Friday 25 April 2008

Inspirasi

Salam sihat..

Siapa yg tidak mahu bertutur dengan fasih ? sila angkat tangan

Tak menyirap ke apabila melihat sahabat2 kita bertutur fasih seperti Syeikh Ali Jum'ah ..
atau pon seperti Billie Amstrong.. mestilah jealous betulkan :)


Di sini saya ingin berkongsi bersama anda semua bagaimana seorang pemuda arab boleh becakap dalam Bahasa Melayu dengan fasih, dengan berkat kesabaran dan semangat yg membara membolehkan Ustaz Muhammad Aziz kelahiran Tanta di Utara Mesir ini bertutur dengan lancar tanpa sekat2 berbanding dengan orang arab lain yg pernah saya jumpa sebelom ini..

Kebiasaannya orang arab memang kekok dan keras apabila bertutur dalam bahasa bukan arab

Apa kata kita layan dahulu vidoe klip ini dulu.. check it out~!!



Sungguh seronok dapat bertutur dalam 2 atau 3 bahasa dengan fasih.. saya sebenarnya berminat dengan sangat Bahasa Arab, lahjah yg berbeza bagi setiap 23 negara arab.

Ini diantara slogan2 yang menaikkan semangat saya diucapkan oleh U. Muhammad Aziz :-

"Alhamdulillah saya telah belajar Bahasa Melayu dalam masa 10 tahun
"

"Kalau kita mahu menguasai sesuatu bahasa, kita perlulah bergaul dengan ahlinya "

"Setiap hari saya menghafal 10 perkataan,"

Dari apa yg telah kita tonton dari vidoe klip tadi, saya pasti anda semua sudah dapat membuat satu kesimpulan bagaimana cara untuk menguasai bahasa.

saya selalu tengok vidoe klip ni supaya semangat saya jadi seperti Ust Muhammad Aziz, sentiasa segar dan bertenaga.

Usaha dan semangat untuk meneruskan menguasai bahasa itu amat penting, kita lihatla saja U. Muhammad sanggup bersabar hampir lebih dari 10 tahun bagi menguasai Bahasa Melayu. Satu contoh yg boleh kita ambil guna supaya kita boleh menguasai mana2 bahasa sepertinya.

Apabila seseorang itu menguasai bahasa sesuatu kaum itu, dia tidak akan tertipu dengan tipu daya dengan kaum tersebut (InsyaAllah)

Jadi apa lagi.. mari kita sama2 melakukan perubahannya hari ini juga~!

1 comment:

Anonymous said...

Jazakallah, jadi inspirasi nak kuasai bahasa lain jugak