Monday 21 April 2008

Kasih Ibu Bapa

Semalam kakak menghantar msg kepada saya yg berbunyi "kenapa pegi ambil lesen motor pulak? E (panggilan dalam keluarga) na beli motor pulak ka?? mak dah menangis meraung takut E jadi apa2 di sana.. nanti sapa na pi tengok??? " macam tulah lebih kurang kakak saya sampaikan pesanan dari mak.. kemudian saya pujuk balik kakak dan mak saya dengan menceritakan keadaan yg sebenarnya supaya diorg paham apa yg sebenarnya terjadi di sini..

Orang tua mana yg tidak sayangkan anak mereka? semua orang sayangkan anak, begitu juga sebaliknya. Kadang2 ada orang tidak selesa dgn kehadiran ibu bapa mereka sendiri ataupun adik beradik yg sentiasa berdamping dgn mereka.. ingatlah bahawa kawan sahabat boleh dicari tetapi ingatlah bahawa ibu bapa, adik beradik dan kaum kerabat itu adalah hadiah dari Allah, semua ini ada hikmah disebalik apa yg ditentukan oleh-Nya.


Firman Allah SWT :-
"Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibubapanya; ibunya telah mengandung dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir penyusuannya), dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa 2 tahun (dengan yg demikian) bersyukurlah kepada-Ku dan kedua ibubapa mu; dan (ingatlah) kepada Akulah jua tempat kembali ( untuk menerima balasan).
-Surah Luqman 31 : 14

Saya amat bersyukur dapat ibubapa yg mengambil berat tentang diri saya, mengasuh dari kecil memberi pendidikan yg secukupnya.. Ya Allah terima kasiiiiiih....
ada diantara kawan2 saya yg tidak dapat merasai kasih sayang dari ibubapa mereka, saya sungguh bersimpati .. entahla kadang2 kesian ja terkenang akan kisah diaorang..

Semoga Allah memberkati kita semua.

No comments: