Saturday, 21 February 2009

Taubat?



Assalamualaikum wbt

Kita sebagai manusia, sebagai khalifah Allah bukan. Kita sering lalai dan leka dengan keadaan sekeliling kita. Apabila kita bersama-sama dengan jemaah, kita berasa kuat sehinggakan di hati berkata, sekiranya aku nampak syaitan, dah lama aku terajang. Tetapi, bagaimana kita seorang, membuat keputusan sendiri??Bagaimana keputusan itu tidak diikuti dengan istikharah atau solat sunat 2 rakaat? Apabila sendirian, pasti kita terleka. Kita rasa benar apa yang kita lakukan, diri kita , kita tak nampak cuma orang yang rasa perkara itu salah, maka dikatakan salah, tetapi kita tidak boleh menerimanya.

Dalam Al-Fatihah, bibir kita sering menyebut-nyebut "Ar-Rahman" dan "Ar-Rahiim". Tetapi, benarkah apa yang kita sebutkan??Jangan disangkakan dengan membuat maksiat dan perkara-perkara durjana maka Allah redha. Tidak..jawapannya tidak. Apa yang kita lakukan bukan dihukum dengan segera oleh Allah swt.

Lihatlah remaja zaman sekarang, Pub menjadi tempat sembahan mereka, kerana kemiskinan, sanggup menjadi pelacur, jual dadah, mencuri kereta dan sebagainya. Mereka tahu salah tetapi tidak mahu bertaubat. Tiada perasaan belas kasihan ke pada diri mereka sendiri atau keluarga mereka? Tiada perasaan insaf langsung di hati mereka. Dimana silapnya?

Tahukah mereka bahawa Allah akan menghukum mereka dengan perkara-perkara yang mereka tidak sangka-sangka? Mendapat anak yang kurang ajar, keturunan yang tidak baik, beragama Islam tetapi seperti tidak bersama dengan Allah dan sebagainya. Dari kaya menjadi miskin, apabila miskin mulalah berlaku perkara-perkara yang tidak berperikemanusiaan..­.kerana apa, kerana mereka tidak bersyukur.

Tidak takutkah mereka apabila malaikat maut mencabut nyawa mereka, bibir mereka dan suara mereka tersekat-sekat untuk mengucap dua kalimah syahadah ataupun, tulang rusuk mereka bertemu dengan sakit yang dahsyat apabila dihimpit di dalam kubur yang gelap.

Cuba bayangkan kalau di akhirat..anggota-ang­gota berkata..

Mata: Oh Allah, Aku melihat porno! Aku mengintai perempuan, aku melihat dan aku bersubahat.

Tangan: Oh Allah!! Aku meniru!Aku mencuri telefon kawanku. Aku membuat maksiat! Aku berym dan bersms dengan kekasih hatiku dan aku telah melakukan zina !!

Kaki: Allah!!Aku menari dengan pasanganku!!Aku menyentuh kaki pasanganku!!Aku pergi ke pub!!Aku menghentak kaki apabila ibuku memarahiku..Aku lari dari rumah!!

Bayangkan..pelbagai anggota kata bertalu-talu mengenai apa yang kita lakukan..Saksi kita di akhirat kelak!!

Naudzubillah..

Airmata ana berlinangan. ..kenapa tunggu bersedia baru ingin pulang kepada Allah??Sekiranya esok nyawa dicabut, masih ada harapankah untuk bertaubat?

Cuba lihat surah Al-Mukminun ayat 15. Fahami apa yang disampaikan.

Semoga Allah mengampuni muslimin dan muslimat di dunia yang sementara ini dan membantu kita ke arah jalan yang benar.

Monday, 16 February 2009

Bulan Safar



SAFAR



BULAN Safar adalah bulan kedua mengikut perkiraan kalendar Islam yang berdasarkan tahun Qamariah (perkiraan bulan mengelilingi bumi). Safar ertinya kosong. Dinamakan Safar kerana dalam bulan ini orang-orang Arab sering meninggalkan rumah mereka menjadi kosong kerana melakukan serangan dan menuntut pembalasan ke atas musuh-musuh mereka. Antara peristiwa-peristiwa penting yang berlaku dalam sejarah Islam pada bulan ini ialah Peperangan Al-Abwa pada tahun kedua Hijrah, Peperangan Zi-Amin, tahun ketiga Hijrah dan Peperangan Ar-Raji (Bi'ru Ma'unah) pada tahun keempat Hijrah.


Di dalam bulan ini juga ada di kalangan umat Islam mengambil kesempatan melakukan perkara-perkara bidaah dan khurafat yang bertentangan dengan syariat Islam. Ini kerana menurut kepercayaan turun-temurun sesetengah orang Islam yang jahil, bulan Safar ini merupakan bulan turunnya bala bencana dan mala- petaka khususnya pada hari Rabu minggu terakhir. Oleh sebab itu setiap tahun mereka akan melakukan amalan-amalan karut sebagai cara untuk menolak bala yang dipercayai mereka itu.


Antara amalan khurafat yang pernah muncul di alam Melayu ialah upacara Pesta Mandi Safar. Amalan ini menjadi popular suatu waktu dahulu. Apabila tiba bulan Safar, umat Islam terutamanya yang tinggal berhampiran dengan pantai atau sungai akan mengadakan upacara mandi beramai-ramai dengan kepercayaan perbuatan berkenaan boleh menghapuskan dosa dan menolak bala. Pada biasanya amalan mandi Safar ini dilakukan pada hari Rabu minggu terakhir dalam bulan Safar.


Selain daripada amalan tersebut, kebanyakan umat Islam pada masa ini, khususnya orang-orang tua di negara ini tidak mahu mengadakan majlis perkahwinan dalam bulan Safar kerana mereka berpendapat dan mempercayai bahawa kedua-dua pengantin nanti tidak akan mendapat zuriat. Amalan dan kepercayaan seperti itu jelas bercanggah dengan syariat Islam serta boleh menyebabkan rosaknya akidah.


Sebenarnya nahas atau bala bencana itu tidaklah berlaku hanya pada bulan Safar sahaja. Kepercayaan karut itu telah ditolak dan dilarang dengan kerasnya oleh agama Islam sebagaimana firman Allah Subhanahu Wataala dalam Surah At-Taubah ayat 51 yang tafsirannya:

"Katakanlah (wahai Muhammad), tidak sekali-kali akan menimpa kami sesuatu pun melainkan apa yang telah ditetapkan Allah bagi kami. Dialah pelindung yang menyelamatkan kami dan (dengan kepercayaan itu) maka kepada Allah jualah hendaknya orang-orang yang beriman bertawakal.''

Mengamalkan perkara-perkara khurafat atau kepercayaan karut adalah nyata ditegah oleh syarak di samping ketiadaan manfaatnya ia boleh merosakkan akidah seseorang dan ia juga menambahkan amalan-amalan bidaah yang buruk. Oleh yang demikian, umat Islam hendaklah melemparkan sangkaan atau kepercayaan karut tersebut supaya kita terlepas daripada amalan-amalan yang boleh membawa kepada syirik. [Sumber: Pelita Brunei]


Nama Kaabah:
Dalam bahasa Arab, Kaabah bermakna sebuah tempat tinggi yang dihormati dan penuh kebesaran. Perkataan Kaabah boleh juga bermakna kiub.

Nama-nama lain adalah:

Bait ul Ateeq - bermakna paling awal dan lama. Ia juga bermakna bebas dan merdeka. Kedua-dua makna boleh diterima.
Bayt ul Haram - rumah dihormati.
Kaabah dibina semula 12 kali. Para akademik dan sejarahwan berkata Kaabah dibina semula antara lima hingga 12 kali. Pembinaan pertama Kaabah dilakukan oleh Nabi Adam (as). Allah SWT menyatakan dalam al-Quran Kaabah adalah rumah pertama dibina untuk manusia menyembah Allah SWT. Selepas itu, Nabi Ibrahim (as) dan Ismail (as) membina semula Kaabah. Ukuran Kaabah diasaskan oleh Ibrahim adalah seperti berikut: - Dinding Timur adalah 48 kaki dan 6 inci - Dinding Hatim adalah 33 kaki - Dinding antara hajar aswad dan sudut Yamani adalah 30 kaki - Dinding Barat adalah 46.5 kaki Selepas ini berlaku beberapa pembinaan semula sebelum masa Rasulullah (SAW). Pembinaan semula Kaabah oleh kaum Quraish Rasulullah mengambil bahagian dalam salah satu daripada pembinaan semula ini sebelum baginda menjadi Rasul. Selepas satu banjir kilat, Kaabah mengalami kerosakan dan dindingnya retak. Ia perlu dibina semula. Tugas ini dibahagikan antara empat puak Quraish. Rasulullah turut membantu dalam usaha pembinaan semula ini. Setelah dinding-dindingnya dibina semula, tiba masanya batu hajar aswad diletak semula di tempatnya di dinding Timur Kaabah. Pertelingkahan berlaku apabila tiba masa untuk menentukan siapa mendapat penghormatan meletakkan batu hajar aswad itu. Apabila pertelingkahan hampir bertukar menjadi pergaduhan, Abu Umayyah, penduduk tertua Makkah, mencadangkan agar lelaki pertama yang memasuki pagar masjid pagi keesokkannya akan menentukan perkara berkenaan. Lelaki itu ialah Rasulullah. Penduduk Makkah bergembira. "Ia adalah al-Amin. Ia adalah Muhammad," jerit mereka. Baginda menghampiri mereka lalu mereka memintanya supaya memutuskan perkara itu. Baginda bersetuju. Rasulullah mencadangkan agar batu hitam itu diletak di atas sehelai kain, setiap bucu kain dipegang oleh seorang pemimpin puak. Kain itu diangkat ke tempat batu itu hendak diletak. Rasulullah kemudian mengambil batu itu dan meletakkannya di tempatnya di dinding Kaabah. CLOSE-->

Monday, 2 February 2009

Winter Hol

Salam muhibbah,

Alhan wasahlan wa marhaban bikum.. terima kasih kepada semua sahabat2 di luar sana yang bertali arus sudi datang berkunjung ke laman Jiwaislam. Saya rasa sungguh berbesar hati dengan kehadiran antum semua kerana menyerikan laman ini.

Ya Allah punya sibuk sy kali nie ingtkan boleh la nak rehat2 sat pas exm ni sementara kuliah akan buka dalam masa 2-3 minggu, erm kawan2 ajak pergi rehlah ke Sinai-lah ajak pergi Damyeta-lah ada juga yg ajak pergi budle hai nasib baik saya ni suka jalan2, kebetulan pameran buku pula sedang berjalan dengan rancak, kawan2 suruh tolong cari barang pasal mahu balik M'sia cuti sem ni hu2 banyak juga lah perkara yg perlu dibuat.. 3la kulli hal dapat juga mengeratkan lagi tali persaudaraan.. so cadang ingin juga memuat turun beberapa post ke dalam laman, dengan baru2 ni hangat dunia membicarakan tentang Gaza hai bergolak juga jiwa ini mengenangkan nasib saudara kita seIslam,insyaAllah selepas ni kot bila da settle kerja2 semua ni.

Bagi semua pejalar Al-Azhar serta sewaktu-nya selamat rehat bercuti .
Semoga anda semua berada dalam keberkatan hingga akhirat
~Amen.

Saturday, 24 January 2009

Bersih Jiwa


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

Assalamualaikum wbt

Hari ini, ana baru belajar, rahsia muslimin tidak boleh diceritakan pada muslimat,macam mana pun cerita tersebut. Sama juga la dengan rahsia muslimat tidak boleh diceritakan pada muslimin. Besar pengorbanan ni. Walaupun minta bantuan sekalipun, NO means NO!

Kadangkala, kita ada mengadu pada naqibah, sahabiah atau ustazah, menceritakan masalah remaja yang kita sering perhatikan atau kita alami. Kadang-kadang, perkara tersebut terjadi pada sahabiah atau sahabat kita yang kita cintai dan sayangi. Adakah Allah menguji mereka??Kenapa perlu kita fikirkan sangat sedangkan kita ni tidak ada kena mengena langsung dengan hal dia??Kenapa perlu jadi "BUSY BODY"??Pelbagai persoalan dan perkataan bermain-main dan mengetuk-ngetuk minda kita dengan macam-macam perkara. Kita tidak kisah, tetapi di sudut kecil jiwa kita ini, kita rasa tak senang duduk. Adakala, sedih, menangis, sedangkan itu bukan masalah kita..

Lebih-lebih lagi kita seorang pelajar, kenapa tak boleh belajar dengan lelaki berdua? Kenapa orang macam larang perkara tu..kenapa itu dan ini..itulah yang bermain-main di jiwa. Adakala, tak boleh belajar,termenung, rasa seperti ada benda yang belum buat lagi. Adakah ini virus hati? Peyakit hati??Kalau penyakit hati, ana teringat kepada sabda Rasulullah s.a.w yang ana ada baca dalam blog sahabiah ana yang berbunyi seperti ini..

Rasulullah bersabda maksudnya:

*Kesucian hati daripada sifat keji itu adalah setengah daripada iman. Untuk membersihkan hati, kita perlulah menjauhi segala penyakit-penyakit hati.* (Hadis riwayat al-Iman Muslim)

Apa itu penyakit-penyakit hati?

Ana nak tanya pada antum, yang mana satu penting??Jiwa atau muka atau badan? Yang mana satu boleh hidup dan mati dan hidup semula? Takutkan nak jawab? Bagi ana, ana takut. Ia amatlah menakutkan apabila kita menjawab, Jiwaku yang penting, hidupnya jiwa disebabkan petunjuk atau nur cahaya yang diberikan oleh Allah swt.Matinya jiwa, naudzubillah, buta..bingung..gelisah "blur",tidak tahu samaada perkara itu baik ataupun buruk. Selain daripada itu, sekiranya salah, defensif terhadap tingkahlaku yang kita lakukan.

Ana pernah melalui penyakit hati ini pada suatu ketika, saja ingin berkongsi. Sebagai seorang muslimat,kita rasa hormat pada manusia yang bergelar insan,tidak kira muslimin atau muslimat, tua atau muda, maka apabila bercakap, suara itu rendah, rasa hormat dan lemah lembut. Tetapi, disini, rupa-rupanya salah~~, memang boleh tapi suara ana contohnya, ana kena belajar cara ermm..mengeraskan suara atau bunyi tegas sikit. Maksud ana, suara tidak boleh menjadi seperti suara seorang muslimat yang manja atau mendayu-dayu sebab perkara ini boleh mendatangkan penyakit hati pada orang tertentu. Perkara ini perlu dielakkan.

Allah berfirman, artinya,
“Maka janganlah kamu tunduk dalam berbicara (melembut-lembutkan bicara) sehingga berkeinginanlah orang yang ada penyakit dalam hatinya. ” (Al-Ahzab: 32)

Yang kedua ialah mengetahui perkara itu salah, maka kita membiarkannya. Contoh yang mudah ialah kita tahu berpasangan itu salah sebelum nikah, tetapi kita tahu sahabiah atau sahabat kita berbohong, kita melihat tetapi kita mampu menegur dalam hati,kalau itu kemampuan kita..bukan? Kita bersubhat ke kalau ikutkan dalam hal ini? Kita tidak menegur dan kita makin tahu, kita buat biasa. Yang sahabiah atau sahabat yang melakukan perkara-perkara tersebut, tidak kesianke mereka kepada kita semua? Menambahkan dosa apabila kita melihat,mendengar dan lain-lain sedangkan kita tidak tahu bagaimana untuk menegur dengan cara berhemah?Adakah kita bersubhat apabila kita hanya diam ?Wallahualam...

Allah juga berfirman, artinya,
“Dalam hati mereka ada penyakit, lalu ditambah Allah penyakitnya…” (Al-Baqarah: 10)

Adakah orang yang melihat atau org yang melakukan perbuatan-perbuatan terkutuk itu?Adakah jiwa mereka mati, adakah jiwa kita yang mati??Naudzubillah..

Jadi, sekiranya jiwa kita di alam kritikal atau ICU, apakah ubat yang mujarab bagi menyihatkan jiwa kita?

Kalau ubat pahit, maka ubat yang pahit dan cepat luak tetapi kena paksa juga ialah makanan yang berisi inti keimanan. Janganlah cari penyakit dengan pergi berjumpa bomoh,pawang bawang ke atau apa-apa sahaja untuk mengetahui kenapa dengan jiwa kita. Carilah atau baliklah kepada Al-Quran dan As-Sunnah. Ini dibuktikan di dalam surah Fussilat:44,

Sesungguhnya Allah berfirman:
“Katakanlah: “Al-qur’an itu adalah petunjuk dan penawar bagi orang-orang yang beriman. Dan orang-orang yang tidak beriman pada telinga mereka ada sumbatan, sedang Al-qur’an itu suatu kegelapan bagi mereka. Mereka itu adalah (seperti) orang-orang yang dipanggil dari tempat jauh.” (Fushshilat : 44)

Pelbagai lagi kaedah pembersihan jiwa ini. Tetapi ana mampu menyentuh perkara asas sahaja. Seperti biasa, ana hanya akan sentuh berdasarkan deria ana. Apa yang ana lihat, dgr, bau, rasa, dan lain-lain lagi..Seperti biasa, yang baik itu adalah dari Allah swt, yang tidak baik itu, adalah dari ana sendiri. Artikel ini, ana tujukan pada ana, dan juga kepada antum. Apa yang ana belajar, ana kongsi bersama agar sama-sama mendapat sesuatu dan dapat kita implikasikan dalam kehidupan seharian kita. wassalam

Wednesday, 7 January 2009

Hobi Anda

Salam bahagia,

Alhamdulillah sy terbaca satu artikel yg menarik dalam komputer sahabat sy utk dikongsi bersama, pada pertama kali baca artikel ni membuatkan sy ketawa kecil sebab ada unsur perli sikit2 yg kena kt diri sy hehe..
Adakah anda pun serupa?

Marilah sama sama kita muhasabah diri dengan artike di bawah ini :-

Hobi Rakyat Malaysia
Sudah tentu bukan membaca
Sebab perpustakaan lengang sentiasa
Kalau adapun baca novel cinta
Atau baca Mangga dan Mastika
Bacaan ringan yang merosak minda

Habis apa dia hobi mereka?

Dulu asyik bela ayam serama
Bagus juga sayang makhluk Allah taala
Sanggup mandikan begitu punya jaga
Selain ayam ikan pun depa bela
Ikan lohan dan juga arowana
Sanggup guna duit gaji kerja lebih masa
Sekarang ni pancing udang pula
Bukan di sungai tapi kolam buatan manusia
Buat kolam di rumah kedai yang disewa
Gila sungguh tak dak kerja

Hobi terbaru ialah main SMS pula
Setahun dianggarkan 1000 juta
Dari reality show hingga umpat mengata
Keluar habis cerita Baginda Altantuya
Dari joke hingga palsu punya berita
Dari I love you hingga cerai talak tiga
Selain dari ucap besday dan Hari Raya
Judi pun pakai khidmat SMS juga
Tidak kira di mana-mana
Atas LRT dan juga tempat kerja
Untunglah syarikat telekomunikasi kita
Boleh taja EPL dan Piala Dunia
Dengan CELCOM anda berkuasa
Asalkan jangan taksub besar kepala

Yang si mat rempit lain pula
Race motor tengah malam buta
Hadiah pertama sicantik jelita
Sanggup tunjuk skil korban nyawa
Jangan sekali dok tegur mereka
Nanti pecah habis cermin kereta
Malaysia Boleh itu dia cogankata
Polis pun tak boleh buat apa
Pening dengan mat rempit punya gejala

Lain pula hobi motor golongan berada
Yang tu naik konvoi pergi merata-rata
Dari KL naik motor konvoi ke utara
Bukan apa cuma nak pi makan laksa
Atau buat konvoi sempena merdeka
Kita tanya apa tujuan mereka
Keseronokan yak yak yeh sorak gembira
Lambat lagi lah bangsa kita merdeka

Apa hobi anda?

Kumpul setem, memancing atau tonton telenovela
80% remaja jawab dengar radio dan tonton tv la
Sebab tu meningkat pendapatan Media Prima
Hot FM yang lebih hangat daripada biasa
Dengar celoteh dan merepek Farah Fauzana
Tak dak slot khas motivasi agama
Sebab yang tu orang tak berapa suka
Benda yang perlu berfikir atau guna minda
Sebab tu di pasaran otak antarabangsa
Otak orang Melayu tinggi harga
Dok berkilat dan cantik sebab jarang guna.

-Buang yg keruh ambil yg jernih jadikan kenangan silam sbg memori daun pisang.

Saturday, 3 January 2009

Perempuan Melayu Terakhir


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

Assalamualaikum wbt..

Bismillahi Masya Allah!!Makin ada umph website ni! Seperti masuk rumah baru. Maafkan ana kiranya ana dah lama tidak taip artikel dan sebagainya kerana ana sekarang dalam mood test di uniten dan juga agak sibuk kebelakangan ini dengan mengikuti beberapa program yang mantap yang dianjurkan oleh Persatuan Pengajian Islam di Uniten ini.

Alhamdulillah, setakat ini, ana sempat mengikuti Kem KMC(Kem Mahasiswa Cemerlang tidak salah ana). DImana program ini diadakan di ulu langat. Pertama kali ana menjejak kaki ke sana. Sebelum nak pergi tu, ada juga rasa was-was, dan lain-lain, tetapi disebabkan kita ni nak sangat tahu apa yang cemerlangnya pada muslimah individu itu tersendiri. Maka ana pun pergilah hadirkan diri selama 3 hari dan 2 malam. Walaupun muslimat yang hadir amat sedikit berbanding muslimin, tidak bermakna program ini tidak boleh dijalankan. Nampak sedikit sekiranya sekali pandang , tetapi ramai apabila selalu sangat pandang. hihi..Allahu Robbi.

Tidak disangka-sangka, dalam program tu, adalah tetamu khas iaitu ustaz hasrizal. Ana tak kenal sangat ustaz hasrizal tu siapa.Rupa-rupanya, itulah saifulislam ke atau apa ke yang mereka selalu sebut-sebutkan. Wah..bertuahnya!tapi itulah, dapat juga berkongsi dengan orang-orang yang berpengalaman dalam tarbiyah dan sebagainya.
Masya Allah! Bestnye!

Ha!! Berbalik pada topik di atas, dah taip panjang memanjang ni, baru ana nak sentuh mengenai perempuan melayu terakhir. Ana buat topik ini sempena apa yang ana dan adik-adik tertanya-tanya atau bermain dengan kain batik masing-masing..kononnya, jadi seperti perempuan melayu kampung yang sarungkan kain batik di atas kepala. Macam dalam cerita pontianak harum sundal malam. Begitulah. Dari gurauan dan lain-lain, tertanyalah semua orang mengenai mandi di dalam tandas bersama dengan kain batik. Kain batik yang dibawa ke program itu hanyalah sekadar saja-saja sahaja. Tetapi, persoalan yang timbul dikalangan muslimah ialah mengenai mandi dengan kain batik di sungai dan lain-lain. Paling menarik sekali ialah, mandi dengan kain batik apabila tiada program atau di rumah.

Ramai dikalangan muslimah,tidak tahu mengenai kegunaan kain batik ni. Bukan sekadar menjadi kain sarung, angkat bayi dan sebagainya, tetapi kain batik ini juga menjadi kain kemban semasa tengah mandi dan selepas mandi. Maafkan ye wahai muslimin, mungkin isu ini agak lebih sedikit kepada muslimat. Tetapi tidak mengapa, kaum muslimin boleh sahaja tahu untuk kegunaan pada masa hadapan ke, untuk adik, anak dan lain-lain. Tidak semestinya antum tidak payah tahu mengenai hal-hal seperti ini.

Toib, berbalik pada kain batik, kalau kita makan, ada adabnya bukan?Berjumpa dengan kekasih tercinta pun, mesti nak itu dan ini..pakaian kemas dan sebagainya. Begitu juga mandi, ada adabnya. Ana tak pasti bab lelaki mandi macam mana sebab tidak pernah dengar lagi. Jadi, bagi muslimat, digalakkan mandi dengan menggunakan kain batik. Bukan lepas mandi baru guna kain batik. Makruh bagi kita, mandi dalam keadaan yang tiada benang di kulit badan. Makruh sahaja. Bukan DOSA. Tetapi sekiranya nak dapat point dari Allah, nak tambah markah seperti mana kita sentiasa buat kuiz di universiti untuk tambah markah ujian peperiksaan, maka sekiranya kita tinggalkan perbuatan mandi tanpa kain batik ini, adalah baik sekali kerana mendapat pahala. Pahala berapa banyak, wallahualam. Kerana itu adalah antara diri dengan ALlah swt.

Bagaimana cara untuk memakai kain batik? Caranya ialah berkemban. Asalkan ia menutup dada dan lepas paha. Itu yang ana belajar. Jadi macam, cerita zaman do'lu-do'lu. Ini bukan budaya kuno. Tetapi, ada sebab kenapa adab dia sebegitu. Ana tiadalah kitab untuk menjelaskan lagi perkara ini. Tetapi, sekiranya ana rajin dan dapat berjumpa dengan ustaz atau ustazah, Insya Allah, akan ana kongsikan perkara ini dengan antum semua. Benda ini bukan memalukan, tetapi sekadar berkongsi bagi sama-sama kita mencari keredhaan Allah swt dengan melakukan perkara-perkara yang remeh ini hinggalah yang tak remeh. Supaya hidup kita seharian sentiasa diberkati oleh Allah swt.

Friday, 2 January 2009

Video ||

Berseronoklah dengan video klip yg baru nie~
sebagai satu inspirasi kepada semua yg mahu belajar bahasa asing..


*P/S - Bagi sesapa tertinggal utk melihat video yg satu lagi boleh masuk dalam labels bahasa arab.

Sunday, 7 December 2008

Yaum Saed


Salam Korban

Kepada semua di luar sana sama ada kenal atau tidak, ingin-ku ucapkan selamat beraya
moga2 raya ini kita semua dapat istifadah darinya.

Alhamdulillah sy dapat berpuasa sehari sebelum raya, byk kelebihan yg padanya

Ayam, lembu, unta, kerbau sanggup berkorban untuk manusia.. Sudahkah manusia berkorban untuk agama??
Selamat Aidul Adha.

Saturday, 29 November 2008

Ciri2 Orang Mukmin


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


Siapa suke bersahabat dengan perampok? mesti tiada yg berminat bukan.. lumrah manusia sukakan benda2 yg kena dan berkenan dgn naluri seseorang. Adakah kita sanggup ditikam dari belakang oleh seorang kawan yg tidak berhati perut, Sebaik2 sahabat apabila kita teringat dia, teringat akan ALLAH SWT. Mari sama2 kita cek beberapa ciri seorang mukmin, sekurang2nya kita pon boleh cermin diri kitekan..

1. Khusyuk dalam solat
2. Menunaikan zakat
3. Menunaikan Solat
4. Menjaga amanah dan janji
5. Memelihara kehormatan dan maruah diri

Masih ade lagi ciri2 orang beriman cuma yg di atas ni antara yg asas saja. Walaubagaimana pon 5 sifat ini memadai untuk kita mengenali siapa kita dan orang sekeliling kita.

Jadi, kena fikir-lah sendiri ape yg perlu kita buat.