Saturday 3 January 2009

Perempuan Melayu Terakhir


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

Assalamualaikum wbt..

Bismillahi Masya Allah!!Makin ada umph website ni! Seperti masuk rumah baru. Maafkan ana kiranya ana dah lama tidak taip artikel dan sebagainya kerana ana sekarang dalam mood test di uniten dan juga agak sibuk kebelakangan ini dengan mengikuti beberapa program yang mantap yang dianjurkan oleh Persatuan Pengajian Islam di Uniten ini.

Alhamdulillah, setakat ini, ana sempat mengikuti Kem KMC(Kem Mahasiswa Cemerlang tidak salah ana). DImana program ini diadakan di ulu langat. Pertama kali ana menjejak kaki ke sana. Sebelum nak pergi tu, ada juga rasa was-was, dan lain-lain, tetapi disebabkan kita ni nak sangat tahu apa yang cemerlangnya pada muslimah individu itu tersendiri. Maka ana pun pergilah hadirkan diri selama 3 hari dan 2 malam. Walaupun muslimat yang hadir amat sedikit berbanding muslimin, tidak bermakna program ini tidak boleh dijalankan. Nampak sedikit sekiranya sekali pandang , tetapi ramai apabila selalu sangat pandang. hihi..Allahu Robbi.

Tidak disangka-sangka, dalam program tu, adalah tetamu khas iaitu ustaz hasrizal. Ana tak kenal sangat ustaz hasrizal tu siapa.Rupa-rupanya, itulah saifulislam ke atau apa ke yang mereka selalu sebut-sebutkan. Wah..bertuahnya!tapi itulah, dapat juga berkongsi dengan orang-orang yang berpengalaman dalam tarbiyah dan sebagainya.
Masya Allah! Bestnye!

Ha!! Berbalik pada topik di atas, dah taip panjang memanjang ni, baru ana nak sentuh mengenai perempuan melayu terakhir. Ana buat topik ini sempena apa yang ana dan adik-adik tertanya-tanya atau bermain dengan kain batik masing-masing..kononnya, jadi seperti perempuan melayu kampung yang sarungkan kain batik di atas kepala. Macam dalam cerita pontianak harum sundal malam. Begitulah. Dari gurauan dan lain-lain, tertanyalah semua orang mengenai mandi di dalam tandas bersama dengan kain batik. Kain batik yang dibawa ke program itu hanyalah sekadar saja-saja sahaja. Tetapi, persoalan yang timbul dikalangan muslimah ialah mengenai mandi dengan kain batik di sungai dan lain-lain. Paling menarik sekali ialah, mandi dengan kain batik apabila tiada program atau di rumah.

Ramai dikalangan muslimah,tidak tahu mengenai kegunaan kain batik ni. Bukan sekadar menjadi kain sarung, angkat bayi dan sebagainya, tetapi kain batik ini juga menjadi kain kemban semasa tengah mandi dan selepas mandi. Maafkan ye wahai muslimin, mungkin isu ini agak lebih sedikit kepada muslimat. Tetapi tidak mengapa, kaum muslimin boleh sahaja tahu untuk kegunaan pada masa hadapan ke, untuk adik, anak dan lain-lain. Tidak semestinya antum tidak payah tahu mengenai hal-hal seperti ini.

Toib, berbalik pada kain batik, kalau kita makan, ada adabnya bukan?Berjumpa dengan kekasih tercinta pun, mesti nak itu dan ini..pakaian kemas dan sebagainya. Begitu juga mandi, ada adabnya. Ana tak pasti bab lelaki mandi macam mana sebab tidak pernah dengar lagi. Jadi, bagi muslimat, digalakkan mandi dengan menggunakan kain batik. Bukan lepas mandi baru guna kain batik. Makruh bagi kita, mandi dalam keadaan yang tiada benang di kulit badan. Makruh sahaja. Bukan DOSA. Tetapi sekiranya nak dapat point dari Allah, nak tambah markah seperti mana kita sentiasa buat kuiz di universiti untuk tambah markah ujian peperiksaan, maka sekiranya kita tinggalkan perbuatan mandi tanpa kain batik ini, adalah baik sekali kerana mendapat pahala. Pahala berapa banyak, wallahualam. Kerana itu adalah antara diri dengan ALlah swt.

Bagaimana cara untuk memakai kain batik? Caranya ialah berkemban. Asalkan ia menutup dada dan lepas paha. Itu yang ana belajar. Jadi macam, cerita zaman do'lu-do'lu. Ini bukan budaya kuno. Tetapi, ada sebab kenapa adab dia sebegitu. Ana tiadalah kitab untuk menjelaskan lagi perkara ini. Tetapi, sekiranya ana rajin dan dapat berjumpa dengan ustaz atau ustazah, Insya Allah, akan ana kongsikan perkara ini dengan antum semua. Benda ini bukan memalukan, tetapi sekadar berkongsi bagi sama-sama kita mencari keredhaan Allah swt dengan melakukan perkara-perkara yang remeh ini hinggalah yang tak remeh. Supaya hidup kita seharian sentiasa diberkati oleh Allah swt.

No comments: