Friday, 18 December 2009

Eye in the Star.



Eye in the Star.

We, are lost.
Tumbled down this endless pit of deceit.
Deceived, we are.

Succumbed to the eye.
Blinded by the stars.
Paralyzed, we are.

Our faith withers.
Our strength crumbles.
Suffocated by our adversary.
Weak, we are.

Stuck in this pit,
Fluorescence is what we seek.

Ember, to overcome this darkness.
Guidance, we chase.

We live for the hereafter.
Are we prepared?

We breathe a mortal's breath.
We bled a mortal's blood.

Repent.
For the end is near.

Dark90

Wednesday, 16 December 2009

HAHA

Yeah!! kawan-kawan semua tunggu apa lagi marilah sama kita pakat rebut kerusi dekat kelas :D jadual exam sudah keluar-kan.. nantikanlah saatnya bumi akan terbalik sebentar.

Kasi semangat kepada jiran tetangga jangan dilupa.. semoga berjaya bersama.

Kawan-kawan kalau ada masa kosong marilah tolong aku baca kitab.. risau sudah sampa ke tahap gaban yang terputus ekor heha~  :D

16 - Jan - 2010

Thursday, 26 November 2009

Selamat Hari Raya Korban 2009

Assalamualaikum wbt

Selawat dan salam ke atas junjungan Nabi kita iaitu Rasulullah s.a.w, keluarganya dan juga para sahabatnya.

(Tengah tersenyum ni). Sudah lama tidak meninggalkan penulisan ana di sini. Allahu Robbi. Makin ceria dan Alhamdulillah. Makin mantap.

Kepada pemilik blog ini dan juga rakan-rakan yang tanah tumpahnya di Malaysia tapi jasadnya di Mesir dan sebagainya, ana ingin mengucapkan selamat menyambut hari raya korban 2009. Korbankanlah apa yang patut dikorbankan serta ana doakan yang baik-baik untuk antum semua.

Sempena Raya Korban ini. Ana juga ingin mengajak antum semua untuk bermuhasabah diri apabila keseorangan. Jangan pula termenung ingatkan kekasih tercinta ..ehehe..
Jadi, cuba kita sama-sama hayati, melihat gambar atau menatap wajah-wajah keluarga kita dan muhasabah sebentar mengenai diri kita. Adakah kita makin maju ke arah jalanNya atau sebaliknya. Fikirkan apa yang telah antum korbankan dan menangis dan sujud syukur sekiranya perlu apabila antum tidak sangka-sangka antum telah berjaya.

Kemudian, sekiranya antum nak cerita sebagai iktibar kepada sesiapa, bolehlah dijadikan sebagai bahan penulisan.

Ana bukanlah seperti kalian. Bukan dari sekolah agama mahupun basic agama tu pun,kalau zaman do'lu-do'lu orang bertanya, ana akan jawab.."Apa??"

10 tahun. Genap 10 tahun, dari semasa ke semasa ana berubah dan siapa sangka, kalau dahulu kita dikenali sebagai seseorang yang orang kata..

"walawei~~!Minah ni femes~~" dan lelain lagi..

tetapi sekarang,

sendiri tidak tahu..sehinggalah..

"Akak, akak dari uni al azhar ke? "
"Belajar dari kolej islam mana ya dulu??"

atau dalam orang nak taaruf kan..

"Ustazah, dari mana ya..ana ustaz dari uni mesir"

Dalam hati, tidak terniatpun nak ada jodoh dengan orang2 alim ni. Macam-macam.

Tidak tersangka di jiwa ana berubah seperti ini.

Apabila hari ini orang lain menyebut mengenai korban, ana tiba-tiba nak tulis benda-benda ni.
Baiklah antum, disini ana ingin menyeru pada antum semua. Cuba kita korbankan sesuatu,dimana ianya membawa ke arah kebaikan pada diri kita. Ana tahu antum boleh.
Sekiranya ana boleh lakukan kerana Allah swt, ana pasti antum boleh lakukan perkara ini.

Contohnya, kalau pergi ke mesir sebab kena paksa belajar tapi dalam hati tiada perasaan pun nak jadi ustaz atau ustazah, cuba korbankan perasaan tersebut dan gantikan dengan perasaan baru. Izinkan hati untuk merasakan nikmatnya jadi ustaz dan ustazah ini dan membawa Islam ini kepada orang lain.

Itu sahaja dari ana. Kalau ada masa lagi ana tulis lagi ya. :) Selamat Hari Raya Korban 2009

Tuesday, 17 November 2009

Utopia


I am rotten.
Rotted by this narcotics.

Guilt, I felt.
For the wrong turns in my life.

Regret, I am
For being weak.
I pray for strength,
for hope.

Hope, for a miracle.
Hope for my life, to not gone astray.

Strength,
for I fear the worst.

This is,
the calm before the storm.
This is the time to prepare,
to strengthen.

Our clock is ticking.
Seize, the day.
For our end, is close.

Gates are gaping.
Gates to the promised Utopia.

Friday, 13 November 2009

Wudhuk Lebih

Islam itu mudah dan tiada paksaan, semua orang tahu cuma kite sahaja kekadang yang menyulitkan diri sendiri tak gitu?.. jadi topik kali ini ingin berkongsi sama kamu semua apa yang dari ayah saya dari ustaz-nya.

Kisah ini berdasarkan pengalaman yang sudah dilalui 2-3 kali (musim) dan saya rasa ianya sesuai dijadikan iktibar terus jadikan sebagai amalan seharian, tidak begitu rumit bahkan terlalu mudah sekali

Cerah Mata Kuat Kaki
Ustaz ini selalu membawa jemaah menunaikan haji di Makkah AlMukarramah,
Ustaz ini mendapati seorang pak cik sudah berumur lingkungan 60-70an dan masih aktif, semangat, larat, dan juga berkepuyaan seperti macam orang muda berjalan sana sini naik turun tangga macam biasa (lompat melompat mungkin tak kot :P) setelah ustaz ini mengamati dua tiga kali dalam kehairanan kemudian dia bertanyalah pak cik tersebut apakah rahsia sebenarnya yang diamalkan?
mudah sahaja pak cik itu menjawab pertanyaan tersebut dengan berkata : " ini semua permberian dari Allah saya cuma jaga haknya saja.. tak dak apa yang saya amalkan cuma bila time ambil wudhuk saya buka mata biar basuh muka sekali dengan mata dan kaki saya lebihkan sampai lutut, itu saja " beginilah jawapan yang sering ustaz tersebut dapat apabila berhadapan dengan kes yang sama..

Mudah Bukan?
Jadi apabila imbas kembali dalam pelajaran2 di kuliah dalam subjek Hadis, terdapat banyak hadis menyatakan kelebihan2 dalam berwudhuk serta cara2 dan anggota2 tambahan (sunat) disebutkan dalam hadis.. InsyAllah jika diberi kesempatan dapatlah sesama kita berkongsi ilmu yang bermanafaat ini, sekarang kita sudah tahu terpulang kepada kita mahu atau tidak untuk jadikan sebagai amalan harian.. alang2 ambil wudhuk apalah salahnya lebih sikit en..

Istiqamah Khair Min Alf Karamah.

Saturday, 31 October 2009

Land Of The Lamb


Ages has the genocide began,
a black hole in this motherland.

For what use has this been?
This massacre.
Kill or be killed, they say.

Long has the war drum beats,
war sirens wailed.
Why has none of us answered?
Why has the world turns a blind eye?

We are the fallen.
We are the slaughtered

How long will this holocaust be?
This eclipse that darkens our land,
darker, it has become.
Years has the sun once shone upon us.

Why has the light abandoned us?
The forsaken, we are.
Have we no right in this world?

Long have we wait.
We shall wait no more.

Dark90

Intro Author Baru.

Hey guys!
I'm Ariff.. Bj invite aku ke blog die.. so aku pun terimala.. So yeah. hope u guys enjoy my writing. Wish you guys all the best.

Jalinan Jodoh Awek Gaza


Pertubuhan Hamas senantiasa dicop Barat sebagai “pengganas”. Tetapi mengapa rakyat, khususnya yang masih bujang begitu menyayangi kumpulan ini? Pada usia 29 tahun, Tahani dianggap sebagai seorang perempuan yang enggan berkahwin menurut standard masyarakat di Gaza. Untuk itu dalam usahanya mencari seorang suami, ia cuba mendapatkan bantuan dari pihak yang terbaik: kumpulan pejuang Hamas.

Ketika saya melihat kumpulan laki-laki di jalan saya lalu berfikir, "Ya Allah, tidak adakah seorang di antara mereka sesuai untukku?" ujar perempuan muda berkulit gelap, mata berwarna madu, dan memakai kerudung marun itu. Mengirim butir-butir diri adalah salah satu dari 287 yang diajukan oleh perempuan ke Tayseer Association for Marriage dan Development di Gaza. Foto-foto yang distapler bersama borang-borang aplikasi, memperlihatkan gambar perempuan-perempuan yang berkerudung, di antaranya ada yang bersolet pada wajah, selain menguntumkan senyuman, sebahagian lain terlihat seperti menampakkan wajah terkejut.

Mereka semuanya ingin mendapatkan seorang suami. Para penyokong Hamas ingin menjalankan khidmat masyarakat tersebut dengan tujuan membantu para wanita mendapatkan jodohnya. Hamas dikenali dengan usahanya yang gigih menjalankan program khidmat masyarakat untuk rakyat miskin. Program itu menjadikan Hamas mendapat sokongan politik yang kuat di Gaza, kawasan yang menjadi sangat miskin kerana Israel dan Mesir melakukan sekatan sampai ke hari ini. Dan kini kumpulan ini melebarkan usahanya hingga ke dalam urusan 'hati'.

Lelaki Makin Berkurang
Laki-laki yang berasal dari kalangan pertengahan, jumlahnya semakin berkurangan, yang mempunyai pendapatan tetap, boleh bebas memilih perempuan yang paling cantik untuk mereka kahwini. Sedangkan perempuan lainnya perlu berusaha kuat untuk mendapatkan pasangan yang sesuai. Tidak hairanlah keluarga-keluarga yang miskin berasa malas untuk mengahwinkan anak-anak perempuan mereka dengan harapan mereka tidak kehilangan sumber penghasilan daripada anak perempuan mereka. Sudah ratusan perkahwinan yang telah diuruskan oleh Tayseer sejak pertubuhan itu membuka agensi mencari jodoh sejak tahun 2007. sebahagian besar perempuan mendaftar secara rahsia, kerana di Gaza mencari jodoh dengan cara 'tradisional'. Para gadis kebanyakkan berkahwin melalui perjodohan yang diaturkan oleh keluarga.

Lelaki Pilihan
Di dalam borang aplikasi mereka, para perempuan itu menuliskan kriteria laki-laki ideal mereka. Kebanyakkan menginginkan seorang Muslim yang soleh yang memiliki pekerjaan dan tempat tinggal sendiri. Kriteria itu yang paling dicari di Gaza. Mereka juga harus menggambarkan penampilan fizikal mereka dan menjawab pertanyaan "sukar" : "Apakah menurutnya kamu ini cantik menurut acuan Gaza?" Cantik menurut kebanyakkan orang Gaza bererti tinggi, berwarna kulit cerah, bermata biru atau hijau dengan warna rambut yang terang. Biasanya laki-laki mencari gadis seperti itu. Namun kebanyakkan perempuan Gaza memiliki warna rambut yang gelap dan warna kulit yang coklat.

Khidmat mencari jodoh lainnya di Gaza tidak begitu diminati. Tayseer sendiri awalnya ditubuhkan untuk menampung perbelanjaan perkahwinan secara beramai-ramai untuk orang miskin dan orang kurang upaya yang tidak mampu membiayai perkahwinan. Sehingga kini Hamas dianggap kumpulan pengganas oleh Barat kerana serangan-serangan ke atas Israel, termasuk di antaranya bom bunuh diri. Namun,di mata rakyatnya, Hamas sesungguhnya pertubuhan yang banyak membantu orang miskin dengan menyediakan baucer makanan, rawatan kesihatan dan banyk layanan lainnya. Jaringan sosialnya menjadikan kumpulan itu dikenali dan memperoleh kemenangan atas pesaingnya Fatah pada pilihan raya tahun 2006.
*sumber dikorek dari Majalah i

Friday, 23 October 2009

Tounge Award



Sesungguhnya lidah kita adala satu lisan yg bahaya kerana ia anggota yg menggambarkan diri seseorang itu. Jika seseorang menggunakan pada kebaikan hasil baginya pahala dan begitulah sebaliknya.

Sepertimana Sabda Baginda Rasulullah :-

"اكثر خطايا ابن ادم في لسانة"
Paling banyak anak Adam melakukan kesilapan ialah pada lisan.

Beginilah serba sedikit dapat diterjemahkan dari muqaddimah Kitab Adab Kuliah Dirasat Islamiah karangan Dr Ust Hassan.

Apa yang aku nampak lidah kecil ini cukup tajam sehinggakan macam2 boleh terjadi dengan hanya mengerakkan atas bawah kiri kanan. kemana ia bergerak itu bergantung atas tuan punya anggota itu sendiri. " Tahukah kamu bahawa pembunuh S. Uthman membunuh sambil lidahnya berzikir? "

Teringat ada satu pepatah arab berkata " Lidah itu Lebih Tajam dari Pedang " bayangkan hanya dengan lidah boleh menang walaupun dalam peperangan yeah!
Hari ini manusia mampu menggerakkan lidah untuk bersembang berborak itu dan ini tetapi adakah sedar akan kita hitung berapa patah sudah kita keluarkan tanpa berfikir samada baik atau sebaliknya?

Sabda Baginda Rasulullah :-

" Barangsiapa yang beriman pada hari kiamat maka bercakaplah perkara baik2 atau berdiam "

Semoga Allah pelihara lidah kita agar sentiasa berada dalam monorail yang diredhai di dunia mahupun di akhirat .. (wah gembiranya laju je taip :D)

Monday, 5 October 2009

New Seasson 09/10

Salam Ceria

Selamat kembali ke medan perjuangan Nil. Sekarang sudah masuk musim baru jadi umur pon akan bertambah harap2 dimusim yg baru ini dapat menggunakan kesempatan yg ada supaya mudah2an membawa berkat dalam kehidupan seharian.



Pejam celik pejam celik Syawal makin hampir kepenghujungnya, bagi yg mahu berpuasa 6 masih ada kesempatan kalau nak. Tak da masalah kalau mahu besertakan sekali puasa ganti dengan puasa sunnat 6 :D



Pelajar baru “Selamat Datang” pelajar yg sedia ada “Selamat Kembali” bagi pelajar yg usang “Selamat Maju Jaya” dan kepada semua “ FIGHT OH! “



Apabila masuk musim baru niat pon mesti baru en.. sebenarnya niat dan azam amat penting utk masa hadapan supaya tidak terumbang ambing dilambung masalah *amboi mcm guru besar ceramah la plk* sbg contoh yg dipetik dr kawan sy, tau apa matlamat dia utk musim kali ini? : “Tahun ini saya mesti score Jayyid Jiddan , kalu x nanti ayah x kasi balik M’sia .” Bagus ! matlamatnya seperti sebuah kereta yg mempunyai stereng dan padel minyak :) Apa2 pun yg penting buatlah kerana Allah kerana itu adalah asas dan mintalah restu kedua ibubapa kita mudah2an diberkati didunia mahupun di akhirat.



Majukanlah Hidup Demi Agama, Bangsa dan Negara.