Tuesday 8 July 2008

Domain Baru-ku

Alhamdulillah,

WWW.JIWAISLAM.COM

Akhirnya berjaya juga dapat tukar domain. Terima kaseh kepada MHarisuddin kerana memberi kerjasa sama yg begitu licin bagi proses penukaran domain tanpa blogspot.com hehe *_*

Juga ingin saya ucapkan terima kasih kepada Shueqry dari iMotivasi.com kerana dengan ideanya yg spontan itu dapat memberi nama bagi domain blog sy nie. Cuma satu persoalan saya kepada Shueqry, adakah idea spontan itu juga ada kena mengena dengan Law Of Attraction (LOA).

Dulu blog ini www.eQahirah.blogspot.com hehe agak formal sikit bunyinya
sekarang dengan berkat pertolong kawan2 sy, terutama Shueqry & MHarisuddin maka timbullah www.jiwaislam.com

mudah, simple, senang sebut, dan ingat.

Saya harap kita semua dapat berjiwakan diri kita dengan nilai2 murni islam
(terutama diri saya~!)

Saya cukup berminat dengan artikel2 yg memberi semangat serta bermotivasi lagi-lagi ianya mendorong kearah keagamaan gitu, pada mulanya memang 1st pilihan utk masuk U, saya mintak Kuliah Dakwah Islamiah, tapi tak dapat mungkin peratus tak cukup kot maka dapatla 2nd pilihan, Kuliah Pengajian Islam & Bahasa Arab.
Walaubagaimana pon sy tetap suka kos yg saya ambil sekarang. Ada 1001 satu rahsia yg tersirat masih belum saya terokai .

Segala yg baik datang dari Allah dan yg buruk itu kelemahan sy sbg manusia

Jangan malu jangan segan, kacau & ganggu sy bila ada kemusykilan, sy sedia menerima sebarang teguran utnk kehadapan.

No comments: