Thursday 26 November 2009

Selamat Hari Raya Korban 2009

Assalamualaikum wbt

Selawat dan salam ke atas junjungan Nabi kita iaitu Rasulullah s.a.w, keluarganya dan juga para sahabatnya.

(Tengah tersenyum ni). Sudah lama tidak meninggalkan penulisan ana di sini. Allahu Robbi. Makin ceria dan Alhamdulillah. Makin mantap.

Kepada pemilik blog ini dan juga rakan-rakan yang tanah tumpahnya di Malaysia tapi jasadnya di Mesir dan sebagainya, ana ingin mengucapkan selamat menyambut hari raya korban 2009. Korbankanlah apa yang patut dikorbankan serta ana doakan yang baik-baik untuk antum semua.

Sempena Raya Korban ini. Ana juga ingin mengajak antum semua untuk bermuhasabah diri apabila keseorangan. Jangan pula termenung ingatkan kekasih tercinta ..ehehe..
Jadi, cuba kita sama-sama hayati, melihat gambar atau menatap wajah-wajah keluarga kita dan muhasabah sebentar mengenai diri kita. Adakah kita makin maju ke arah jalanNya atau sebaliknya. Fikirkan apa yang telah antum korbankan dan menangis dan sujud syukur sekiranya perlu apabila antum tidak sangka-sangka antum telah berjaya.

Kemudian, sekiranya antum nak cerita sebagai iktibar kepada sesiapa, bolehlah dijadikan sebagai bahan penulisan.

Ana bukanlah seperti kalian. Bukan dari sekolah agama mahupun basic agama tu pun,kalau zaman do'lu-do'lu orang bertanya, ana akan jawab.."Apa??"

10 tahun. Genap 10 tahun, dari semasa ke semasa ana berubah dan siapa sangka, kalau dahulu kita dikenali sebagai seseorang yang orang kata..

"walawei~~!Minah ni femes~~" dan lelain lagi..

tetapi sekarang,

sendiri tidak tahu..sehinggalah..

"Akak, akak dari uni al azhar ke? "
"Belajar dari kolej islam mana ya dulu??"

atau dalam orang nak taaruf kan..

"Ustazah, dari mana ya..ana ustaz dari uni mesir"

Dalam hati, tidak terniatpun nak ada jodoh dengan orang2 alim ni. Macam-macam.

Tidak tersangka di jiwa ana berubah seperti ini.

Apabila hari ini orang lain menyebut mengenai korban, ana tiba-tiba nak tulis benda-benda ni.
Baiklah antum, disini ana ingin menyeru pada antum semua. Cuba kita korbankan sesuatu,dimana ianya membawa ke arah kebaikan pada diri kita. Ana tahu antum boleh.
Sekiranya ana boleh lakukan kerana Allah swt, ana pasti antum boleh lakukan perkara ini.

Contohnya, kalau pergi ke mesir sebab kena paksa belajar tapi dalam hati tiada perasaan pun nak jadi ustaz atau ustazah, cuba korbankan perasaan tersebut dan gantikan dengan perasaan baru. Izinkan hati untuk merasakan nikmatnya jadi ustaz dan ustazah ini dan membawa Islam ini kepada orang lain.

Itu sahaja dari ana. Kalau ada masa lagi ana tulis lagi ya. :) Selamat Hari Raya Korban 2009

1 comment:

cikintan said...

hu3... ye kekadang pening gak..
ade segelintir taik idong student mesir ni cam baghal lala~