Friday 23 October 2009

Tounge Award



Sesungguhnya lidah kita adala satu lisan yg bahaya kerana ia anggota yg menggambarkan diri seseorang itu. Jika seseorang menggunakan pada kebaikan hasil baginya pahala dan begitulah sebaliknya.

Sepertimana Sabda Baginda Rasulullah :-

"اكثر خطايا ابن ادم في لسانة"
Paling banyak anak Adam melakukan kesilapan ialah pada lisan.

Beginilah serba sedikit dapat diterjemahkan dari muqaddimah Kitab Adab Kuliah Dirasat Islamiah karangan Dr Ust Hassan.

Apa yang aku nampak lidah kecil ini cukup tajam sehinggakan macam2 boleh terjadi dengan hanya mengerakkan atas bawah kiri kanan. kemana ia bergerak itu bergantung atas tuan punya anggota itu sendiri. " Tahukah kamu bahawa pembunuh S. Uthman membunuh sambil lidahnya berzikir? "

Teringat ada satu pepatah arab berkata " Lidah itu Lebih Tajam dari Pedang " bayangkan hanya dengan lidah boleh menang walaupun dalam peperangan yeah!
Hari ini manusia mampu menggerakkan lidah untuk bersembang berborak itu dan ini tetapi adakah sedar akan kita hitung berapa patah sudah kita keluarkan tanpa berfikir samada baik atau sebaliknya?

Sabda Baginda Rasulullah :-

" Barangsiapa yang beriman pada hari kiamat maka bercakaplah perkara baik2 atau berdiam "

Semoga Allah pelihara lidah kita agar sentiasa berada dalam monorail yang diredhai di dunia mahupun di akhirat .. (wah gembiranya laju je taip :D)

No comments: