikum wbt..

Please do and put a few words when you have a free time. http://nurqamariah.tumblr.com/. Go Islam! Go~Islam~! Go Islam~!

Friday 11 June 2010

Kisah di sebalik hafal Al-Quran.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah dan Lagi Maha Mengasihani.

Assalamualaikum wbt dan apa khabar?

Allahu Allah. Hafal Al-Quran. Berapa ramai antara kita bercita-cita tinggi dalam menghafal Al-Quran. Tetapi apabila cuba memulakan, rasa macam nak menangis dan akhirnya tanam muka dalam bantal dan menjerit kerana selalu terlupa dengan bacaan.

Mana nak jadi pelajar ijazah pendidikan awal kanak-kanak, atau setengah orang engineer dengan projek masing-masing, mana ada masa nak hafal Al-Quran. Lainlah pelajar-pelajar Mesir. Allahu Allah. Kadang kala menangis pun ada kerana apabila mendengar pelajar Mesir tak dapat buat yang terbaik atau patah balik kerumah kerana tidak minat, rasa cemburu dengan kenyataan tersebut dan akhirnya menangis kerana sentiasa doakan mereka dengan harapan yang tinggi. Bagaikan ibu yang menunggu anak itu berjaya dan pulang dan sebarkan dengan cemerlangnya.

Ada orang kata, manusia perlu menghafal Al-Quran. Dan orang yang dapat hafal Al-Quran adalah orang yang terpilih oleh Allah swt. Apabila diri sendiri mencuba dan tidak dapat lakukannya. Tiba-tiba terkata..

"Allah swt tidak memilihku, perlukah aku merasa kecewa kerana KAU tidak memilihku ya Allah?"


Akhirnya bantal juga menjadi peta tangisan.

Kita sentiasa membaca Al-Quran untuk sebagai pedoman di dalam diri kita. Untuk menguatkan hati kita kepada Allah swt. Harapkan manusia, umpama jari dipotong dan keluarnya darah. Harapkan Allah, berbunga-bunga hati tu dan makin tenang dan rasa best memanjang. Kadangkala tertanya-tanya..

"Am i blind to understand HIS words?"


Disitulah kebenaran dan disitulah ustaz dan ustazah memberitahu bahawa semuanya ada di situ..Al-Haq. Ada orang mengatakan bahawa dirinya al-haq. Ana Al-Haq. Tidak berani untuk ana akui diri sendiri Al-Haq kerana diri sentiasa tidak sempurna dan yang paling Al-Haq ialah Allah swt.  Keinginan meninggi dalam menghafal Al-Quran, ada yang mengatakan..

"Ala, buat dek je ilmu duniawi"


Tetapi, itu juga pentingkan dalam misi kita sebagai pendakwah. should we stop something just to recite Al-Quran?


Kenapa ada keinginan tinggi? Kerana jiwa kita merintih dan bukannya diri kita. Kita lihat kucing ditembak. Tiada tangisan. Tetapi jiwa kita

"Ya Allah~kesiannya..syahdunya"


Pernah rasa sebegini?Itu jiwa.

Jadi,cubalah berjinak-jinak dan ikhlaskan diri dalam menghafal Al-Quran~

Wednesday 9 June 2010

Cerpen: Di Mana Tuhanmu?

Cerpen: Di Mana Tuhanmu?

by Hilal Asyraf.
Cerpen ini saya tulis khas untuk ummah.
Moga-moga manfaatnya besar.
Moga-moga kesannya mendalam.
Agar menyemarakkan api perubahan.
Dan memadamkan gelita kefasadan.
Terimalah. Cerpen: Mana Tuhan Kamu?
Bacalah dengan penuh penghayatan.
Cerpen: Mana Tuhan Kamu?
Tahun 837. Kota Amoria, Romawi. Seorang muslimah berjalan dengan tenang di tengah pasar. Membeli barangan untuk tuan yang memilikinya. Dia merupakan hamba tawanan perang dan telah dijual. Kini meneruskan hidup menjadi hamba sahaya menguruskan hal ehwal rumah tuannya.
Tanpa dia sedari, ada mata-mata memerhatikan gerak langkahnya. Peribadinya yang berbeza membuatkan dia menjadi tarikan. Rambut tidak terdedah dilitupi kain penuh beradab, pakaian labuh tidak menonjol bentuk tubuh, dia nyata adalah yang ganjil di tengah pasar Kota Amoria.
“Aku kira, hari ini adalah harinya. Sudah lama aku menahan rasa” Bicara seorang pekedai kepada temannya dengan mata penuh dendam kepada muslimah itu.
“Ya. Mari. Sudah berminggu-minggu aku perhatikannya. Tersirap darah aku saban kali melihatnya” Rakan pekedai itu mengepal kedua belah penumbuk.
“Kita tidak perlu takut. Amoria adalah tanah kita. Semua di pasar ini akan menyokong kita!” Pekedai itu bergerak. Rakannya membuntuti.
Semakin lama semakin mendekat. Muslimah itu tidak menyedari, melainkan apabila telinganya menangkap seruan dari belakang.
“Wahai perempuan!” Segera muslimah itu berpaling untuk melihat. Tetapi terkejutnya dia apabila kedua tangannya pantas ditangkap.
“Lepaskan, lepaskan!” Perempuan itu didorong ke dinding berdekatan. Suasana pasar yang memang riuh menjadi semakin hangat apabila keadaan ini berlaku.
Si Pekedai mengikat kedua belah tangan Muslimah pada palang kedai berdekatan.
“Jangan apa-apakan aku!” Muslimah itu menjerit sayu. Mata-mata di pasar sekadar memandangnya kaku. Semua diam seperti batu.
“Hari ini, siapakah yang akan menyelamatkan kamu?” Pekedai itu menjerit diiringi ketawa berdekah-dekah. Tangannya bergerak pantas melucutkan kain yang melitupi kepala sang muslimah. Terserlahlah rambut panjang melepasi bahu yang perang. Warna rambut asli perempuan dari mediterranean.
“Jangan, jangan!” Air mata perempuan itu mengalir deras. Tiada yang membantu. Semua hanya melihat.
Rakan kepada pekedai bertindak dengan lebih jauh. Menyelak kain yang menutupi bahagian bawah pinggang perempuan itu dan mengoyakkannya.
“Mana Allah kamu? Mana Muhammad kamu?” Dia menjerit kuat.
“Lihat semua, inilah dia orang Islam yang hina. Percaya kepada yang tiada. Percaya kepada yang tidak berguna!” Pekedai tadi memandang sekeliling.
Air mata perempuan itu kabur dengan titisan air mata. Maruahnya diinjak sedemikian rupa. Dari kaburan matanya itu, dia menyangka bahawa keadaannya mendapat simpati manusia di sekelilingnya. Tetapi, tidak lama selepas jeritan lelaki itu, satu pasar mentertawakan keadaannya. Bahkan ada yang membalingnya dengan tomato.
“Mana Allah kamu? Mana Muhammad kamu?” Seluruh pasar menjerit menghinanya.
Hatinya remuk.Ya Allah, sesungguhnya hamba-hambaMu ini menghinaMu…
Maka dengan kekuatannya yang masih bersisa, dia menjerit sekuat jiwanya.
“Waa Mu’tasimah. Waa Mu’tasimah. (Di mana kamu Al-Mu’tasim? Di mana kamu Al-Mu’tasim?)!”
Dan jeritannya disambut hinaan dan ejekan.
Namun dalam lautan manusia berhati syaitan itu, ada sepasang mata yang memerhatikan. Segera pemilik mata itu bergerak meninggalkan tempat itu. Berjalan mendapatkan tunggangannya. Kemudian bergerak pantas keluar dari Kota Amoria, menuju ke satu tempat bernama Samarrah. Tempat bersemayamnya manusia bernama Abu Ishaq Al-Mu’tasim bin Harun Ar-Rasyid.
Atau lebih dikenali sebagai Khalifah Al-Mu’tasim.
****
Semboyan perang dibunyikan tanda peperangan telah berakhir. Kota Amoria tewas teruk. 30,000 perajurit romawi terbunuh, manakala 30,000 lagi ditawan oleh tentera dari Abbasiyah.
Tiba-tiba gendang berbunyi. Bendera kebesaran dikibar. Tentera-tentera berbaris kemas. Derapan kuda kedengaran gagah. Sepasukan tentera berkuda bergerak di tengah-tengah barisan. Mengiringi satu figur yang berpakaian sederhana bersama kuda berzirahnya.
“Di manakah muslimah yang memanggil aku?” Figur itu melaung dengan kuat.
Suasana menjadi sunyi seketika. Hanya diisi dengan bunyi deru angin dan api yang masih membakar beberapa bahagian daripada benteng pertahanan.
Tidak lama kemudian terdengar satu suara.
“Aku wahai Khalifah. Aku” Seorang perempuan bergerak menundukkan diri menghadapnya.
Figur itu turun. Bergerak mendekati muslimah itu.
“Wahai perempuan, apakah aku telah memenuhi seruan kamu?” Lelaki itu bertanya.
Dengan air mata yang mengalir, perempuan itu mengangguk berkali-kali. “Ya Amirul Mukminin, ya. Kau telah memenuhi seruanku”
Amirul Mukminin Al-Mu’tasim tersenyum.
“Apakah yang menghinamu itu ada dari kalangan mereka ini?” Al-Mu’tasim menunjuk kepada tawanan perang dari kalangan rakyat yang berbaris di tepi barisan tenteranya.
Muslimah itu mengangguk dan menunjuk dengan telunjuknya pekedai dan rakannya yang telah menjatuhkan maruahnya.
“Kau mulai sekarang, aku jadikan hamba yang merdeka. Kuberikan rumah, kuberikan tanah. Dan mereka berdua ini aku hadiahkan kepada kamu sebagai hamba”
Perempuan itu terkedu.
“Al-Mu’tasim, kau lancarkan perang ini hanya kerana seorang perempuan?” Satu jeritan kedengaran.
Al-Mu’tasim menoleh. Kelihatan seorang lelaki sedang dipukul oleh tenteranya. Mungkin kerana jeritannya itu dikira sebagai tidak beradab kepada khalifah.
“Siapakah dia?” Al-Mu’tasim bertanya kepada pengiringnya.
“Dia itu adalah ketua jeneral untuk Kota Amoria.” Pengiringnya berbisik.
Al-Mu’tasim mengangkat tangan, isyarat agar tenteranya berhenti memukul lelaki itu. Al-Mu’tasim merapati Jeneral Kota Amoria itu.
“Wahai jeneral, bukankah aku telah menghantar surat amaran? Sekiranya keeadilan tidak ditegakkan oleh pemimpin kamu, maka bersedialah untuk menerima tenteraku yang ramainya dari sempadan negara kamu hingga ke akhir sempadan negaraku? Dan pemimpin kamu tidak membalas suratku itu.” Al-Mu’tasim berbicara tenang.
Lelaki itu terdiam.
Al-Mu’tasim bergerak meninggalkan lelaki itu. Dia pergi ke arah pekedai dan rakannya. Memandang tepat kepada dua lelaki itu.
“Dan ketahuilah, masih ada lagi tenteraku yang sedang berbaris di hadapan istanaku untuk ke mari. Sesungguhnya, aku benar-benar mengotakan janji. Inilah dia kekuatan Tuhanku. Inilah dia warisan Rasulku. Sungguh, Dia tersangat mulia, tidak perlu turun sendiri untuk berurusan dengan manusia sepertimu. Sungguh, Rasulullah itu tersangat mulia, tidak perlu bangkit dari kubur untuk menguruskan kamu. Aku, hamba-Nya dan ummat kepada baginda, sebagai wakil menjalankan hukumNya dan membela ummat baginda.” Mata Al-Mu’tasim membesar.
Pekedai dan rakannya melutut kegerunan.
Al-Mu’tasim berpaling dan kembali menunggang kudanya.
“Mari kita pulang.” Al-Mu’tasim mengangkat tangannya. Gendang kedengaran. Seluruh tentera yang mengiringinya mendahului Al-Mu’tasim.
****
Tahun 1186. Di tengah sahara antara Kairo dan Damascus. Satu kafilah bergerak merentas bumi gersang di bawah terik mentari. Langit biru tanpa awan menambah hangat.
“Kafilah mereka sudah berada dalam pandangan kita, tuanku.”
Seorang lelaki bertubuh besar berjanggut kerinting keemasan memandang kepada pelapor. Dia mengangguk. “Ya, aku tahu”
“Bila kita hendak bertindak?”
Lelaki itu tersengih. “Tunggu arahan aku. Arahkan tentera kita berkumpul terlebih dahulu.” Bicaraya sambil memandang karavan tunggal di tengah padang pasir yang luas.
“Hari ini, orang Islam akan tahu betapa mereka hakikatnya tidak punya kuasa” Dia ketawa.
Tidak lama kemudian, si pelapor datang semula. “Semua tentera kita telah bersedia, tuanku!”
“Bagus. Dengan namaku, Raynald De Chatillon, serang!” Dia mengacukan pedangnya ke arah kafilah yang sedang bergerak itu.
Tenteranya bergerak ibarat taufan yang menyerbu. Debu-debu sahara naik membuatkan langit biru kelihatan perang. Jeritan ahli kafilah kedengaran melantun-lantun diiringi teriakan kesakitan. Darah merah memercik di sana sini menghiasi medan.
Raynald De Chatillon ketawa berdekah-dekah. Pengawal-pengawal karavan yang sedikit tidak mampu berhadapan dengan tenteranya. Satu persatu tumbang. Bahkan, ahli-ahli kafilah turut dibunuh tanpa berbelas kasihan.
“Tinggalkan seorang sahaja. Adik kepada Salahuddin Al-Ayubi, dia mesti menjadi tawanan kita!”
Dan hari hitam di tengah sahara itu berakhir dengan penuh tragis. Barang-barang dirampas. Haiwan tunggangan diambil. Ahli kafilah perempuan dirogol dan dibunuh. Yang lelaki dipenggal kepala semuanya. Tandu-tandu dibakar. Suasana persis neraka.
“Ini dia Tuanku Raynald. Adik kepada Salahuddin” Seorang perempuan memakai burqa ditolak dengan belakang pedang menghadap Raynald.
Raynald segera menghunus pedangnya yang masih berlumuran darah. Segera dicantas burqa perempuan di hadapannya. Terserlah wajah perempuan itu yang bersih.
“Adik Salahuddin. Di manakah Allah dan Muhammad kamu hari ini? Panggil lah mereka”
Adik Salahuddin senyap. Namun wajahnya tidak menunjukkan riak takut.
“Allah akan menguruskan kamu wahai Raynald!” Bicaranya berani selepas memandag wajah Raynald dihiasi tawa angkuh.
Gelak Raynald tambah berdekah.
“Selepas ini, aku akan ke Makkah untuk merobohkan Ka’bah, dan ke Madinah untuk mengorek kubur Muhammad. Baru kamu tahu betapa lemahnya kamu!”
Dan Raynald membawa adik Salahuddin bersamanya.
****
Tahun 1187. Medan peperangan Hattin. Debu masih menyelimuti langit. Mayat-mayat pula penuh bergelimpangan di atas bumi. Burung-burung pemakan bangkai mula mengintai makanannya.
Kelihatan dua orang lelaki dalam keadaan terikat, sedang dibawa ke satu khemah yang besar.
“Tuanku, inilah dia Guy of Lusignan dan Raynald De Chatillon” Wakil askar yang membawa dua orang itu bersuara.
Satu figur yang memakai zirah perang kuning keemasan lengkap bertopi, memalingkan wajah. Menghadap kepada dua tawanan perang itu. Matanya bersinar.
“Salahuddin” Raynald mengetap bibirnya.
Salahuddin Al-Ayubi tersenyum.
“Kamu mengabaikan suratku agar memulangkan adindaku. Bahkan berkeras untuk tidak menyerah dan membunuh pula utusanku” Salahuddin bergerak melepasi dua tawanan itu.
Dia memandang jauh ke medan perang.
Mayat-mayat tentera salib sedang dikumpul untuk dibakar. Pakaian besi dan senjata mereka telah diekstrak sebagai harta rampasan. Guy of Lusignan bersama Raynald De Chatillon keluar dari Sephoria menuju ke Tiberias untuk berhadapan dengan tentera Salahuddin Al-Ayubi selepas terpancing dengan serangan Salahuddin ke atas benteng tentera salib di Tiberias. Tentera Salahuddin yang utama hakikatnya berada di tempat bernama Kafr Sabt, bersedia untuk menyerang hendak tentera salib pimpinan Guy dan Raynald.
Perjalanan yang panjang, tanpa sempat mencapai sumber air, membuatkan tentera Salib menjadi lemah. Ketika itu juga tentera Salahuddin dari Kafr Sabtbergerak menghentam mereka dari dua arah. Dalam masa dua hari, tentera mereka hancur. Cubaan terakhir, mereka bergerak ke sebuah kawasan air di Hattin untuk menyusun semula tenaga mereka.
Namun Salahuddin telah menjangka semuanya. Di lembah Hattin, tentera Salib dihabisi.
Begitulah Allah mengotakan janji-janjiNya.
Di manakah Allah?
Bersama hambaNya yang percaya.
Salahuddin berpaling kembali dan merapati Guy dan Raynald. Dia memberikan isyarat kepada pembantunya agar membawakan air. Apabila air telah sampai, Salahuddin meminum air itu dan kemudian memberikan segelas air kepada Guy.
Guy mengambil dengan rakus, kerana sememangnya dia kehausan. Namun di tengah kehausannya, dia tidak lupa akan Raynald. Diberikanna sedikit air untuk rakannya itu.
Salahuddin mencelah: “Aku tidak memberikan kebenaran pun untuk itu”
Kedua mereka diam. Raynald kemudian menjawab: “Tidak. Tetapi rajaku, Guy yang memberikan aku minum”
Salahuddin tidak berkata apa-apa.
“Kau masih ingat apa yang kau katakan tahun lepas, Raynald?”
“Em, apa yang aku katakan?”
“Di manakah Allah dan Muhammad untuk membantu kamu?” Mata Salahuddin membesar.
Bulu roma Raynald menegak.
“Di sini Allah menurunkan hukumanNya buat kamu!” Salahuddin mengunuskan pedangnya, terus memeganggal kepala Raynald De Chatillon. Darah menyembur hingga membasahi tubuh Guy of Lusignan. Tubuh Raynald menyembah bumi dengan kepala terpisah dari diri.
Salahuddin memandang Guy.
“Raja tidak akan membunuh raja. Apakah ini tidak cukup untuk kamu mengambil pengajaran?”
Dan Salahuddin bergerak pergi.
“Kita ke Jerusalem. Menawan Al-Quds!” Sambil mengangkat tangannya. Disambut takbir yang menggempita daripada seluruh tentera.
****
2010. Atas kapal Marmara Mavi. Di sempadan laut Gaza.
“Tengah buat apa?” Satu sapaan menggetarkan gegendang telinga.
Noorazman menoleh. Kelihatan Ustaz Hasanuddin. Dia menyambut lelaki itu dengan senyuman.
“Sedang terkenangkan ummat” Noorazman melepaskan pandangan ke laut. Kelam sebelum subuh masih pekat. Justeru gelita ibarat malam tidak sirna. Tinggal hawa menjadi semakin sejuk dengan kewujudan embun dari langit. Dia duduk di tepi kapal bersama baju yang tebal.
Ustaz Hasanuddin duduk. “Moga-moga, usaha kita ini akan menjadi batu loncatan agar ummah bangkit dari lena”
Noorazman mengangguk. “Sungguh, misi kita bukan sekadar hendak menghantar bantuan kemanusiaan. Tetapi kita harapkan misi ini mampu memangkin semula keimanan ummah”
“Sama ada dengan kita selamat sampai ke Gaza, atau ditimpa musibah Israel di tengah lautan, kedua-duanya akan memberikan impak kepada dunia” Ustaz Hasanuddin membuka dompetnya.
Gambar dirinya bersama isteri dan anak-anak.
“Walau diri ini berkorban dan akhirnya terkorban, kalau itu harganya untuk kebangkitan ummah, maka ana tak akan menyesal”
Noorazman menghela nafas. “InsyaAllah, akan ada jiwa-jiwa yang menyahut” Sambil tangannya memaut bahu Ustaz Hasanuddin.
“Amiin”
Tiba-tiba, keheningan kelam terganggu dengan satu bunyi yang menderu. Noorazman dan Ustaz Hasanuddin mendongak ke langit. Kelihatan lampu-lampu sedang terapung.
“Apakah…” Dan belum sempat Noorazman menyempurnakan kalimah itu, lampu-lampu yang terapung sudah berada di atasnya bersama bunyi yang sangat kuat.
Putaran kipas Apache AH-64D kedengaran membingit.
“Ustaz Hasanuddin, Israel!” Noorazman menolak Ustaz Hasanuddin agar berlindung ke dalam kapal.
Tanpa amaran, tembakan bertalu-talu dilepaskan. Suasana kapal yang tadinya tenang kini bergejolak. Komando-komando Israel turun dari helikopter dan tanpa belas melepaskan tembakan bertalu-talu ke semua arah tanpa mengira sesiapa.
Noorazman dan Ustaz Hasanuddin berlindung di sebalik dinding. Mereka sempat juga melihat kapal-kapal lain yang menyertai konvoi Lifeline4Gaza, Break The Siedge, sedang mengalami nasib yang sama.
“Ya Allah, sungguh Allah telah memilih kita!” Ustaz Hasanuddin memandang Noorazman.
Belum sempat Noorazman memberikan respon, satu bunyi membuatkan tubuhnya kaku. Terasa seperti ada besi panas menyentuh ubun kepalanya.
“Jangan bergerak. Bangun dengan perlahan-lahan” Suara itu kedengaran. Menurut arahan, Noorazman dan Ustaz Hasanuddin bangun. Kelihatan tenteraberpakaian serba hitam sedang mengacu SC3000 ke arah mereka berdua.
Noorazman dan Ustaz Hasanuddin dibawa ke hadapan dek kapal. Di situ mereka melihat ramai lagi ahli konvoi sedang dikumpulkan. Sempat mereka melihat berbelas mayat bergelimpangan. Air mata tidak dapat ditahan, lantas mengalir kesayuan.
“Apakah kalian tidak kisah bahawa perkara ini akan ditunjukkan kepada dunia?” Noorazman berbicara kepada tentera yang membawanya.
Tentera itu hanya tersegih. “Sedangkan pembunuhan dan peperangan di Palestin selama ini pun dihalalkan oleh dunia untuk kami, apatah lagi kematian sekitar 20 orang hari ini?”
“Allah akan menghitung kamu!” Ustaz Hasanuddin mengetap bibir, geram.
Tentera-tentera itu ketawa.
“Maka di mana Tuhan kamu itu?” Dan mereka terus ketawa. Salah seorang dari mereka memegang kepala Ustaz Hasanuddin dengan keras. Matanya didekatkan dengan mata Ustaz Hasanuddin.
“Kami telah menawan Palestin 62 tahun. Dan sepanjang waktu itu, entah berapa kali kami telah mendengar laungan nama Allah dari mulut mereka. Tetapi tetap kami yang berkuasa. Hari ini, semua yang mati itu, semuanya menjerit nama Allah di hujung nyawa mereka, tetapi tetap kami berdiri di sini menawan kamu semua.”
Kemudian dia diam sebentar. Ustaz Hasanuddin pula turun naik nafasnya.
“Maka, di mana tuhan kamu?”
Dan soalannya disambut dekah tawa.
Seluruh kapal konvoi di bawa Haifa.
Tragedi yang berlaku ini, menggemparkan dunia. Tetapi kekebalan Israel membuatkan segala suara menjadi sia-sia. Tambah menjadi anak angkat kepada penguasa dunia, atau lebih tepat lagi, kuasa dunia itu adalah boneka mereka, Israel tidak mampu disentuh hanya dengan jeritan sahaja.
Ada manusia akhirnya tidak peduli. Padanya ini hanyalah satu kisah, dari puluhan kisah tragedi di tangan Israel. Ada pula manusia yang turut serta bising itu dan ini. Tetapi akhirnya dia juga senyap kerana tidak mampu mencapai apa yang dihajati dalam masa yang amat terdekat ini.
Ramai pula manusia sudah hilang kekuatan untuk berusaha. Sangka mereka Tuhan telah meninggalkan mereka.
Tetapi Allah hakikatnya sentiasa ada dan dekat dengan hambaNya. Ini adalah ujian, tapisan, untuk memerhatikan siapa yang benar-benar beriman kepadaNya. Nanti saat bantuan tiba, yang palsu keimanannya akan tertapis pergi.
Yang tinggal hanya yang benar-benar layak mencium syurga.
Dan dalam kalangan manusia berbagai rencah itu, wujud lagi yang tidak berputus asa.
Terus menerus memproses.
Memandang ini sebagai satu perang nafas panjang.
Yang di akhirnya hanyalah kebenaran kepada yang utuh berpegang.
*****
Tahun XXXX, tempat XXXX, waktu XXXX.
Dia meraup wajahnya. Doa penuh khusyuk telah dipanjatkan kepada Rabbnya. Mengambil masa, dia bertafakur seketika. Walau di luar kelihatan tidak melakukan apa-apa, tetapi akal dan jiwanya sedang bekerja. Akal merangka segala jenis formula strategi. Jiwa pula sibuk menjaga hubungan dengan Pemberi Kekuatan di medan nanti.
“Jeneral, pasukan kita telah siap” Dia dipanggil.
Menghela nafas, dia bangkit. Kain khemahnya diselak. Cahaya terang memanah. Dia sedang berdiri menghadap jutaan tentera yang berbaris kemas. Kelihatan pula di satu sudut, gabenor-gabenor wilayah sedang duduk di kerusi masing-masing. Di tengah-tengah mereka, terdapat satu figur yang kelihatan dari luarnya sederhana, tetapi perawakannya menggambarkan karismanya yang tinggi.
Itulah dia Khalifah ummat hari ini.
Dunia telah berubah ke satu ekstensi yang tidak pernah ada yang menjangka. Perubahan sedikit demi sedikit yang berlaku di serata tempat di dunia, membuatkan musuh-musuh tidak menang tangan menguruskannya. Akhirnya wujud beberapa negara yang berjaya ditumbangkan dan dikuasai. Ada yang menggunakan politik, ada pula yang menggunakan tentera.
Tetapi asasnya tetap sama. Ummah dikoreksi terlebih dahulu, sebelum kuasa diambil semula. Terus, masyarakat yang faham menyokong ketua mereka, bersepadu hidup dan mati kerana faham bahawa ini semua untuk syurga Allah di akhirat sana.
