Saturday, 30 August 2008

Ramadan Kareem

Salam Semangat

kawan2 semua yg tidak dilupakan di sini ingin ku ucapkan kepada selamat menyabut bulan yg penuh magfirah,
saya mendokan semoga anda semua dapat menghayati dari segala sudut..
sebelum itu seboleh2nya ingin saya menghulurkan 20 jari ingin memohon maaf diatas segala salah laku selama kita berinteraksi..

SELAMAT MEYAMBUT BULAN AL-MUBARAK

Wednesday, 13 August 2008

Smart Reading

Salam Bahagia..

yea setelah lama menyepi dengan sibuk mengajar di sekolah, hari ni dapat juga meluangkan masa untuk update blog nie walaupon tidak lama , jadi hari ni saya nak berkongsi bersama kamu semua serba sedikit cara teknik2 membaca..

1. Belek Dahulu
mula2 kita belek la dulu tengok dari mula hingga akhir, sekurang-kurangnya kita dapat gambaran awal isi kandungan buku tersebut.

2.Buat Soalan
langkah kedua ialah kita membuat soalan, contohnya Ape jenis buku ini? eh buku ni ada berapa muka surat? ha.. tu sebagai contohnya saja.. jadi segala soalan adalah terpulang kepada anda semua..

3.Mula Membaca
ok.. sekarang bolehlah anda memulakan membaca buku kesayangan anda tadi, ingat! baca tu biarlah faham akan isi kandungannya tau.. tumpukan perhatian dalam setiap situasi. Apa yg penulis mahu sampaikan.

4.Cuba Ingat Semula.
setelah selesai kesemua langkah2 tadi cuba try ingat kembali sepintas lalu apa yg kita baca tadi, kalau kurang atau tak ingat langsung maknanya masih belum faham lagi.

kemuadian catatkan semula secara ringkas berdasarkan kefahaman dan ingatan.

5.Tengok Semula Catatan.
tanyakan semula adakah soalan yang kita cipta pada langah ke-2 tadi terjawab?

--mari sesama kita amalakanya--

Monday, 28 July 2008

Kerja

Alhamdulilla hampir sebulan dok melepek je kat rumah. Terima Kasih Jiran sebelah.. dengan bantuan mak dan kakak Mharisuddin saya dapat mengisi tempat kosong di SK Desa Jaya sebagai guru ganti mengajar Pendidikan Islam.

Selepas ni mybe masa tuk duduk depan PC ni berkurang lah sedikit.. harap2 anda semua boleh bagi saya semangat kpd sy untuk menimba pengalam yg menyeronokkan ni.

Jumpa Lagi *_*

Dekat di Hati


Salam Ceria Semua

Kagum sungguh saya dengan apa yg telah TV9 persembahkan kepada penontonnya.

Menghiburakan dengan program2 agama dan ilmiah

saya selalu mengikuti perkembang di siaran tb niw..

program paling minat bg saya pada
setiap hari isnin - khamis jam 6:30 ptg dalam rancangan Mari Bertaranum. Cara pembelajaran yg santai tetapi mendalam. Siap ada TM (trade mark) lagi tu... syabas~!!

lain2 rancangan yg wajib bagi saya mengikutinya tetapi kalu ada masyaqah nak buat mcmana en, seperti :-

Halaqah Setiap ahad jam 9 - 10 mlm

Mari Mengaji , Usrah, Hujah, Akademi Nasyid dan ada beberapa lagi program yg menarik dan seswai bagi semua lapisan masyarakat.

-kalau tak silap, baru2 ni TV9 dapat anugerah Radio Televisyen Pendakwah Terbaik-


**dekaaat di hatiii... ('',)

Friday, 25 July 2008

Syair Pilihan

Ketaksuban mengila-gila dan menjadi jadi selepas mengkaji serba sedikit sejarah kehidupan Imam As Syafie yg amat masyhur sehinggakan Imam Malik (gurunya) salute dengan kehebatandan kebolehannya.

Imam As Syafieamat disegani olehsemua lapisan masyarakat adri zaman kegemilangannya dulu hingga lah sekarang . Seorang yg pakar dalam pelbagai bidang spt: Fiqh, Usul fiqh, Bahasa Arab dan lain2 lagi.

Mari kita lihat apa yg Imam Syafie telah katakan dlm syairnya


"Aku mengadu pada Waki' tentang kesusahan mengigati pelajaran,
Beliau menganjurkan agar aku tinggalkan maksiat,
Katanya, Ilmu itu adalah Nurun,
Dan Nur Allah tidak diberi kepada pemaksiat.


*** Waki' itu adalah salah seorang gurunya.

Wednesday, 23 July 2008

Al Yaum

Salam Ukhuwah,

Kerap sungguh hujan sejak kebelakangan ni, wah singguh nikmat ~! kena pulak musim durian sekarang, jiran2 saya pakat kasi dan bertukar buah tangan ( biasalah budak Mesir balik :P ) "Terima Kasih MHarisuddin" kawan sejak kecil masa main pondok-pondok @ masak-masak.. hehe byk gile aku terhuntang budi kat nko Din.

Kini ada slot baru yg saya ingin berkongsi bersama anda semua. Saya ingin bawakan syair, hikam, perobahasa dan sewaktu dgnnnya, sekurang-kurangnya boleh kita buat bahan pembakar semangat dalam kehidupan seharian kita. Tungggguu...

Isu2 berkaitan Bahasa Melayu
dan pemikiran Islam serta ekonomi byk diperkatakan sejak dua menjak, ini kerana kita semua berada dalam keadaan lemah dan tidak bersatu dalam perjuangan mempertahankan agama dan bangsa.

Melihat masjid2 yg tersergam indah di serata negara.. wah indahnya seni Islam, tapi ianya tidak berseri jika saf-saf tidak berpenghuni...

Marilah kawan2 kita bersatu, Menarik Rahmat Allah di bawah bumbung yg satu,
Semoga kita sentiasa mendapat keredhaan dan keberkatan di duni mahupun di akhirat.

-Rakan Masjid-

Saturday, 19 July 2008

Hari ini

hye semua..
bila saya balik Msia, macam2 isu semasa hangit dibincangkan, uih belit otak ni tengok.
Bila kawa2 tanya.. "hai Basri, buat apa selama 3 bln cuti ni? ta kerja ker?" her sy jawap la balik.. camner la nak kerja.. anak mak :P (hehe tak de la, saje melawak)
Sebenarnya sy tolong ayah menoreh getah dan angkat buah kelapa sawit.
memang di hati ada niat nak pergi cc utk update blog nih, memandagkan ada yg lebih penting bagi saya untuk berjasa.

Terapi Persahabatan ( Part II )

Salam Ceria
sebelum apa2.. saya mau sambung skit artikel yg lepas, kasi ade semangat sikit nak tahu en..
jadi kali untuk part terakhir untuk tips kita pada bulan ni

8. Kasih Sayang
hehe jgn pikir mengarut.. maksudnya di sini yg besar kasih pada yg kecil, yg kecil hormat pada yg besar. hormat menghormati kasih mengasihi, tolong menolong sesama kita. Berkasih sayanglah kerana Allah... i'Allah moga2 dirahmati-Nya.

9. Doa
Sungguh besar peranan doa dalam kehidupan kita seharian bagi umat Islam, doa itu adalah senjata orang mukmin. Berdoalah semoga sahabat2 kita sentiasa dirahmati serta doalah untuk diri kita serta kedua ibu-bapa kita ye.


Jom pakat amalkan terapi ini dalam kehidupan seharian kita

Monday, 14 July 2008

Terapi Persahabatan

P'sahabatan yg akrab mempergaruhi fizikal serta mampu membina emosi supaya lebih rasional
& segar. Tengok je kawan , tentunya bole tersenyum sebab ramai yg sehati sejiwa , satu kepala. Eh~! tak teringin ker macam tu? jom eratkan lagi persahabatan

1. Fahamilah bahawa bersahabat itu sihat
Sahabat yg baik akan sentiasa ada kat sisi bila kita memerlukan. Mengikut kajian pakar, orang yg selalu b'kawan & b'sosial dgn baik khususnya pada usia remaja akan cenderung hidup lebih lama, buktinya kita akan dapat mengurangkan rasa gelabah.. cuak sekaligus memberi kehidupan yg tenang & gembira

2. Saling berhubung
Hindarilah dari sibuk, jarak jauh, da kahwin dan macam2 lagi sbg alasan..
Adakalanya kita tidak berfikir bahawa faktor2 nilah yg menjadikan kita rapat serta erat dan menyemarakkan lagi kemesraan ( jgn lupe hubung saya >.< ) 3. Kawan sampai bila2
Berkawanlah sampai ke anak cucu walaupun jauh atau dekat, kita harus bersedia berani & m'hadapi kemungkinan yg berlaku, ini membuakan kita sentiasa segar dan peka terhadap alam sekitar..

4. Jujur dgn member
Sudah tentu p'sahabatan akan berjalan lancar &b'panjangan walaupun terpaksa berpinda ke sibuk kerja ke kahwin ke atau mcm2 lagi.. dengan syarat mestilah percaya jujur dan ikhlas..
Betul..?

5. Rileks diri dengan persahabatan
Persahabatn adalah sesuatu yg mengembirakan, jadi kita perlu releks kerana hubungan yg sihat memberikan kecerian dalam hidup.

6. Sikap berbuka
Sentiasa bersikap terbuka & fikiran +ive, terapi ini juga berkait rapat dgn cara kita berfikir yg tidak terlalu sempit, biasalah kekadang member b'gurau terkasar sedikit en..

7. Kongsi hobi
Jangan tertinggal terapi yg last ni, secara ta langsung mengeratkan lagipersahabatan yg terjalin. Orang cakap hobi mampu mengelakkan dati stress di kuliah ataupon tempat bekerja.. Betul ker?
jom kita cuba adakah ianya berjaya...

saya pon nak kongsi jugak lah hobi saya dengan awak semua..

Friday, 11 July 2008

Penyumbang Kejayaan

Salam Bertenaga,

Kadang kita terfikir bagaimana mahu berjaya lagi beribawa..
apa yg kita selalu fikirk untuk menjayakan sesuatu misi yg diinginkan?

mari kita renung2 seketika

Kitakan selalu mendengar cerita orang yang berhenti melakukan sesuatu walaupon berada dalam keadaan yg selesa.
Seperti berhenti dari dari pekerjaan yang mendatangkan pendapatan ribuan $$$, berhenti diet, berhenti bersenam, berhenti dari tidak merokok dan banyak lage..
hampir 80% perniagaan internet yang bekerja di rumah berhenti melakukannya dalam masa setahun.

Sungguh menarik jika kita dapat mengkai mengapa mereka berhenti ya..?

Jika kita tahu mengapa sebab & puncanya, mungkn kita dapat melindungi diri daripada berhenti mengejar impian kita, ataupon dapat membantu orang lain untuk terus mengejar dan merialisasikan impian.

-Jadi bagaimana kita? ayoh jom sesama kehadapan, kongsi pengalaman, seru kebaikan, jauhi keburukan..