Ketua-ketua pula adil dan saksama, membentuk satu kesatuan menghapuskan sempadan sesama negara. Mewujudkan satu kekuatan bernaung di bawah satu nama. Khilafah.
Amirul Mukminin, Sultan tertinggi mengetuai semua orang Islam di dunia, dihidupkan semula. Semua orang Islam bergerak meninggalkan negara mereka dan bernaung di bawah kekuasaan khilafah ini. Mencari kehidupan yang aman bawah sistem peraturan yang ideal dan sempurna. Terlindung dan dibela.
Pembinaan yang dirancang berpuluh-puluh tahun dan digerakkan secara konsisten ini, melahirkan kekuatan yang tidak terjangka. Jika dahulu Amerika terpaksa bersaing dengan Russia untuk menjadi kuasa terbesar dunia, hari ini mereka sedang dihimpit satu kuasa besar yang tiada tandingannya.
Dan hari ini, tanah suci bernama Al-Quds hendak ditawan semula.
Walaupun berkali-kali Amerika merayu agar perjanjian damai yang menjadi solusinya, khalifah tetap berkeras untuk meneruskan ekspedisi perang ini. Tiada lagi yang berani menyelar itu satu tindakan terorisma. Tiada siapa lagi berani mengugut untuk melakukan itu dan ini jika bertindak. Tiada siapa lagi berani menghina dan mencerca.
Israel Zionis juga hilang bicara. Antara ugutan mereka adalah ingin meruntuhkan Al-Aqsa jika Khalifah tetap menyerang juga.
Tetapi Khalifah mengeluarkan kenyataan.
“Ka’bah pernah runtuh dan dibina semula. Kamu hanya akan mampu meruntuhkan bangunan Al-Aqsa dan kami akan membinanya semula.” Keras dan tegas, membawa kepada kegerunan yang tidak terhingga.
“Hari ini, aku sebagai wakil Allah di bumi, dan pewaris Rasulullah untuk zaman ini, akan menjalankan hukuman ke atas kalian wahai kaum kera” Khalifah menutup penyataan tegasnya.
Amerika diberi amaran agar menyertai Israel agar mudah dihapuskan sekaligus, dan nyata Amerika tidak berani berbuat apa-apa melainkan menunggu gilirannya di bumi sendiri sana.
Dia menghela nafas. Dia, jeneral yang akan mengetuai ketumbukan tentera untuk menundukkan Israel hari ini. Dan semua yang berada di hadapannya kini, tidak akan mampu terwujud tanpa usaha penuh perancangan dan konsisten yang dilaksanakan oleh orang-orang terdahulu.
Satu proses yang dilaksanakan penuh dedikasi dan efisyen.
Dakwah dan Tarbiyyah dalam bentuk pegerakan yang bersistem.
Ibarat anai-anai yang merobohkan almari. Senyap bekerja, dan kesannya menggemparkan jiwa.
Nafas disedut tenang. Dia mengangkat tangan.
“Menuju Al-Quds!”
“Allahuakbar, Allahuakbar, Allahuakbar!” Dan teriakan takbir menggempita.
Hujan turun membasahi dunia. Seakan-akan tangisan syukur oleh bumi kerana kembalinya kerajaan khilafah yang bersatu seperti zaman Al-Mu’tasim, dan tentera serta pemimpin yang bersih seperti Salahuddin dan askarnya yang dipimpin.
Kapal terbang, jet pejuang, helikopter, kapal selam, kapal perang armada, bergerak meninggalkan pangkalan.
Dia memandang jauh ke hadapan.
“Wahai Israel, inilah dia suara Tuhanku menyatakan bahawa Dia sentiasa wujud bersama hambaNya. Yang percaya akan bahagia. Yang tidak hanya akan merana”.
* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *
Sampai ke hari ini, sampai keadaan sudah sebegini, ummat masih nyenyak tidur, lena dan dibuai alam dunia. Bangkitlah wahai ummat! Bangunlah dan selamatkanlah islam kita!

-as-saff preston-
-2.6.10-